Johor Guna Panel Solar Untuk Bangunan Pentadbiran


tyrazalhe  Kerajaan negeri perkenal inisiatif promosi RE kepada masyarakat

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri sedang mengkaji pemasangan panel solar di bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan di sini sebagai sebahagian daripada inisiatif jangka panjangnya untuk mempromosikan tenaga yang boleh diperbaharui (RE) kepada masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, kerajaan negeri sememangnya dijangka menerajui pelaksanaannya.
“Kita kini sedang berbincang dengan beberapa syarikat solar. Kerajaan negeri akan memulakannya dahulu. Kami akan memperkenalkan penggunaan panel solar di beberapa bangunan (pentadbiran).
“Selepas kita memasang panel solar di bangunan-bangunan ini, kita akan mengajak pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk terlibat sama. Tahap ketiga ialah penglibatan sektor swasta.
“Saya ingin memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukannya. Jika kerajaan boleh buat, saya harap PBT juga boleh buat, (setelah itu) kenapa tidak sektor swasta juga melakukannya?” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
Beliau menekankan bahawa kunci kepada inisiatif berkenaan bukan untuk mendapat keuntungan wang ringgit tetapi lebih kepada mewujudkan kesedaran sosial, kata Puah yang menambah, tenaga solar mempunyai potensi besar di Johor.
“Ada banyak tempat kamu boleh memasang panel solar seperti di tempat letak kereta, kompleks beli-belah, setesen bas dan sekolah. (Dan) adalah satu pembaziran jika tenaga ini tidak dimanfaatkan.
“Kos bagi panel solar juga telah turun menjadi sangat rendah…inilah masa yang seduai untuk melakukannya dan ia juga menguntungkan untuk berbuat demikian,” kata beliau.
Puah turut gembira bahawa inisiatif kerajaan negeri itu mendapat sokongan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.
Beliau berkata, perbincangan mengenainya (pemasangan panel solar di pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan di Iskandar Puteri) yang telah berjalan sejak beberapa bulan ini, kini sedang mengkaji satu “tempoh yang selesa” dan situasi menang-menang antara kerajaan negeri dan syarikat terpilih.
“Ia melibatkan isu kos, format apa yang hendak diguna dan kita bukan berunding dengan satu syarikat sahaja kerana kita melakukannya secara tender terbuka. Jadi ada beberapa syarikat, malah syarikat-syarikat asing juga berminat untuk melakukannya.
“Persetujuannya ialah mereka sanggup mengetepikan apa-apa kos tetapi kita perlu menandatangani perjanjian dengan mereka untuk satu tempoh yang lama,” kata Puah.
Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Batu itu juga berkata kerajaan negeri sedang mengkaji satu tempoh yang selesa untuk perjanjian itu, iaitu tidak melebihi 15 tahun.
“Saya harap perjanjian ini dapat dimuktamadkan menjelang hujung tahun ini supaya kita boleh menggunakan panel solar itu tahun depan,” tambah beliau.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/johor-guna-panel-solar-untuk-bangunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Boleh Guna Lif Ketika Kebakaran Bangunan Ini Rupanya Alasan Utama Ramai Yang Tak Tahu

Tidak Boleh Guna Lif Ketika Kebakaran Bangunan Ini Rupanya Alasan Utama Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 316 hits
Setiap bangunan premis mempunyai prosedur keselamatan tersendiri bagi menghadapi situasi cemas Umum sedia maklum kita tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan lif ketika kebakaran Terpampang di tepi lif dengan papan tanda memberi peri...
Pemerintah Disarankan Hapus Diskon Rokok Guna Tekan Konsumsi

Pemerintah Disarankan Hapus Diskon Rokok Guna Tekan Konsumsi

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 347 hits
Saat ini menjual di bawah 85 persen pun masih tidak melanggar peraturan asalkan dijualnya tidak lebih dari 40 kota atau area yang disurvei oleh kantor Bea Cukai
Bukan Boleh Kaya Pun Guna Muka You Chef Wan Mahu Serina Saman Peniaga Biadap

Bukan Boleh Kaya Pun Guna Muka You Chef Wan Mahu Serina Saman Peniaga Biadap

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 743 hits
Marah betul Chef Wan dengan seorang peniaga kuih karipap di bazar Ramadan yang menggunakan wajah anak perempuannya Serina Redzuan untuk melariskan jualan kuih yang dijualnya Menerusi Chef Wan mendedahkan perkara tersebut dimaklumkan oleh Se...
Teksi Terbang Guna Kuasa Hidrogen

Teksi Terbang Guna Kuasa Hidrogen

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 375 hits
LOS ANGELES 31 Mei 2019 Sebuah syarikat teknologi berjaya menghasilkan prototaip skala sebenar sebuah teksi terbang yang dijana oleh kuasa hidrogen Mail Online melaporkan teksi terbang yang dicipta oleh Alaka i Technologies itu mempunyai en...
Guna Tilam Di Belakang Kereta Akan Di Saman

Guna Tilam Di Belakang Kereta Akan Di Saman

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 292 hits
Kenderaan yang menggunakan tilam pada kabin belakang untuk kanak kanak berbaring ketika kereta sedang bergerak dan juga tidak memakai tali pinggang keledar nampaknya telah mendapat perhatian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Mala...
Suspek Curi Kereta Honda Civic Curi Rokok Di Bhp Guna No Plat Palsu

Suspek Curi Kereta Honda Civic Curi Rokok Di Bhp Guna No Plat Palsu

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 878 hits
Susulan kejadian buli jalanan yang berlaku semalam oleh dua suspek bersenjatakan parang di Lebuhraya Pasir Gudang Johor Bahru mangsa telah membuat laporan polis Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pemilik kenderaan yang c...
Duit Raya Anak Hak Anak Haram Jika Mak Ayah Guna Kalau Pinjam Wajib Bayar Balik

Duit Raya Anak Hak Anak Haram Jika Mak Ayah Guna Kalau Pinjam Wajib Bayar Balik

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 779 hits
f3r Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak anak Jika keadaan terlalu mendesak kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik Buka akaun simpanan untuk anak anak Sebaik saja mereka mendapat duit raya kita sebagai ibu bapa ...
Sungailokan Gagal Curi Lembu Guna Honda Civic

Sungailokan Gagal Curi Lembu Guna Honda Civic

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 346 hits
Tiga lelaki yang cuba mencuri seekor lembu jenis Brahman dengan menggunakan kereta jenis Honda Civic menerima padah apabila perbuatan mereka disedari penternak haiwan berkenaan di Jalan Sungai Lokan di sini hari ini Dalam kejadian kira kira...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Don T Dim Your Dreams Let Integrity Electrical Illuminate Your Vision

Specialization And Excellence Headwater Health S Crna Focus

Ipr Lonjak Pendapatan Peniaga B40

Perintah Berkurung Untuk Kanak Kanak Bawah 13 Tahun

Wee Mca Not A Hypocrite