Jodoh Tak Panjang Ini 5 Pasangan Selebriti Popular Putus Cinta Bercerai Tahun 2023
Mungkin ada yang lagi baik untuk masing-masing.
ARTIKEL BERKAITAN
Bukan Fokus Utama, Beberapa Selebriti Korea Ini Mengaku Tak Pernah Bercinta!
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pasangan selebriti yang hubungan mereka terhenti di tengah jalan pada tahun ini.
Jisoo & Ahn Bohyun
Ketika kisah percintaan antara dua selebriti popular mula tersebar, ramai yang tidak menyangka bahawa mereka akan bersama. Jisoo dan Ahn Bo-hyun mengumumkan hubungan percintaan mereka pada 3 Ogos yang lalu. Namun begitu, cerita cinta mereka terhenti di tengah jalan selepas 2 bulan bercinta.
Agensi mengesahkan berita putus cinta antara dua orang bintang besar ini pada 24 Oktober 2023. Sementara itu, ada yang mendakwa mereka putus kerana kesibukan jadual kerja tetapi ada juga yang membuat andaian kerana tekanan dari pendapat umum.
Hyeri & Ryu Junyeol
Selepas tujuh tahun bercinta, Ryu Jun-yeol dan Hye-ri juga memutuskan untuk berpisah. Dua pelakon ini menjalin hubungan romantik ketika penggambaran drama “Reply 1988”. Mereka secara rasmi mengesahkan hubungan mereka pada Ogos 2017, menarik perhatian sebagai pasangan yang bertahan lama dalam industri hiburan.
Berita perpisahan ini nyata mengejutkan ramai pihak yang berharap hubungan pasangan itu akan ke jinjang pelamin.
Jung Jooyeon
Pada Mac 2023, Jung Joo-yeon mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya yang bukan selebriti dalam majlis rahsia yang mewah. Pasangan itu dilihat sedang hangat bercinta. Walaubagaimanapun, pada 4 November yang lalu berita mengejutkan bahawa Jung Joo-yeon sah bercerai selepas hanya enam bulan berkahwin. Dilaporkan mereka bercerai tanpa memfailkan laporan perkahwinan.
Rhymer & Ahn Hyunmo
Rhymer dan Ahn Hyun-mo telah berkahwin pada 2017, menghadapi krisis dalam perkahwinan mereka selama enam tahun. Perceraian mereka didedahkan pada Mei 2023 dan punca perceraian itu dikatakan adalah kerana perbezaan personaliti.
Seo Sarang & Lee Junghwan
Seo Sa-rang dan Lee Jung-hwan yang berkahwin pada 2019, menghadapi krisis dalam perkahwinan mereka walaupun dikurniakan seorang anak perempuan. Sebelum ini, Seo Sa-rang muncul dalam rancangan TV “Between Marriage and Divorce” pada bulan Mei, dan nampaknya dia sedang mengatasi krisis perceraian. Bagaimanapun, dua bulan selepas rancangan itu, dia mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Pada 2 November, Seo Sa-rang memuat naik satu gambar di laman sosial Instagramnya mengatakan, dia sudah bercerai.
Takde jodoh..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Jodoh Tak Panjang, Ini 5 Pasangan Selebriti Popular Putus Cinta & Bercerai Tahun 2023 first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/jodoh-tak-panjang-ini-5-pasangan-selebriti-popular-putus-cinta-bercerai-tahun-2023/