Jom Belajar Cara Buat Lemang Orang Perak
Rasa bertuah juga bila dapat jodoh dengan orang negeri lain ni sebab dapat belajar tentang budaya, adat resam, makanan terutama resepi tradisi negeri. Bila dah berkahwin dengan orang Perak, sedikit sebanyak saya juga belajar dari mak mentua tentang reepi dan makanan terutama yang selalu dihidangkan semasa hari raya. Kalau di Kedah, setiap kali raya ketupat palas adalah juadah utama, berbeza dengan di Perak, mesti ada Lemang, Ketupat Daun Kelapa atau Ketupat Pulut (KLIK SINI). Setakat hari ni saya merasa lemang, lemang dari negeri Perak memang sedap, lembut, lemaknya sederhana tak sampai muak, dan kekenyalan tu seiring dengan kelembutan lemang. Jom Belajar Cara Buat Lemang Orang Perak
Dah lama saya nak membuat tutorial dan share resepi lemang yang suami saya pasti membuatnya setiap kali raya. DH boleh dikatakan pakar juga la buat lemang kat kampungnya. Dia lah pasti ditugaskan membuat lemang dan menjaga api bagai. Proses membakar lemang ni memang lama mengambil masa 5 ke 6 jam untuk lemang cukup masak.
Tapi kalau nak tahu sebab DH pun adakala beraya di Kedah iaitu di Kampung saya, jadi ada alternative lain yang lebih mudah untuk buat lemang. Lemang tersebut dikukus!
Lemang Kukus Lebih Cepat Dan MudahLemang Kukus ni proses penyediaan sama sahaj seperti lemang dibakar. Dari penyediaan buluh, sulur daun pisang, masukkan beras pulut dan santan. Cuma bezanya ianya dikukus dalam periuk tinggi setinggi batang lemang yang ditempah khas
Proses Menyulur Daun Pisang Ke Dalam Lemang. Proses ni agak susah sebab kedudukan daun pisang hendaklah betul supaya tak bergumpal didalam dan pulut dapat masuk di tengah daun
Masukkan beras pulut yang telah dicuci bersih dan ditapis. Beras pulut kena masukkan sehingga hampir penuh buluh. tinggal dalam 1 atau 2 inci lebih saja bahagian atas
Masukkan santan yang dicampur garam kasar, sukatan 1 kg santan bersamaan secekak garam kasar mesti terasa masinnya ya baru nanti pulut lemang akan naik lemaknya. Sukatan santan ialah separas beras dalam lemang. Santan pula tak boleh terlalu pekat atau berketul kerana akan tersangkut dicelah beras dan tak dapat turun ke bawah
Inilah periuk khas mengukus lemang yang ditempah. Hanya masukkan lemang dahulu, kemudian masukkan air setengah tinggi lemang dan masak selama 3 jam sahaja
Jom tengok video penuh tutorial di You Tube Channel saya di bawah
Dapat merasa lemang panas lepas kukus aduhaiii sedapppp betul. Lembut je lemangnya.
Mak Mentua ada buat rendang tok pula. Sedap betul lah makan lemang panas, rendang tok baru kering elok. Syurga betul raya kali ni walaupun agak terlambat dapat balik kampung sebab PKP. Untuk rendang tok resepi mak mentua saya ada share disini ya RENDANG TOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.enyabdullah.com/2020/06/jom-belajar-cara-buat-lemang-orang-perak.html