Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban


Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) Negeri Johor Darul Ta`zim ada mengeluarkan garis panduan pelaksanaan ibadah korban.
Garis panduan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid atau Surau yang berhasrat melaksanakan ibadah korban serta menyelaras segala bentuk aktiviti pelaksanaannya dalam Negeri Johor.
Ibadah korban merupakan ibadah umat Islam apabila tiba hari raya Aidiladha. Ibadah korban kebiasaannya dilaksanakan di masjid dan surau secara bergotong-royong menyembelih, melapah, memasak dan kemuncaknya diagih-agihkan daging korban tersebut kepada yang berhak.
Sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini disebabkan pelaksanaan PKPP dan penularan wabak Covid-19 yang belum dapat ditangani dengan sepenuhnya.
Semua peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (K.K.M) dan Majlis Keselamatan Negara (M.K.N) hendaklah dipatuhi untuk keselamatan dan kemaslahatan semua.
jawatankuasa ibadah korban masjid dan surau hendaklah meminimakan jumlah haiwan korban dan pelaksanaan sembelihan korban di Pusat Penyembelihan adalah amat digalakkan.
Panduan awal sebelum pelaksanaan ibadah korban Tempat Pelaksanaan Sembelihan Korban:
Rumah Sembelihan (Abbattoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.
Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan sebanyak 16 buah.
Rumah Penyembelihan Sementara diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri sebanyak 14 buah.
Tempat penyembelihan di masjid atau surau yang mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Kadi Daerah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pematuhan Peraturan Ibadah Korban: Kawasan masjid dan surau dalam negeri Johor yang tidak mempunyai kemudahan dan tempat penyembelihan korban yang diluluskan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah serta tidak ada kebenaran daripada Pejabat Kadi Daerah, tidak dibenarkan melaksanakan ibadah korban.
Jawatankuasa Ibadah Korban Masjid dan Surau yang akan melaksanakan ibadah korban hendaklah mengisi dan menghantar Borang Permohonan Ibadah Korban ke Pejabat Kadi Daerah beserta dokumen iaitu;
Susun atur khemah atau meja berdasarkan keperluan.Kaedah pengedaran atau pengagihan daging korban.Menyatakan langkah-langkah keselamatan yang diambil.Gambar kandang ternakan korban.Gambar tempat sembelihan ternakan korban.Gambar tempat melapah.Gambar tempat memotong daging korban.Gambar tempat membuang sisa pepejal dan cecair kotoran ternakan korban. Syarat kelayakan petugas:
Warganegara Malaysia;Berumur dari 18 hingga 70 tahun;Tidak bergejala seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak dan penyakit kronik;Rekod bacaan suhu badan tidak melebihi 37.5°c; danPetugas yang masih dalam tempoh kuarantin tidak dibenarkan hadir.Bilangan petugas dalam satu-satu masa hendaklah tidak melebihi 20 orang dan jawatankuasa korban hendaklah membuat penggiliran petugas mengikut kesesuaian. Panduan semasa pelaksanaan ibadah korban di masjid dan surau Ahli Jawatankuasa Korban Masjid dan Surau yang telah mendapat kebenaran dan kelulusan melaksanakan ibadah korban hendaklah melaksanakan perkara berikut:
Peserta korban dan orang awam tidak dibenarkan berada di lokasi pengurusan ibadah korban melainkan mereka merupakan sebahagian daripada petugas yang dilantik, tetapi boleh hadir secara berperingkat untuk mengambil bahagian daging korban sekiranya diarah berbuat demikian oleh jawatankuasa.

Jumlah kehadiran pada satu-satu masa tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan tempat dengan mengelakkan elemen 3S (Sesak, Sempit dan Sembang Dekat).
Merekod kehadiran dan bacaan suhu badan dalam buku rekod atau mengimbas kod QR yang disediakan oleh pihak Jawatankuasa Ibadah Korban.

Memakai pelitup hidung dan mulut (face mask) dan memastikan penjarakan sosial (social distancing).

Memakai kelengkapan diri seperti apron dan sarung tangan kepada petugas
Menggunakan hand sanitizer yang disediakan secara berkala.
Peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban hendaklah mewakilkan kepada penyembelih atau wakil yang dilantik.
Proses lapah hendaklah dalam keadaan digantung dan proses keratan bahagian daging korban boleh dilakukan di tempat atau khemah yang dikhaskan di masjid atau surau.
Pengagihan daging korban hendaklah dibuat melalui penghantaran secara langsung oleh jawatankuasa atau petugas kepada peserta yang mengambil bahagian dan fakir miskin serta orang ramai berdasarkan senarai nama yang telah ditetapkan.
Sebarang bentuk jamuan untuk petugas hendaklah dibungkus dan di agihkan manakala aktiviti memasak di masjid dan surau adalah dilarang.
Setiap kawasan penyimpanan ternakan, penyembelihan, pelapahan, pemotongan dan pengagihan yang dibenarkan hendaklah melalui proses sanitasi sebelum dan selepas perlaksanaan ibadah korban dilaksanakan.
Bagi sembelihan yang dilakukan di Pusat-Pusat Penyembelihan Jawatankuasa Korban Masjid dan Surau dibenarkan melaksanakan proses pemotongan daging dan pengagihan di khemah atau tempat yang dikhaskan di masjid atau surau.
Panduan selepas pelaksanaan ibadah korban Memastikan keseluruhan tapak penyembelihan, melapah, memotong, mengagih dan tempat pengurusan korban dibersihkan;Sisa pepejal dan sisa cecair seperti darah, tulang, kulit, isi perut yang tidak diperlukan hendaklah ditanam dalam lubang dengan kedalaman satu (1) meter kemudian dikambus dan ditaburkan kapur pertanian.Memastikan semua peralatan yang digunakan perlu dibersihkan, disusun rapi dan disimpan.Membuang peralatan yang digunakan dengan cara yang betul seperti apron, pelitup hidung dan mulut (face mask) dan sarung tangan di tempat yang sesuai atau disediakan;Meninggalkan segera kawasan pengurusan penyembelihan sebaik selesai pelaksanaan ibadah korbanMelakukan proses sanitasi sebelum dan selepas perlaksanaan ibadah korban dilaksanakan Untuk versi penuh anda boleh muat turun dari sini Garis panduan pelaksanaan ibadah korban
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
The post Garis panduan pelaksanaan ibadah korban appeared first on Onlajer.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://onlajer.com/blog/garis-panduan-pelaksanaan-ibadah-korban/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=garis-panduan-pelaksanaan-ibadah-korban

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Garis Panduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Pkpp

Garis Panduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Pkpp

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 398 hits
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan garis panduan majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Pihak JAWI sebelum ini telah membenarkan pelaksanaan akad nikah secara online yang mana telah meny...
Ibu Bapa Tidak Dibenar Masuk Ke Kelas Antara Garis Panduan Buka Semula Prasekolah

Ibu Bapa Tidak Dibenar Masuk Ke Kelas Antara Garis Panduan Buka Semula Prasekolah

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 275 hits
Kerajaan bersetuju prasekolah tabika dan tadika dibuka semula pada 1 Julai berdasarkan garis panduan yang ditetapkan PETALING JAYA Guru dan pembantu pengurusan murid perlu memastikan ibu bapa atau penjaga tidak memasuki kelas prasekolah ata...
Neelofa Anjur Program Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidiladha

Neelofa Anjur Program Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 428 hits
Pelakon dan pengacara popular tanah air neelofa bakal menganjurkan Qurban Kasih Neelofa bersempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi menerusi Perubuhan Kasih Neelofa miliknya Disamping meluaskan ilmu pengetahuan mengenai i...
Garis Panduan Cara Diet Sihat

Garis Panduan Cara Diet Sihat

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 274 hits
Anda inginkan bentuk badan yang menarik Ingin badan yang langsing atau ingin mengekalkan berat badan unggul agar berat badan anda tidak naik secara tiba tiba Pastinya ya kerana anda semestinya ingin tampil menawan untuk si dia yang tersayan...
Covid 19 Garis Panduan Pembukaan Sekolah Kementerian Pendidikan

Covid 19 Garis Panduan Pembukaan Sekolah Kementerian Pendidikan

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 418 hits
The post appeared first on Covid 19 Garis Panduan Pembukaan Sekolah Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia telah keluarkan SOP untuk membuka sekolah yang telag ditutup akibat wabak Covid 19 Apakah SOP yang perlu diikuti Lebi...
Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah Tabika Tadika Kpm Dan Swasta Pada 1 Julai 2020

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah Tabika Tadika Kpm Dan Swasta Pada 1 Julai 2020

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 573 hits
Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah sumber BernamaGaris Panduan Pembukaan Semula Prasekolah sumber BernamaKenyataan Media KPM pembukaan semula Prasekolah Tabika Tadika kendalian kerajaan dan swasta pada 1 Julai 2020 RabuKenyataan Medi...
Jkkmar Setuju Garis Panduan Permohonan Lesen Dipapar Secara Dalam Talian

Jkkmar Setuju Garis Panduan Permohonan Lesen Dipapar Secara Dalam Talian

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR 25 Jun Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah hari ini secara prinsip bersetuju dengan syor Perbadanan Produktiviti Malaysia supaya semua kementerian atau agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan permit dan lesen mener...
Ibadah Korban Dibenarkan Di Negeri Sembilan Exco

Ibadah Korban Dibenarkan Di Negeri Sembilan Exco

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 251 hits
JELEBU 18 Jun Pelaksanaan ibadah korban di negeri ini dibenarkan namun ia masih tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan Bakri Sawir Be...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api