Jom Baca Belum Lagi Pm Sebelum Ini Menefon Untuk Diplomasi Negara









 BAPA PENELEFONAN NEGARA


Saya menyaksikan sendiri betapa sibuk dan padatnya jadual PMX setiap hari. Tetapi seminggu yang lepas ini agak berbeza. Bukan sekadar sibuk dengan mesyuarat atau program rasmi, tetapi juga dengan panggilan telefon.


Ya, panggilan telefon.


Dalam keadaan biasa, satu panggilan telefon mungkin tidak membawa makna besar. Tetapi dalam dunia diplomasi, terutama ketika dua negara jiran berada di ambang perang, panggilan itu adalah talian hayat. Dan saya saksikan sendiri bagaimana panggilan-panggilan itu berlangsung lima hari yang lalu sehingga hari Ahad. Dari satu pemimpin ke satu pemimpin, dari satu negara ke satu negara. Daripada suara yang tegas dan berprinsip, kepada nada bersahaja yang diselitkan dengan jenaka. Setiap nada membawa maksud. Setiap gurauan yang dilontar bukan kosong, tetapi disampaikan untuk membuka hati mereka yang ditelefon.


Ramai yang melihat dari luar dan terus menghukum. “Asyik call je? Tak ada kerja lain ke?” Sindiran-sindiran begitu sudah biasa didengari. Dan saya akui, memang mudah untuk memperlekeh usaha ini jika kita tidak berusaha memahami hakikatnya.


Apa yang ramai tidak sedar ialah telefon bukan sekadar alat komunikasi. Ia adalah medium diplomasi yang paling pantas, paling jujur, dan paling peribadi. Ketika rundingan rasmi masih belum sempat dirancang, ketika pasukan tentera masih berkawal di sempadan, satu panggilan yang ikhlas dan terus kepada pokok persoalan boleh mengubah segalanya. Dan itulah yang dilakukan oleh PMX. Beliau tidak menunggu meja rundingan didirikan. Beliau sendiri yang membina jalan ke meja itu, bermula hanya dengan satu panggilan.


Bukan semua pemimpin mampu melakukannya. Bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi kerana mereka tidak memiliki kredibiliti untuk dipanggil ‘sahabat’ oleh pemimpin negara lain. Ada yang jika menelefon, perlu memperkenalkan diri terlebih dahulu.


Berbeza dengan PMX. Beliau dikenali, dihormati, dan lebih penting, dipercayai. Itulah sebabnya apabila beliau menelefon, kedua-dua pemimpin Kemboja dan Thailand mendengar. Dan dalam masa hanya lima hari, mereka terbang ke Kuala Lumpur. Mereka duduk di bilik yang sama. Mereka menandatangani gencatan senjata. Semua ini bukan kebetulan. Ia adalah hasil daripada siri panggilan yang konsisten, penuh hikmah, dan dibina atas reputasi yang kukuh.


Saya juga menyedari satu sisi lain yang jarang dilihat orang iaitu nilai keterbukaan dan ketelusan beliau. Setiap perbualan penting yang boleh dikongsi, akan dikongsi. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk memberitahu bahawa kerja sedang berjalan. Rakyat berhak tahu. Dan rakyat perlu tahu, supaya mereka tidak terpengaruh dengan sindiran sinis yang hanya melihat luaran tetapi tidak memahami proses di sebaliknya.


Saya turut melihat bagaimana PMX tidak pernah mengambil ringan aspek kemanusiaan dalam setiap interaksinya. Kadangkala beliau melontarkan satu dua jenaka yang ringkas, tetapi cukup untuk meredakan ketegangan dalam suasana penuh tekanan. Saya yakin, itu bukan skrip. Itu adalah pengalaman, kebijaksanaan, dan sentuhan kemanusiaan seorang pemimpin yang memahami bahawa diplomasi bukan hanya tentang dokumen dan meja panjang, tetapi hubungan hati ke hati.


Apa yang lebih menyedihkan ialah ketika pihak pembangkang yang menyindir beliau dengan gelaran “Bapa Penelefonan Negara” berteriak di jalanan kononnya mahu menjatuhkan kerajaan, mereka tidak pun berani mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen. Ironinya, mereka yang melaung “TURUN ANWAR” tidak ada keberanian politik sebenar untuk mencabar kedudukan PMX di tempat yang sepatutnya iaitu Dewan Rakyat.


Tapi sementara mereka berhimpun dan mencaci, apa yang PMX lakukan?


Beliau bekerja. Beliau menelefon. Dan hasilnya? Dua negara yang hampir berperang kini menghentikan tembakan. Dan semua itu berlaku di bawah bumbung Malaysia.


Jadi, mari kita nilai semula apa yang telah dicapai oleh PMX berhubung konflik Kemboja–Thailand dan kesan langsung kepada Malaysia:


PMX bertindak sebagai pengantara yang berjaya membawa kedua-dua pemimpin ke meja rundingan di Putrajaya dalam masa yang singkat menunjukkan kepimpinan beliau di peringkat serantau yang bukan hanya penting kepada dua negara itu, tetapi juga kepada kestabilan seluruh ASEAN, termasuk Malaysia.


Tindakannya menelefon pemimpin-pemimpin terlibat adalah satu bentuk diplomasi proaktif. Ia mencerminkan kecekapan beliau dalam mengurus komunikasi krisis, satu strategi penting dalam apa jua keadaan genting.


Dengan karisma dan pengalamannya, PMX tidak hanya tampil serius tetapi turut menyuntik pendekatan peribadi dalam komunikasi, menjadikan hubungan antara pemimpin serantau lebih akrab dan mudah.


Dalam konteks kebergantungan kompleks (complex interdependence), tindakan beliau mencerminkan bagaimana negara-negara ASEAN saling bergantung. Keamanan antara dua negara jiran memberi kesan langsung kepada kestabilan dan ekonomi Malaysia sendiri.


Konflik Kemboja–Thailand juga tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China. Dengan mengambil peranan sebagai perantara, PMX sebenarnya membantu menyekat ruang campur tangan kuasa luar yang boleh merumitkan keadaan dan menggugat kedudukan ASEAN sebagai blok yang berdikari.


Dan walaupun ada yang berkata beliau terlalu memberi fokus kepada hal antarabangsa, hakikatnya setiap tindakan itu membawa kesan terus kepada negara kita dari sudut pelaburan asing, kestabilan sempadan, sehinggalah imej Malaysia di mata dunia.


Biarlah mereka terus mengejek.
Biarlah gelaran “Bapa Penelefonan Negara” terus diulang oleh mereka yang tidak mengerti.
Tetapi bagi mereka yang membuka mata, minda dan hati, matlamat yang ingin dicapai hanyalah Keamanan Dunia dan Kestabilan Serantau.


Dan segalanya bermula…
Dengan satu panggilan telefon 📞


SADIQ ASYRAF






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/jom-baca-belum-lagi-pm-sebelum-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Ketua Audit Negara Mendedahkan Ketirisan Rm48 78 Billion Zaman Siapa Baca Sampai Habis

Laporan Ketua Audit Negara Mendedahkan Ketirisan Rm48 78 Billion Zaman Siapa Baca Sampai Habis

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 267 hits
PUTRAJAYA 21 Julai 2025 Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 2025 mendedahkan wujud kelemahan tadbir urus dan ketidakpatuhan dalam pelbagai projek dan program kerajaan bernilai RM48 78 bilion Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd R...
Nama Nama Yang Dicadangkan Nak Jadi Pm Jom Kita Baca Ulasan

Nama Nama Yang Dicadangkan Nak Jadi Pm Jom Kita Baca Ulasan

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 139 hits
Mukhlis EddieTan Sri Annuar Musa kalau teringin sangat nak jadi PM tunggu PRU 35 lah Buat masa ni PM tepi je dulu na Ariff Kadir Al KatamiTan Sri Annuar Musa meh sini ana ulas Dalam 7 nama ni kita tolak tepi Zahid Fadhillah Rafizi sebab sem...
Kejayaan Pm Anwar Mengeratkan 2 Buah Negara Sahabat Asen

Kejayaan Pm Anwar Mengeratkan 2 Buah Negara Sahabat Asen

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 154 hits
Alhamdulillah dua negara sahabat ASEAN Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui pelaksanaan gencatan senjata bermula tengah malam ini Malaysia selaku Pengerusi ASEAN menerima amanah besar bersama rakan rakan lain untu...
Pm Anwar Hadiri Majlis Perlantikan Ketua Hakim Negara

Pm Anwar Hadiri Majlis Perlantikan Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 163 hits
Siang tadi hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak Hakim Persekutuan Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tin...
Karikatur Rebut Pisang Hina Imej Negara Kata Pemimpin Amanah

Karikatur Rebut Pisang Hina Imej Negara Kata Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 135 hits
Mahfuz Omar berkata karikatur dimuat naik Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari itu juga satu bentuk politik kebencian Naib Mahfuz Omar berkata tindakan Ahmad Fadhli Shaari yang memuat naik karikatur menghina Anwar Ibrahim bukan sahaja m...
Pembangkang Cuba Burukkan Negara Anwar Kembalikan Keprcayaan Dunia

Pembangkang Cuba Burukkan Negara Anwar Kembalikan Keprcayaan Dunia

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 159 hits
Sham GhazSaat Pembangkang Gagal main Isu untuk turunkan Anwar negara jiran kita percayakan Anwar Ibrahim boleh jadi orang tengah perang Thailand Kemboja harini Pembangkang Gagal tak reti nilai kaca dan permata Wakil Us dan China juga turut ...
Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 200 hits
MRSM Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok Semua Maktab Rendah Sains MARA di seluruh negara akan diberi cuti khas esok sebagai tanda penghargaan atas kejayaan membanggakan MRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025 Pengumum...
Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Berita Sedih Dari Kakak

Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tunaikan Niat

Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Terung Buat Pc Menangis