Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan




Setelah lama tidak berjalan jalan cari makan dengan geng alumni, kami bersetuju dengan cadangan YB Senator Dato Setia Salehuddin Saidin  untuk mengadakan program mini JJCM ke kampung beliau di Kuala Kangsar. Walaupun singkat tapi sangat menyeronokkan. Banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati. Kali terakhir kami JJCM tahun 2024 adalah awal Februari ke Hanoi. Kiranya program ini adalah penutup untuk tahun 2024. 
Kami hanya 6 pasangan sahaja. Kami berkongsi kenderaan sahaja. Bertolak pukul 3.30 petang dari Shah Alam dan tiba agak lewat kerana jalan sesak teruk sehingga memaksa kami mengambil jalan lama. 
Kami yang sepatutnya singgah makan laksa Kuala dan cendol di gerai terpaksa minta dibungkus untuk dimakan di rumah DS Salehuddin. 



Selepas makan bagi mengisi perut, kami solat dan terus bersiap siap untuk keluar makan malam di Restoran nasi ayam bakar yang baru sahaja beberapa bulan beroperasi. Sangat sedap kerana ayamnya dibakar, tidak digoreng seperti nasi ayam biasa. Selain nasi ayam, ada banyak lagi masakan panas dan juga satay. 



Memang sangat mengejutkan bila tanpa pengetahuan kami, DS Salehuddin dan isteri telah mengaturkan untuk meraikan majlis hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 37 dengan sebiji kek yang sangat sedap. 



Balik ke rumah, kami bersembang seketika sebelum masuk tidur. Pagi pagi lagi kami bangun untuk aktiviti jogging keliling kampung. Geng suami telah bangun awal untuk menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan. 




Kami berjalan jalan sambil berjogging melihat suasana kampung yang penuh dengan pelbagai pokok buah buahan yang sedang berbuah. Balik dari jogging, kami makan pagi di taman depan rumah keluarga Dato Setia. 




Nasi lemak, lontong dan pelbagai kuih tradisional juga dihidangkan. Pastinya sangat sedap kerana ianya dimasak sendiri oleh Kak Nor, kakak ipar Dato Setia dan juga nasi lemak yang dimasak oleh jiran mereka. Kuih bingka ubi kayu yang ditempah khas dari orang kampung juga tersangat sedap. 
Selepas makan kami bersiap siap untuk keluar ke muzium di Kampung Warisan Budaya. Tapi sebelum itu, kami bergambar kenangan terlebih dahulu hadapan rumah pusaka DS Salehuddin yang kelihatan masih cantik dan terjaga. 




Di Muzium dan Kampung Warisan Budaya ini, kami melihat rumah rumah yang dibina mengikut senibina rumah di negeri negeri di Malaysia. 





Kami kemudian berjalan ke jambatan Victoria yang merupakan laluan keretapi yang sangat cantik untuk bergambar. Memang tak puas bergambar di sini setiap kali datang. Tapi jangan tengok di bawah, rasa gayat dan kena hati hati kalau kaki terjerlus di celah kayu kayu di laluan keretapi tersebut. 






Selepas bergambar di jambatan Victoria, kami menuju ke tempat makan tengahari di Restoran Sajian Panorama di tepi Sungai Perak. Di sini kami dihidangkan dengan lauk pauk tradisional Perak seperti ikan patin masak tempoyak.  Sebelum beredar, kami bergambar di depan restoran dengan berlatarbelakangkan Sungai Perak. 




Selepas makan, kami singgah untuk solat di masjid di mana tuan imam telah menunggu kedatangan kami. 


Dari situ, kami terus ke kampung Labu Kubung untuk menaiki train. Train melalui sawah bendang dan tepi kampung. Cantik dengan latar belakangkan bendang, sungai dan bukit yang menghijau. Kami singgah di tempat ternakan dan pengeluaran madu kelulut. Kami masing masing beli madu kelulut. 





Kemudian kami berhenti bergambar di tengah bendang sebagai kenang kenangan. Kalau sawah padi sedang menghijau, rasanya akan lagi cantik. 



Kami kemudian balik ke rumah untuk menukar pakaian. Hari telah mulai mendung dengan hujan renyai renyai. Destinasi seterusnya ialah makan durian. Kami menaiki Hilux kerana untuk masuk ke tempat durian tak boleh menggunakan kereta biasa. 



Durian luar musim, walaupun begitu, durian kampung memang sangat sedap. Isi putih tapi pelbagai rasa lemak manis nya. Untuk ke sana, kena menaiki Hilux. 





Dah lama tak makan durian, makan macam tak hinggat. Nasib baik di situ ada pokok hempedu bumi yang pahit giler yang dikatakan sangat bagus untuk mengawal kadar bacaan gula dalam darah. 
Selepas makan durian, kami balik untuk menunaikan solat. Hujan mulai turun dengan agak lebat. Terpaksa berpayung untuk ke kereta. Kami keluar untuk makan di restoran bersebelahan istana kuning. 

Makanan sedap terutamanya cucur bawang dan keropok lekor yang rangup dan panas panas. Tapi disebabkan masih kekenyangan, makan pun tak banyak. Sesampai di rumah, kami bersembang sembang seketika di ruang tamu. 
Pagi pagi kami keluar makan di restoran yang terletak berhampiran dengan kebun getah. Dalam keadaan hujan renyai, kami kena berpayung. Saya memesan nasi dagang Terengganu. Tapi ya lah kalau nasi dagang Terengganu kena makan di Terengganu walaupun mereka claim sebagai nasi dagang ori Terengganu. Sepatutnya order masakan Perak, baru lah sedap. 




Balik rumah, selepas bersiap siap, kami mula bersedia untuk berangkat balik. Perasaan gembira bercampur sedih kerana secara jujur memang rasa tak puas, rasanya macam singkat sangat percutian bersama kawan kawan. Tapi nak buat macam mana kerana masing masing menpunyai tugas dan tanggungjawab yang masih perlu dilaksanakan. 



Dengan itu, berakhirlah percutian ringkas JJCM kami ke Kuala Kangsar. Walaupun singkat, ianya sangat menyeronokkan bila dapat meluangkan masa bersama sama dengan kawan kawan. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/12/jjcm-kuala-kangsar-yang-singkat-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Tanpa Pengenalan Diri Ditemukan Di Kuala Kangsar

Mayat Tanpa Pengenalan Diri Ditemukan Di Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 82 hits
BernamaIPOH Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti Padang Ampang dekat Kuala Kangsar Ketua Polis Kuala Kangsar Heisham Harun berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak men...
Memang Ada Perbezaan Tapi Perlu Bersatu

Memang Ada Perbezaan Tapi Perlu Bersatu

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 71 hits
RMS Kerajaan memang ada beberapa masalah tapi bukan masalah PH kena beza antara kerajaan yang dibentuk dan PH yang merupakan gabungan politik parti Kenapa tidak PH laksanakan reform dalam kerajaan Situ ada masalah kerana kjaan hari ini buka...
Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir Feby Putri Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir Feby Putri Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 127 hits
Penyanyi Indonesia Feby Putri dan Nadin Amizah meluahkan rasa kesal apabila pihak penganjur Tuff KL membatalkan konsert One Love Music Festival di saat akhir Selaku penyanyi jemputan di acara tersebut Feby menjelaskan ada beberapa perkara y...
Media Adalah Medium Menegur Mengkritik Tapi Bukan Memfitnah

Media Adalah Medium Menegur Mengkritik Tapi Bukan Memfitnah

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 74 hits
Izlin Idris Betul Tapi media Malaysia ni bila diberikan kebebasan suka mainkan isu kaum dan agama dan menyebarkan kebimbangan tanpa sebab hingga menggugat keharmonian yang adaAnwar Ibrahim Media adalah watak penting dalam memberi kritikan t...
As Dilapor Rancang Menyenaraihitamkan Syarikat Yang Memesan Cip Tsmc Tapi Turut Ditemui Dalam Pemproses Huawei

As Dilapor Rancang Menyenaraihitamkan Syarikat Yang Memesan Cip Tsmc Tapi Turut Ditemui Dalam Pemproses Huawei

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 71 hits
Pentadbiran Biden didakwa merancang untuk menyenaraihitamkan sebuah lagi syarikat China menurut seseorang yang maklum dengan perkara itu Syarikat China itu Sophgo telah menarik perhatian selepas cip yang ditemui pada pemproses Huawei Ascend...
Tak Sangka Dapat Jumpa Di Kedai Makan Niat Asal Nak Bergambar Tapi Pmx Tarik Kerusi Suruh Duduk Borak Bersama

Tak Sangka Dapat Jumpa Di Kedai Makan Niat Asal Nak Bergambar Tapi Pmx Tarik Kerusi Suruh Duduk Borak Bersama

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 74 hits
Siapa sangka ketika sedang menikmati makan bersama keluarga tiba tiba muncul sosok individu yang sangat dikenali duduk di meja sebelah Video dimuat naik seorang individu di TikTok semalam meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi detik...
Orang Muda Gelojoh Tapi Ada Title Dr Tu Yang Pelik Tarak Baca Punya Olang

Orang Muda Gelojoh Tapi Ada Title Dr Tu Yang Pelik Tarak Baca Punya Olang

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 98 hits
dan kegelojohan Akmal ni perlihatkan dia selama ini Akmal nampaknya satu nada dengan walaun dan lebai yang Menurut pemimpin UMNO yang menghubunginya untuk dapatkan cerita sebenar Semua terus bising di Termasuklah Akmal sendiri Kita bertabai...
Niat Cara Solat Jamak Taqdim Takhir

Bukti Vaksin Bukan Penyebab Autisma Autisme

Doa Bulan Rejab Dan Tarikh Puasa Sunat Rejab 1446h 2025

Teka Teki Kanak Kanak Maksud Contoh Teka Teki Menarik

Top 100 Chord Lagu Tahun 2024

Pemuda Pas Perlis Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap

Haji Hadi Gelar Madani Jahiliah Anggap Ph Pula Wakil Penjajah

Filem Soloz Game Of Life


echo '';
Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian


Doa Malam 1 Rajab

8 Makanan Viral Di Malaysia Sepanjang 2024 Dah Pernah Cuba Tak

Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

Novia Bachmid Get It Wrong Chord

Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2024

Face Verification Verify Oleh Manusia Bukan Apps