Jjcm Kuching Day 5 Serikin Tasik Biru



Alhamdulillah saya telah pun sampai ke catatan hari terakhir JJCM Kuching dari 1-5 Januari 2025. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Alhamdulillah ianya dapat disiapkan sebelum saya berlepas ke UK malam ini. 
Pagi pagi lagi, kami turun sarapan. Hari ini tiada aktiviti jogging. Selepas sarapan, kami terus turun dan check out. Selepas bergambar di depan hotel, kami naik bas menuju ke Pasar Serikin yang memakan masa 1 jam 20 minit perjalanan dari Kuching. 
Pasar ini terletak bersempadan dengan Kalimantan. Jadi barang barang yang dijual di sini dikatakan banyak barang yang dibawa masuk dari sana. 



Pasar ini memanjang jauh ke belakang. Kalau nak berjalan sampai habis, memang tak larat. Lagi pulak, cuaca panas terik. Pada pandangan saya, barangan yang dijual di sini tidak lah semurah mana. 
Lagi lagi saya orang Kelantan yang biasa melihat barang Siam yang murah di Kota Bharu. Jadi saya mengajak Hubby berpatah balik untuk ke restoran Jawa Muslim untuk minum sambil menunggu rakan rakan lain selesai shopping. 

Selepas 1 jam di sini, kami dibawa untuk makan tengahari di Siti Cafe sebelum dibawa ke masjid untuk solat. Masakan di sini memang sedap dan berasa. Semuanya kena dengan selera. 
Udang galah besar dimasak sambal sangat sedap. Begitu juga dengan umbut kelapa. Tidak lupa, di sini baru kami dihidangkan dengan ikan terubuk masin. 





Sebelum keluar, owner datang untuk bergambar kerana anaknya memberitahu, itu macam Azie Kitchen.  Muda dan cantik ownernya. 

Selepas itu, kami dibawa ke masjid untuk menunaikan solat. Kemudian dibawa ke Tasik Biru. Ianya masih terletak di daerah Bau. Dalam perjalanan Zizan sempat menceritakan asal usul daerah ini dinamakan Bau. Ianya berikutan dengan bau beratus ratus mayat mereka yang mati lemas dalam gua selepas di pintu gua dibakar oleh pengikut James Brooke. 
Kami kemudian turun ke bawah untuk menaiki bot. Air tasik ini berwarna hijau dengan banyak ikan yang besar besar di dalamnya. Semasa menaiki bot, hujan mulai turun dengan lebat sehingga kami semua basah kuyup kerana terkena tempias air hujan. 





Selepas keluar dari boat, hujan dah reda, jadi kami seramai 4 pasangan berjalan menyusuri jambatan terapung untuk bergambar. Tiba tiba jer hujan turun semula dengan lebat sehingga kami terpaksa berlari mencari perlindungan. 




Oleh kerana baju dan kasut semua basah, kami pergi semula ke masjid tadi untuk menukar pakaian. Kemudian kami singgah di mall untuk mengisi masa kerana flight yang sepatutnya pukul 6.00 petang ditukar ke pukul 9.00 malam. 
Kemudian dibawa untuk makan malam pukul 5.00 petang. Makan malam yang awal. Kelihatan makanan laut di sini segar segar. Tapi secara jujur, masakan ini di sini kurang sedap. Atau mungkin tak kena dengan selera saya. 

Dari situ, baru ke airport. Dengan ini berakhirlah percutian JJCM kami yang ke15. Keseronokan bercuti bersama kawan kawan tidak sama dengan bercuti bersama keluarga. Alhamdulillah selesai sudah catatan perjalanan JJCM Kuching. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/01/jjcm-kuching-day-5-serikin-tasik-biru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jjcm Kuching Day 2 Semenggoh Nature Reserve

Jjcm Kuching Day 2 Semenggoh Nature Reserve

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 264 hits
Ahamdulillah kita bersua lagi Kali ini saya menyambung catatan perjalanan hari ke2 JJCM Kuching bersama geng alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya Boleh klik entri sebelum ini di Pagi pagi hari kedua kami keletihan sehingga tidak dapat join...
Jjcm Kuching Day 4 Sarawak Cultural Village

Jjcm Kuching Day 4 Sarawak Cultural Village

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 221 hits
Alhamdulillah kita bersiaran lagi Kali ini catatan perjalanan hari keempat JJCM Kuching pada 1 5 Januari 2025 Boleh klik entri sebelum ini di Hari kami ke Sarawak Cultural Village dan ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke sini K...
Jjcm Kuching Day 2 Jong S Crocodile Farm Dan Durian

Jjcm Kuching Day 2 Jong S Crocodile Farm Dan Durian

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 166 hits
Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan JJCM Kuching hari kedua Selepas keluar dari Semenggoh Nature Reserve kami di bawa menuju ke Jong s Crocodile Farm Boleh klik entri sebelum ini di Sepanjang berjalan menuju ke tempat feed...
Jjcm Kuching Day 1 Bandar Kuching

Jjcm Kuching Day 1 Bandar Kuching

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 217 hits
JJCM Kuching adalah program pertama kami tahun 2025 dari 1 hingga 5 Januari 2025 Oleh kerana flight awal pagi kami keluar dari rumah 4 30 pagi Bila sampai di KLIA semua kawan kawan dah pun ada Rupanya kami yang terakhir sampai Memang silap ...
Jjcm Kuching Day 2 Makan Malam Di Eden Garden Cafe

Jjcm Kuching Day 2 Makan Malam Di Eden Garden Cafe

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 211 hits
Assalamualaikum Selamat bertemu kembali Masih lagi dengan catatan perjalanan JJCM Kuching kami di hari kedua Boleh klik entri sebelum ini di untuk lawatan kami ke Semenggoh Natures Reserve dan Jong Crocodile Farm Balik hotel untuk solat dan...
Jjcm Kuching Day 3 Supper Di Rooftop

Jjcm Kuching Day 3 Supper Di Rooftop

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 224 hits
Alhamdulillah rezeki bila Haji Taufik dan Puan Hadiah sekali sudi meraikan kami dengan supper di The Waterfront Hotel Rooftop Boleh klik entri shopping dan cruise sebelum ini di Jadi kami selesai jer cruise terus ke tempat makan malam keran...
Pm Anwar To Undertake Two Day Working Visit To Belgium

Pm Anwar To Undertake Two Day Working Visit To Belgium

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 312 hits
LONDON Jan 16 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim attended the Roundtable meeting with the Captains of Industry in the United Kingdom fotoBERNAMA COPYRIGHT RESERVEDBRUSSELS Datuk Seri Anwar Ibrahim will undertake a two day working visit...
Spm 2024 Day 2 Tremendous

Spm 2024 Day 2 Tremendous

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 212 hits
SPM 2024 Day 2 Tremendous Bahasa Inggeris dan Tasawwur Islam Semoga dipermudahkan segala urusan mereka olehNya Terima kasih en Suhaimi atas kunjungan menyantuni calon SPM mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger ph...
Pemilik Banglo Biru Terpaksa Berpindah Dan Bermalam Di Chalet

Pemilik Banglo Biru Terpaksa Berpindah Dan Bermalam Di Chalet

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 168 hits
Baru baru ini tular di media sosial sebuah rumah banglo berwarna biru yang terletak ditepi laut di Terengganu berada dalam keadaan membimbangkan apabila tebingnya habis dihakis ombak Menerusi video yang tular dapat dilihat terdapat beberapa...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah