Jom Cuba Lava Crunchy Dan Sambal Mook Dari Kayu Tiga
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak ajak korang yang kaki makan dan suka makan sambal Jom Cuba Lava Crunchy dan Sambal Mook Dari Kayu Tiga nie pula. Sekarang nie senang dah, rasa nak makan sambal, nak tambah selera kalau yang tak lalu nak makan tu boleh lah pakat cuba Lava Crunchy dan Sambal Mook dari Kayu Tiga nie hokay, mesti menambah selera dan menambah makan.. hehehe..
Lava Crunchy dan Sambal MookJom Cuba Lava Crunchy dan Sambal Mook Dari Kayu TigaBiasanya kalau macam keluarga Kak Sue nie kalau nak makan, tak sah lah kalau tak pedas. Rasa tak puas ja makan kalau tak pedas tau. Mesti nak kena ada sambal, tak kira lah sambal belacan ka, sambal kicap ka yang penting kena ada sambal, baru lah layan kan. Tu yang Kak Sue nak ajak korang cuba Lava Crunchy dan Sambal Mook dari Kayu Tiga nie, senang dah siap dalam paket dah. Tinggal buka dan makan.. gituu.
Lava Crunchy dan Sambal MookAda dua pilihan sambal dan tahap pedas untuk korang pilih, kalau rasa tahan pedas korang boleh cuba LAVA Crunchy. Kalau jenis tak tahan pedas pula boleh pilih Sambal MOOK aja. Haa.. siap ada tahap kepedasan untuk kita pilih lagi tau, boleh ja makan dengan nasi atau bubur nasi pun boleh juga. Ikut kita nak makan dengan apa pun sebenarnya, kita yang buat dia kan. Janji kita rasa sedap dan kena dengan selera ON aja lah kan..
LAVA Crunchy (Berat 150gram)
Lava Crunchy dan Sambal MookBercerita tentang LAVA Crunchy nie tahap pedas 100%. Bahan-bahan pula cili, bawang, ikan bilis, minyak, belacan, asam keping, garam, gula dan perasa yang dibenarkan. Tarikh luput LAVA Crunchy nie pula satu tahun, tapi kalau dah buka seal boleh tahan satu bulan ja tau. Silap-silap tak sampai satu bulan pun dah habis kan.. hehehe.. Harga pula Rm20.00 sahaja
Sambal MOOK (Berat 150gram)
Lava Crunchy dan Sambal MookSambal MOOK pula tahap pedas 60% aja korang, kira korang pedas lah dari LAVA Crunchy tadi. Bahan-bahannya pula bilis, bawang, cili, minyak, belimbing buluh dan perasa yang dibenarkan. Sama macam LAVA Crunchy, Sambal MOOK juga tahan sehingga satu tahun, tapi kalau dah buka seal boleh tahan satu bulan juga. Harga pun sama RM20.00 sahaja
Lava Crunchy dan Sambal MookUntuk korang yang berminat nak cuba, sekarang nie Kayu Tiga ada buat promosi untuk LAVA Crunchy dengan Sambal MOOK nie tau. Sebungkus hanya RM15.00 aja korang, jimat sangat. Boleh lah nak top up stok barang dapur, senang nanti nak makan dah ada dah stok kat rumah kan. Tengah harga promosi nie memang elok sangat lah nak memborong.
Lava Crunchy dan Sambal Mook
Lava Crunchy dan Sambal MookKalau ikut selera Kak Sue LAVA Crunchy dengan Sambal MOOK nie memang sedap dan penambah selera makan. Nak pula makan dengan nasi panas, memang tak sedar menambah makan tau. Kak Sue tak ada masalah pun dengan dua-dua sambal nie tapi Kak Sue lebih suka LAVA Crunchy nie sebab lebih pedas kan. Silap hari bulan nak top up lagi nanti kat rumah nie. Anak-anak Kak Sue memang suka makan dua-dua sambal nie. Semua kaki makan pedas..
Lava Crunchy dan Sambal Mook
Lava Crunchy dan Sambal MookKorang kalau nak cuba atau nak rasa juga LAVA Crunchy dan Sambal MOOK macam biasa Kak Sue kongsi detail kat bawah nie ya. Tambah tengah harga promosi dapat jimat banyak. Yang nak travel pun boleh juga beli buat stok, senang nanti nak makan. Selamat mencuba dan menjamu selera korang.. papai
KAYU TIGAFacebook
Kayu Tiga Tradisional
Instagram
@Kayu.tiga
Shopee
Shopee.com.my/watie_ahnan
Carousell
@kayu.tiga
Whatsapp
01110106740
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2020/02/jom-cuba-lava-crunchy-dan-sambal-mook.html