Jkm T Ganu Hantar 3 8 Tan Makanan Siap Hadapi Monsun
PENDUDUK Pulau Redang melakukan persiapan awal menghadapi musim monsun dengan mendapatkan bekalan makanan untuk dijadikan sebagai stok simpanan sejak pertengahan Oktober lalu.Malah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu juga menghantar bantuan sebanyak 3.8 tan bekalan makanan seperti beras, gula, tepung gandum, sardin dan minyak masak ke pangkalan hadapan di pulau terbabit pada awal bulan ini.Penduduk, Zainab Muhammad berkata, apabila musim monsun Timur Laut bermula November hingga Mac, penduduk pulau itu sememangnya melakukan persediaan awal mendapatkan bekalan makanan dari Kuala Terengganu.“Apabila masuk musim monsun Timur Laut, penduduk tidak boleh sesuka hati turun ke laut kerana ombak besar yang berbahaya untuk bot kecil. Jadi sejak awal lagi, terutama pemilik kedai runcit mendapatkan bekalan makanan dari Kuala Terengganu untuk dijadikan stok.“Malah, setiap tahun, JKM turut menghantar bekalan makanan ke pulau ini dan akan diagihkan kepada penduduk pulau ini,” katanya.Katanya, sepanjang musim monsun ini juga, penduduk pulau yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan sememangnya tidak berani untuk ke laut namun aktiviti harian penduduk berlangsung seperti biasa.“Cuma kami berharap hujan turun tidak secara berterusan kerana boleh menyebabkan banjir kilat di pulau ini.“Kali terakhir banjir kilat teruk melanda pulau ini adalah pada Januari 2017 apabila air naik setinggi satu meter menyebabkan semua penduduk dipindahkan ke Masjid Pulau Redang.“Malah setiap tahun juga, jawatankuasa terdiri daripada Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung diwujudkan untuk memastikan keselamatan penduduk sekiranya berlaku perkara tidak diingini sepanjang musim monsun,” katanya.Sementara itu, pekerja resort, Jo Hasman Hussein berkata, sepanjang musim monsun ini, kedatangan pelancong ke pulau itu sememangnya merosot serta akan ditutup sekiranya ombak besar.(MyMetro)
Hibur Hibur Sikit..
Video:
Ebiet G. Ade - Nyanyian Ombak
Ebiet G Ade - Untuk Kita Renungkan
EBIT G ADE - MENJARING MATAHARI with CHORDS.wmv
Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)
5:08
WATCHEDSantri Santri Silat (Silat Disciples)MondiblancTV2 years ago 171,069 viewsEndah diikuti orang asing sepulang sekolah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/jkm-tganu-hantar-38-tan-makanan-siap.html