Jjcm Kuching Day 1 Bandar Kuching




JJCM Kuching adalah program pertama kami tahun 2025 dari 1 hingga 5 Januari 2025. Oleh kerana flight awal pagi, kami keluar dari rumah 4.30 pagi. Bila sampai di KLIA semua kawan kawan dah pun ada. Rupanya kami yang terakhir sampai. Memang silap saya kerana saya ingat nak keluar rumah pukul 4.30 pagi. Jadi saya sempat menunaikan solat Tahajjud dan Witir. Kali ini kami hanya seramai 7 pasangan bila beberapa pasangan tidak dapat menyertainya di saat saat akhir. 
Selepas luggage drop, kami ke kopitiam untuk minum. Kemudian check in dan terus berjalan ke surau. Surau kecil dan agak padat kerana azan Subuh baru kedengaran ketika kami sampai. Rupa rupanya di depan sikit, ada sebuah lagi surau untuk wanita yang lengang kerana rasanya ramai yang tidak tahu keberadaan surau ini. Biasalah bila nampak surau semua akan terus masuk kan. 


Kami kemudian berjalan ke gate pelepasan B11 yang agak jauh. Penerbangan take off pukul 8.10 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tepat mengikut jadual. Cuaca di Kuching mendung dengan sedikit hujan. 
Di dalam penerbangan kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Saya memilih nasi lemak dengan rendang ayam. Sedap lah juga. Dah ada penambahbaikan dari segi rasa dan hidangan hidangan MAS. 


Dah lama saya tidak ke Kuching. Kali terakhir rasanya 2019 atas urusan tugas rasmi. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk datang ke sini lagi. Yang pasti lebih mengembirakan ialah kali ini datang bercuti bersama kawan kawan. Sampai di airport di sambut oleh Zizan, tour guide kami dari Amezone Adventure Sdn Bhd (010-8404567). 




Kami dibawa ke tempat untuk membeli cenderahati di kedai kristal. Menurut Zizan, harga di sini lebih murah berbanding dengan tempat lain. Seperti biasa, saya tak beli apa apa kerana saya dah banyak beli mutiara air masin di Kota Kinabalu kerana anak anak kerap ke sana atas urusan tugas rasmi. Selepas itu, kami dibawa untuk makan tengahari di Dapur Melanau. 



Masakan di sini dihidang secara buffet tapi lauk pauk tidak ditambah. Maksudnya bila habis, lauk tidak akan di top up. Orang ramai ketika itu tapi tempat lauk pauk agak sempit untuk memuatkan pelanggan yang ramai. Di sini lah kali pertama saya merasai lauk umai yang diperbuat dari ikan. Sedap. 


Selepas makan kami minta untuk dibawa mencari tempat ada menjual buah durian. Teruja bila dapat tahu di Kuching sekarang tengah musim durian. Harga durian di sini juga sangat murah di mana harga dikira mengikut biji bukan ditimbang. 

Sebiji ada yang berharga RM7-10. Saiz buahnya agak besar. Cuma satu yang saya perhatikan buah durian di isinya berwarna putih. Memang tak jumpa durian isi warna kuning. 


Selepas makan durian, kami dibawa ke tempat tempat menarik untuk bergambar di bandar Kuching. Bilik hotel pun belum siap. Tempat yang pasti singgah ialah tempat replika kucing yang terletak berdekatan dengan Hotel Margerita. 



Selepas bergambar, kami terus dibawa check in di The Waterfront Hotel. Kali pertama kami menginap di hotel ini. Biliknya luas dan bilik air juga luas. Kami memilih bilik yang mengadap sungai. 


Kedudukan hotel ini sangat strategik kerana berada di kawasan shopping, bersekali dengan mall dan dekat dengan jambatan untuk menyeberangi sungai. Kalau ke Kuching, jom menginap di hotel ini. 
Kami semua berehat di bilik sehingga selepas maghrib. Selepas solat, kami kemudian berkumpul di lobi untuk keluar makan malam. 


Kami keluar makan malam di restoran di bawah Topspot dengan menu seafood.  Alhamdulillah selepas makan, Datin Setia Nursinah belanja kami minum air kelapa muda. 




Selepas makan, kami ke mall yang bersambung dengan hotel untuk mencari baju yang sesuai untuk jogging pagi esoknya. Saya tak tahu pulak ada aktiviti jogging. Jadi memang tak bawa pakaian sesuai. 
Ya lah kalau tak jogging, mesti rasa rugi kerana hotel ini sangat dekat dengan jambatan Darul Hana yang cantik dan unik. Ramai orang yang melakukan aktiviti jogging di sini. 
Selepas shopping, saya terus naik bilik, terus berehat untuk aktiviti keesokannya. Geng para suami menpunyai aktiviti mereka sendiri. Nantikan sambungan entri untuk aktiviti hari kedua ya. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/01/jjcm-kuching-day-1-bandar-kuching.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jjcm Kuching Day 2 Semenggoh Nature Reserve

Jjcm Kuching Day 2 Semenggoh Nature Reserve

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 281 hits
Ahamdulillah kita bersua lagi Kali ini saya menyambung catatan perjalanan hari ke2 JJCM Kuching bersama geng alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya Boleh klik entri sebelum ini di Pagi pagi hari kedua kami keletihan sehingga tidak dapat join...
Jjcm Kuching Day 2 Jong S Crocodile Farm Dan Durian

Jjcm Kuching Day 2 Jong S Crocodile Farm Dan Durian

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 179 hits
Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan perjalanan JJCM Kuching hari kedua Selepas keluar dari Semenggoh Nature Reserve kami di bawa menuju ke Jong s Crocodile Farm Boleh klik entri sebelum ini di Sepanjang berjalan menuju ke tempat feed...
Jjcm Kuching Day 2 Makan Malam Di Eden Garden Cafe

Jjcm Kuching Day 2 Makan Malam Di Eden Garden Cafe

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum Selamat bertemu kembali Masih lagi dengan catatan perjalanan JJCM Kuching kami di hari kedua Boleh klik entri sebelum ini di untuk lawatan kami ke Semenggoh Natures Reserve dan Jong Crocodile Farm Balik hotel untuk solat dan...
Malay Group Wants G1 G7 Contractors To Develop Bandar Malaysia

Malay Group Wants G1 G7 Contractors To Develop Bandar Malaysia

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 177 hits
The Malay Chamber of Commerce Malaysia will establish a Malay construction consortium comprising G1 to G7 class contractors to be involved in the development of 20 23ha in Bandar Malaysia gazetted as Malay reserved land Its president Norsya...
Beca Bandar Hilir

Beca Bandar Hilir

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 157 hits
Lokasi Beca Bandar Hilir Alamat Jalan Kota Bandar Hilir 75000 Melaka Waktu Operasi 10 00 pagi 10 00 malam Harga RM 25 Tarikh Lawatan 24 Disember 2024 Menaiki beca adalah aktiviti yang dilakukan seterusnya selepas mengunjungi Oleh kerana bil...
Ensure Bandar Malaysia Is Future Ready Says Urban Planning Expert

Ensure Bandar Malaysia Is Future Ready Says Urban Planning Expert

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 267 hits
In December KLCC Sdn Bhd a Petronas subsidiary announced its acquisition of 486 acres of Bandar Malaysia land for an undisclosed sum PETALING JAYA An urban planning expert has called for the Bandar Malaysia project to exemplify the qualitie...
Siapa Sangka Dalam Mall Ini Pengunjung Dibawa Ke Bandar Zaman 80an Siap Ada Gondola

Siapa Sangka Dalam Mall Ini Pengunjung Dibawa Ke Bandar Zaman 80an Siap Ada Gondola

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 172 hits
Dalam dunia membeli belah yang serba moden dan canggih ada satu tempat di Changsha China yang membawa pengunjung ke suatu pengalaman yang sangat berbeza Di Wenheyou yang terletak di Hisense Plaza anda bukan hanya menikmati kemudahan beli be...
Row Over Change Of Clothes For Kuching S Iconic Cat Statue

Row Over Change Of Clothes For Kuching S Iconic Cat Statue

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 196 hits
Dignitaries taking part in a music video being shot for Kuching South City Council s Chinese New Year song PETALING JAYA A change of clothes for the iconic cat statue in Kuching Sarawak sparked a minor controversy after its Christmas attire...
Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 224 hits
Setelah lama tidak berjalan jalan cari makan dengan geng alumni kami bersetuju dengan cadangan YB Senator Dato Setia Salehuddin Saidin untuk mengadakan program mini JJCM ke kampung beliau di Kuala Kangsar Walaupun singkat tapi sangat menyer...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan