Jkkmar Setuju Garis Panduan Permohonan Lesen Dipapar Secara Dalam Talian


KUALA LUMPUR, 25 Jun — Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) hari ini secara prinsip bersetuju dengan syor Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), supaya semua kementerian atau agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan permit dan lesen, menerbitkan Garis Panduan Permohonan Lesen yang akan dipaparkan secara dalam talian, untuk makluman umum.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu yang dicapai pada Mesyuarat JKKMAR Siri 12 Bilangan 2 Tahun 2020, bertujuan mewujudkan mekanisme lebih telus dalam proses pengurusan permit dan lesen, meningkatkan integriti serta mengelak berlakunya rasuah.
Selain itu, bagi memantapkan proses tatatertib dalam perkhidmatan awam Muhyiddin berkata, mesyuarat secara prinsip bersetuju satu kajian komprehensif dilaksana bagi menambah baik pematuhan Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).
“Menyedari keperluan mewujudkan dasar bagi menjamin integriti persekitaran digital, mesyuarat secara prinsipnya juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Cyber Security Malaysia, supaya satu kajian dilaksana bagi mendapatkan bukti empirikal keperluan dasar anti-rasuah digital, serta mengenal pasti keperluan perundangan berkaitan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Terdahulu Muhyiddin berkata, mesyuarat yang  beliau pengerusikan itu diadakan secara sidang video, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sementara itu Perdana Menteri berkata, mesyuarat juga bersetuju meneruskan keputusan dasar yang dicapai dalam mesyuarat JKKMAR sebelum ini, antaranya mengadakan mesyuarat JKKMAR dan Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Kebangsaan secara berkala selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018.
Selain itu, memperkukuhkan akauntabiliti dan integriti ahli Parlimen melalui dasar pengisytiharan harta dan penerimaan hadiah; melaksanakan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) dan Penilaian Risiko Rasuah (CRM) di semua kementerian atau sektor awam untuk kawalan pencegahan rasuah yang efektif.
“Memantapkan lagi sistem pencegahan rasuah di sektor swasta melalui ‘Beneficiary Ownership’ dan entiti perniagaan mengikut Garis Panduan Tatacara Mencukupi; dan meningkatkan keberkesanan dan ketelusan perolehan awam, bagi mengelak ketirisan dana awam dan menumpukan kepada isu-isu ekonomi terutamanya kos sara hidup rakyat,” katanya.
Muhyiddin berkata JKKMAR turut dimaklumkan mengenai Status Perisytiharan Harta Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen, seperti yang dinyatakan dalam Kod Etika Anggota Pentadbiran untuk setiap anggota pentadbiran membuat perisytiharan harta dalam tempoh tiga bulan dari tarikh mengangkat sumpah.
Katanya, kerajaan akan meneruskan usaha meningkatkan tadbir urus dan integriti melalui pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023, bagi memastikan hasrat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan secara telus dan berkesan.
Sumber: Bernama
The post JKKMAR Setuju Garis Panduan Permohonan Lesen Dipapar Secara Dalam Talian appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/26/jkkmar-setuju-garis-panduan-permohonan-lesen-dipapar-secara-dalam-talian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban

Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 463 hits
Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan Negeri Johor Darul Ta zim ada mengeluarkan garis panduan pelaksanaan ibadah korban Garis panduan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid...
Pembukaan Semula Sektor Agong Seru Rakyat Patuh Garis Panduan

Pembukaan Semula Sektor Agong Seru Rakyat Patuh Garis Panduan

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 314 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru rakyat supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia susulan pembukaan semula lebih banyak sektor h...
Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah Tabika Tadika Kpm Dan Swasta Pada 1 Julai 2020

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah Tabika Tadika Kpm Dan Swasta Pada 1 Julai 2020

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 722 hits
Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah sumber BernamaGaris Panduan Pembukaan Semula Prasekolah sumber BernamaKenyataan Media KPM pembukaan semula Prasekolah Tabika Tadika kendalian kerajaan dan swasta pada 1 Julai 2020 RabuKenyataan Medi...
Garis Panduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Pkpp

Garis Panduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Pkpp

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 479 hits
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan garis panduan majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Pihak JAWI sebelum ini telah membenarkan pelaksanaan akad nikah secara online yang mana telah meny...
Garis Panduan Cara Diet Sihat

Garis Panduan Cara Diet Sihat

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 348 hits
Anda inginkan bentuk badan yang menarik Ingin badan yang langsing atau ingin mengekalkan berat badan unggul agar berat badan anda tidak naik secara tiba tiba Pastinya ya kerana anda semestinya ingin tampil menawan untuk si dia yang tersayan...
Ibu Bapa Tidak Dibenar Masuk Ke Kelas Antara Garis Panduan Buka Semula Prasekolah

Ibu Bapa Tidak Dibenar Masuk Ke Kelas Antara Garis Panduan Buka Semula Prasekolah

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 386 hits
Kerajaan bersetuju prasekolah tabika dan tadika dibuka semula pada 1 Julai berdasarkan garis panduan yang ditetapkan PETALING JAYA Guru dan pembantu pengurusan murid perlu memastikan ibu bapa atau penjaga tidak memasuki kelas prasekolah ata...
Panduan Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Panduan Permohonan Rumah Mesra Rakyat

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 608 hits
Sebenarnya sudah berkali juga saya nak mencari maklumat tentang Projek rumah mesra rakyat Ialah siapa yang tidak suka dengan projek ini Hanya perlu menyediakan sebidang tanah Dan seterusnya apabila permohonan diluluskan SYARIKAT PERUMAHAN N...
Panduan Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Panduan Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 570 hits
Panduan terkini berkongsi Panduan Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah Dimana anda perlu dapatkan borangnya dan cara dan kelayakan untuk memohon kemudahan biasiswa ini Panduan The post appeared first on
Cara Guna Portal Malaysiabiz Daftar Perniagaan Permohonan Lesen

Cara Guna Portal Malaysiabiz Daftar Perniagaan Permohonan Lesen

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 662 hits
CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ DAFTAR PERNIAGAAN PERMOHONAN LESEN APA ITU Portal MalaysiaBiz Portal MalaysiaBiz adalah sebuah portal untuk mudahkan daftar perniagaan mohon lesen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mengambil in...
Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi

700 Hari Serangan Israel Musnahkan 90 Peratus Gaza Kerugian Us 68 Bilion

New Thai Pm Anutin To Nominate Ekniti For Finance Minister Post

Malaysia Must Heed Lessons From Indonesia S Protests Say Fadillah And Rafizi

Umno Vs Dap Real Victims Are The People

Tunaikan Niat