Jjcm Faridah Mentarang Bakar Sekinchan


Kalau korang peminat makanan eksotik seperti Mentarang memang wajib ke Sekinchan Selangor. Dah lama Diah berhajat nak makan Mentarang Bakar. 
Kalau di Sekinchan, antara restoran yang terkenal dengan menu eksotik Menatarang Bakar, tak lain tak bukan ialah Faridah Mentarang Bakar.
Restoran Faridah Mentarang Bakar dah banyak kali masuk TV antaranya Jalan Jalan Cari Makan dan menjadi tempat persinggahan pelancong. 






JJCM Faridah Mentarang Bakar SekinchanDiah kebetulan dalam perjalanan ke rumah kawan waktu belajar di Shah Alam dulu. Lokasi rumah dia 15 minit dari restoran jadi singgah dulu isi perut. 
Suami pun teruja nak mencuba. Memang rezeki kami waktu sampai tu masih belum ramai pelanggan. Waktu tu menghampiri jam 12 tengahari. 
Cuaca waktu tu panas terik tapi berangin. Memang panas dan peluh mencurah-curah keluar. Tapi demi Mentarang Bakar jadi kita redah saja. 
Restoran ni terletak di tepi jalan besar. Mudah la nak jumpa, guna je waze InshaAllah selamat sampai. Boleh letak kereta di hadapan kedai (tepi jalan) atau parking di sebelah kedai di kawasan yang ditetapkan. 





Menu Eksotik Restoran Faridah Mentarang BakarKonsep makan dekat sini ialah layan diri. Rasanya ada dua owner yang beroperasi sebab kaunter pembayaran untuk nasi campur dan Mentarang adalah berbeza. 
Tapi jangan risau tak susah pun. Ambil nasi dan lauk kemudian bayar di kaunter nasi campur, kemudian pilih meja. 
Nanti akan datang pelayan bawa menu dan waktu inilah korang boleh pesan Mentarang dan request cara masakan. 




Antara menu yang boleh korang request ialah Mentarang bakar, masak lemak cili padi, sup, kari, goreng tepung, sambal, tumis cili api atau goreng kunyit. 
Selain Mentarang ada juga Belangkas, Pepahat, Kupang, Kerang, Siput Sedut, Ikan Haruan, Belut, Ikan Sembilang, Kepah, Tiram dan Lokan. 
Belangkas tu kami dah pernah makan waktu bercuti di Johor jadi tidak lah teringin nak repeat. Telur dia rasa lemak-lemak macam tu. 






Harga Makanan Menu Eksotik Restoran Faridah Mentarang BakarSenarai harga makanan eksotik mengikut harga pasaran dan ada dipaparkan di bahagian kaunter. Kalau tak pasti tanya je pekerja restoran. 
Macam Mentarang Bakar berharga RM20 untuk 200gram. Ikan Sembilang Asam Pedas berharga RM15 untuk satu mangkuk. Belangkas RM10-15, Pepahat 1 ekor RM15. 
Total bil seperti dibawah: RM90
1 mangkuk Sembilang Laut Asam Pedas RM15
1 pinggan Mentarang Goreng Tepung RM23
2 pinggan Mentarang Bakar RM20
Empat gelas air, segelas RM3 






Review Restoran Faridah Mentarang BakarAnak nak makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, tapi tiada stok pula. Jadi kami cuba Mentarang dan juga Ikan Sembilang. 
Oleh sebab kami pertama kali nak mencuba Mentarang Bakar jadi tak mahu pesan banyak-banyak risau tak kena dengan selera. 
Kami pesan Mentarang Bakar, Mentarang Goreng Tepung dan Ikan Sembilang Asam Pedas. Anggaran berat mentarang untuk satu hidangan ialah 200gram. 
Ini rupa Mentarang goreng tepung. 




Ada tujuh hingga sembilan ekor Mentarang dalam satu pinggan. Waktu cuba makan Mentarang Bakar tu sedikit terkejut. 
Saiz pula ada yang besar dan ada yang kecil. 








Siapa yang boleh makan Tiram tiada masalah nak makan Mentarang sebab rasa dia seakan-akan sama. Rasa manis berlemak dan padat dengan isi. 
Makan dengan sambal pencicah yang disediakan. Agaknya kalau cicah dengan sambal Thai mesti lagi sedap. 
Ikut selera memang sedap tapi tak boleh makan banyak sebab akan cepat muak. Penting juga untuk pilih cara masakan. 
Mentarang ni rasa dia berlemak dan bila dibakar keluar lah segala jus dia. Mentarang goreng tepung pula isi dia jadi lebih kering. 
Kami pesan juga semangkuk Ikan Sembilang Laut masak Asam Pedas. Ya ampun makan sambil mengalir air mata sebab kedai guna cili kering pedas. 




Tak boleh nak komen rasa kuah dia sebab Diah makan bersulam dengan air. Agak terseksa sebab keadaan persekitaran pun memang panas. 
Tapi rasa isi Ikan Sembilang memang segar dan lain ya dengan rasa isi ikan keli yang orang ternak tu. Lain kali boleh cuba menu Ikan Sembilang tapi tukar cara masak. 


Waktu Operasi Restoran Faridah Mentarang Bakar
Kalau tak mahu bersesak dan makan dengan tenang datanglah sebelum waktu puncak makan tengahari. 
Selain bersesak dengan ramai orang penting juga elak cuaca yang terlalu panas. Restoran beroperasi bermula jam 10:00 pagi sehingga jam 5:00 petang sahaja. 


Kesimpulan Peminat makanan eksotik boleh datang ke Sekinchan dan datang ke Restoran Faridah Mentarang Bakar untuk cuba sendiri. Boleh guna alamat di bawah: 
Faridah Mentarang Bakar
Batu 47 ¾ Tali Air Sungai Leman
Sekinchan Selangor.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/10/jjcm-faridah-mentarang-bakar-sekinchan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terangganu Saya Sudah Bakar Rumah

Terangganu Saya Sudah Bakar Rumah

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 218 hits
Rosli Ilhamam hmetro com myABDUL Hamid melihat rumahnya di Kampung Besul Baru Bukit Besi yang musnah dipercayai dibakar anak lelakinya FOTO Rosli Ilham Dungun Saya ingat dia bergurau rupanya dia benar benar lakukan perkara itu kata Abdul Ha...
Makan Malam Di Ana Ikan Bakar Petai

Makan Malam Di Ana Ikan Bakar Petai

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 296 hits
Kejap Aussie kejap Malaysia Biasa ler kita ada tikar magic Aritu kawan Aussie ai plan nak melawat Malaysia Eloklah ai belogkan gambar2 lama dlm galeri ni Mari kita review restoran kat Bangi ni Ai bukan pemakan petai tapi diajak singgah ke A...
Dinner Ikan Bakar Di D Anjung Ikan Bakar Melaka

Dinner Ikan Bakar Di D Anjung Ikan Bakar Melaka

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 162 hits
Malam kedua kami di Melaka masing masing blur tak tau nak dinner di mana Ada beberapa cadangan tapi akhirnya kami decide Dinner Ikan Bakar di D Anjung Ikan Bakar Melaka aje Bukan apa mengenangkan dah malam dan nak cepat Tempat ni tak jauh s...
Sate Goreng Versi Jawa Rasanya Memang Sedap Buat Pun Mudah Tak Perlu Nak Bakar

Sate Goreng Versi Jawa Rasanya Memang Sedap Buat Pun Mudah Tak Perlu Nak Bakar

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 241 hits
Selalunya kalau kita hendak buat sate nak tak nak mesti kita kena bakar Tapi tahukah anda sate jika digoreng juga mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri Andai kata anda sekeluarga belum pernah mencuba rasa memang kena cuba resipi yang d...
Top Kakek Lulusan Sd Asal Blitar Ciptakan Bahan Bakar Dari Limbah Sampah Plastik

Top Kakek Lulusan Sd Asal Blitar Ciptakan Bahan Bakar Dari Limbah Sampah Plastik

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 221 hits
Bahan bakar yang dihasilkan oleh Muryani dari limbah plastik itu dinamakan BBM Plast
Foto Satpol Pp Dki Sosialisasikan Larangan Bakar Sampah Ada Denda Rp500 Ribu Bagi Pelanggar

Foto Satpol Pp Dki Sosialisasikan Larangan Bakar Sampah Ada Denda Rp500 Ribu Bagi Pelanggar

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 209 hits
Dalam sosialisasi tersebut Satpol PP DKI turut memaparkan dampak buruk pembakaran sampah
Penderita Ispa Meningkat Pemerintah Harus Cabut Izin Usaha Perusahaan Bakar Lahan

Penderita Ispa Meningkat Pemerintah Harus Cabut Izin Usaha Perusahaan Bakar Lahan

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 131 hits
Setiap ada kebakaran lahan di lokasi perusahaan masyarakat yang jadi korban mulai masalah kesehatan hingga proses pembelajaran dan pendidikan
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Jangan Marah Unnn

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni