Jjcm Di Restoren D Pantai D Rasa Jalan Jelebu Nyosa Tak Raso
Nyosa Tak Raso, tagline Restoren D'pantai & D'rasa Jalan Jelebu. Betul ke menyesal tak rasa? Balik dari membeli belah di AEON Nilai, kereta terus meluncur ke Restoren D'pantai & D'rasa Jalan Jelebu. Nak makan ikan bakar lagi. Teringat ingat kesedapan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang PD haritu.
Sebelum ke AEON memang dah google siap-siap kedai ikan bakar Seremban yang sedap. Ikut dari carian google tu, Restoren D'pantai & D'rasa tutup pukul 11:00 malam. Semasa dalam perjalanan tu dah pukul 10 lebih dah. Pergi je lah, kalau ada rezeki adalah.
Sampai di Restoren D'pantai & D'rasa cuma ada beberapa pelanggan je yang sedang menikmati makanan mereka. Harapnya restoren masih ambil pesanan lagi lah. Biasanya kalau waktu dah hampir tutup kedai ni tak ambil pesanan dah.
Alhamdulillah, rezeki kami. Dapatlah kami menjamu selera di Restoren D'pantai & D'rasa. Bila kali pertama datang terasa lah kekoknya. Macamana nak pesan order semua tu. Kami terus ke kaunter untuk bertanya.
Nak pesan menu di Restoren D'pantai & D'rasa kena guna QR kod. Rasanya dah banyak kedai makan guna QR kod ni. Bagi kita yang dah biasa guna ni okaylah memudahkan kerja untuk pesan juga. Cuma yang tak biasa dengan teknologi canggih ni mesti akan rasa leceh. QR kod terdapat di setiap meja pada belakang tag ni.
Antara Signature menu D'Pantai. Tapi kami pilih menu ni sahaja. Air putih suam, siakap grill/bakar, nasi putih separuh dan kailan goreng biasa. Jumlahnya seperti dalam gambar. Kali ni pesan ikan siakap sebab tak ada pilihan lain. Sejak sejak ikan siakap naik kayangan, begitulah harga dia. Jauh beza dengan harga mesra rakyat marhaen sebelum ni.
Memandangkan harga pun dah sedia ada, jadi taklah kita risau nak membayarnya di kaunter. Lagipun dah lama tak makan ikan siakap, kita belanja lebih sikit untuk malam ni.
Tempoh menunggu tak lama sebab tiada pelanggan lain lagi yang membuat pesan. Restoren D'pantai & D'rasa cukup besar, luas dan selesa. Mesti sentiasa ramai orang kalau mengikut saiz Restoren D'pantai & D'rasa ni.
Saiz meja pun besar. Boleh letak banyak menu atas meja. Nak makan pun lebih selesa lah kalau makan-makan dengan keluarga ramai. Ada baby chair juga.
Duduk berhadapan dengan dapur terbuka ni dapatlah tengok tukang masak memasak. Pekerja pun ramai. Oh ya, di sini ada juga gerai sate dan otak-otak. Baru duduk je ada orang letakkan sebakul otak-otak.
Kalau rasa nak makan, ambillah. Tapi jangan lupa bayar lepas makan. Terfikir pula berapa lah harga otak-otak sekarang ni kan, adakah RM1.50? Ingat lagi, dulu-dulu harga 50 sen je. Puas makan! Sekarang tak dapat dah harga macam tu. Semuuuanya serba mahal
Selepas menunggu kurang dari setengah jam, sampailah hidangan kami. Ikan siakap grill/panggang rangup diluar, berjus lembut di dalam. Dihidangkan bersama sambal kicap dan kuah asam. Nasi separuh 2 pinggan dan sepinggan kecil sayur kailan goreng.
Pertama kali makan ikan siakap dipanggang begini. Sedapnya rangup di luar, isi dalamnya lembut berjus tak kering. Yang kurangnya, sambal kicap dia rasa kicap je dan tak pedas lansung. Mujurlah kuah asam tu ada rasa pedas sikit. Sipi-sipi je pedas dia. Kalau pedas betul tu lagi berselera kami yang pempedas ni makan
Disebabkan kami lapar lepas solat maghrib lansung keluar tak sempat nak menjamah makanan, kami makan dengan berselera sekali. Tak toleh kiri kanan dah. hehe..Licin pinggan
Alhamdulillah...kenyang perut senang hati. Sebelum masuk kereta, kita ambillah gambar dari sisi tepi Restoran D'pantai Jalan Jelebu Seremban. Ruang parkir pun luas juga selain ruang kedai yang besar
saya ambil gambar dari ruang parkir yang disediakan
Saya perasan belakang Restoren D'Pantai ni ada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Nak datang sini guna waze je, pasti sampai. Daging batang pinang masak lemak cili api tu macam memanggil manggil je. Nampak sedap je! Lain kali boleh cuba
Restoren D'Pantai & D'pedasAlamat : Batu 6, Jalan Jelebu
Waktu operasi : 4:30 petang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/12/restoren-dpantai-drasa-seremban.html