Belum Buka Tapi Sudah Viral Supodiyo Cafe Curi Tumpuan Umum
Belum Buka Tapi Sudah Viral! Supodiyo Cafe Curi Tumpuan Umum | Kemunculan Cafe baru di Tanah Merah Kelantan semakin hari semakin banyak. Antara cafe yang aku sendiri pernah terjah di Tanah Merah adalah Jiwa Kopi Dan Bingsu, Atas Cafe dan yang terbaru adalah Supodiyo Cafe.
Korang mesti pelik kan kenapa aku cakap Supodiyo Cafe ini viral sebelum ianya dibuka kan? Macam mana boleh viral kalau tak buka lagi? Jawapan dia adalah sosial media!
Sebelum beroperasi, mereka membuat posting di Tiktok dan video tersebut mencuri tumpuan ramai orang. Setakat hari ini video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali oleh pengguna tiktok.
Kini, Supodiyo Cafe sudah mula beroperasi dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Sekiranya korang berminat untuk singgah hang out atau lepak dengan kawan kawan dekat sini pastikan korang baca artikel ini sampai habis sebab ada beberapa info yang aku nak kongsikan dengan korang semua.
Supodiyo Cafe Tanah Merah KelantanUntuk pengetahuan semua, Supodiyo cafe terletak di Jalan Pasir Mas - Tanah Merah Kelantan bersebelahan dengan kedai Aksesori Kereta One Stop Automart. Untuk memudahkan korang mencari lokasi tepat Supodiyo Cafe gunakan sahaja aplikasi waze.
Supodiyo Cafe yang berkonsepkan outdoor ini dibuka setiap hari bermula jam 4:00 Petang sehingga 12:00 malam. Jadi, kalau korang tak tahu nak hang out dekat mana pada waktu malam boleh datang ke cafe ini
Seperti yang aku kongsikan dengan korang, Cafe ini berkonsepkan outdoor tetapi kaunter untuk korang order minuman dan makanan masih lagi berada di dalam bangunan (indoor). Masih ada tempat duduk di bahagian indoor tetapi tidak banyak seperti outdoor
Bagi aku konsep, dekorasi dan pemilihan warna yang digunakan oleh mereka ini sangat simple dan minimalist membuatkan Supodiyo Cafe nampak lebih aesthetic dan yang paling penting korang masih akan rasa selesa walaupun bahagian ruang indoor mereka tidak besar. Sekarang jom aku kongsikan dengan korang bahagian outdoor pulak
Pilihan tempat duduk dibahagian outdoor boleh dikatakan sangat banyak termasuklah tempat duduk yang diletakkan menghadap rel keretapi. Jadi, korang boleh pilih mana mana yang sesuai mengikut kehendak masing masing.
Tempat duduk menghadap rel keretapi menjadi pilihan ramai apabila keretapi hampir tiba dikawasan tersebut kerana pelanggan yang datang berpeluang untuk bergambar dan mengambil video keretapi yang melintas. Walaupun hanya untuk beberapa detik sahaja ianya tetap menjadi tarikan kepada mereka yang datang.
Senarai Makanan dan Minuman Di Supodiyo Cafe (Menu Supodiyo Cafe Tanah Merah)Salah satu sebab kenapa korang perlu datang ke Supodiyo Cafe adalah makanan dan minuman yang disediakan oleh mereka. Berikut adalah senarai pilihan minuman dan makanan yang korang boleh dapatkan di Supodiyo Cafe Tanah Merah Kelantan
*maaf untuk kualiti gambar menu yang kurang memuaskan
Pada pendapat aku, pilihan minuman dan makanan yang ada di Supodiyo Cafe agak banyak dan menarik untuk dicuba oleh pelanggan yang datang terutama sekali penggemar desserts. Selain desserts, korang juga boleh cuba makanan makanan lain termasuklah signature food mereka iaitu Mee Kari dan Nasi Gulai Supodiyo.
Minuman pun ada banyak pilihan. Mereka yang bukan penggemar kopi pun masih boleh datang ke Supodiyo Cafe dan menikmati pelbagai jenis minuman yang disediakan oleh mereka.
Apa Yang Aku Makan Di Supodiyo Cafe Tanah Merah KelantanWaktu pertama kali datang ke Supodiyo Cafe aku memang curious tentang menu yang ada sebab cafe ini masih baru dan mungkin pilihan menu mereka agak terhad tetapi unexpectedly mereka menyediakan pelbagai jenis minuman dan makanan.
Aku kalau ke cafe memang agak jarang order coffee. Jadi, fokus aku adalah kepada minuman yang tidak mengandungi coffee. Pilihan minuman waktu aku datang beberapa hari yang lepas adalah sparkling drinks.
Untuk makanan pula pilihan yang ada agak banyak tetapi aku hanya order baby pancake atau pun mini pancake sahaja sebab ianya adalah salah satu dessert atau pencuci mulut yang jarang aku nampak di cafe. (not entirely sure tapi kebanyakan cafe yang aku pernah singgah tak ada jual mini pancake)
Kalau nak order baby pancake korang boleh pilih samada nak yang 12 pieces atau 20 pieces. Untuk flavour, kita boleh pilih dua flavour untuk 12 pieces dan dua hingga empat flavour untuk 20 pieces. Disebabkan datang sorang aku order yang 12 pieces sahaja. Flavour pula aku campurkan collebout milk chocolate dan biscoff
Kesimpulannya, kalau korang mencari cafe untuk hang out sampai lewat malam boleh datang ke Supodiyo Cafe sebab ianya dibuka sehingga jam 12:00 malam. Pilihan makanan pun sangat pelbagai dimana korang boleh order fries, wedges, nugget atau chicken wing untuk snacking. Kalau nak makanan berat boleh order beberapa jenis pilihan pasta atau korang boleh order nasi gulai supidiyo dan mee kari yang menjadi signature food di cafe ini.
Info Ringkas Supodiyo Cafe Tanah Merah KelantanNama Kedai : Supodiyo Cafe Lokasi : Lot 1057, Jalan Pasir Mas - Tanah Merah, Tanah Merah, KelantanWaktu Operasi : Setiap hari, 4:00 Petang - 12:00 MalamFacebook : Supodiyo CafeInstagram : supodiyo_cafeTiktok : supodiyo_cafeNo. Tel : 016-6169661Email :
[email protected]
@jomderak Cafe baru di Tanah Merah, Kelantan. Kalu sep awok cari tempat baru nak lepok di TM boleh singgah @supodiyo_cafe . Sep dio buko setiap hari Jam 4 petang sampai 12 malam. #visitkelantan2024 #supodiyocafe #cafedikelantan #cafehunting #kelantanfoodie #kelantanviral #cafekelantan ♬ original sound - Bella Astillah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2024/08/Supodiyo-cafe-tanah-merah-kelantan.html