Jimatkan Kos Pemasaran Di Laman Carian Google Dengan Menganjurkan Kontes Seo


Dalam perniagaan, pemasaran adalah amat penting bagi usahawan dalam sesebuah perniagaan. Tanpa pemasaran perniagaan tersebut tidak akan mendapat tempat dalam hati pelanggan. 
Samada perniagaan baru mahupun perniagaan yang telah terkenal, pemasaran tetap harus dilakukan agar perniagaan tersebut makin berkembang seterusnya boleh menembusi pasaran yang lebih luas, ke luar negara misalnya. 
Perkara ini dapat kita lihat daripada syarikat Nestle, KFC, McDonald dan sebagainya. Walaupun sudah lama menjadi pengeluar dan restoran terbesar di dunia, pemasaran tetap dilakukan dengan aktif malah menggunakan teknik pemasaran yang lebih kreatif dari masa ke semasa


Oleh itu, saya dengan rendah hati berkongsikan sedikit ilmu pemasaran hasil pembacaan. Kalau anda rajin cari maklumat bolehlah google sendiri, kalau tak, baca info yang saya huraikan dibawah ni saja ya..:)

Pemasaran Penting Dalam Perniagaan
Sebelum anda menceburi bidang perniagaan pun anda sudah diterangkan mengenai pemasaran. Ianya bukan setakat hasilkan produk dan tunggu orang datang sendiri beli produk anda. 

Tidak! Pemasaran lah yang akan membuka mata pelanggan untuk mengetahui tentang produk anda

Jadi, kenapa pemasaran ni penting

Pertama, untuk memberitahu pelanggan tentang kewujudan produk anda. Ia juga dipanggil sebagai “Brand Awareness”

Matlamat utama dalam perniagaan adalah mendapatkan pelanggan. Namun, jika tiada pemasaran yang dilakukan, bagaimana pelanggan nak mengetahui tentang produk dan servis yang anda tawarkan

Platform pertama yang boleh digunakan untuk lakukan pemasaran adalah melalui media sosial. Teknik pemasaran melalui laman media sosial memang cara yang efektif pada masa kini. 
Kedua, pemasaran boleh meningkatkan jualan dan keuntungan. Apabila anda melakukan pemasaran, masyarakat bukan sahaja dapat mengetahui tentang kewujudan perniagaan anda tetapi juga cenderung untuk menjadi pelanggan anda. Pemasaran yang kreatif dan gaya pemasaran yang unik akan meningkatkan jualan seterusnya menambah keuntungan dari masa ke semasa

Ketiga, pemasaran mewujudkan persaingan yang sihat. Setiap peniaga mempunyai teknik pemasaran yang tersendiri untuk bersaing dengan usahawan lain. Dalam pemasaran, tiada istilah cukup atau tidak! Pemasaran harus dilakukan terus menerus, “siapa buat pemasaran lebih, dia akan dapat jualan dan keuntungan lebih”


Kaedah Pemasaran Yang Boleh Di Praktikkan
Beberapa kaedah untuk terus menerus boleh dilakukan untuk pemasaran adalah:Pemasaran di media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainyaPemasaran di Surat Khabar Pemasaran melalui pengiklanan di kaca TVPemasaran langsung dengan menyertai Karnival/Festival dan Event yang dianjurkan dengan membuka booth jualanPemasaran di internet dengan menggunakan blog/website.Pemasaran sangat bergantung kepada berapa bajet pemasaran yang anda sediakan. Pengiklanan di media sosial memang percuma, namun audience yang melihat iklan anda tu terhad melainkan anda menggunakan Facebok Ads dengan caj tertentu.

Bagaimana pula dengan pengiklanan di Surat Khabar? Ya, semestinya berbayar. Ruangan iklan yang digunakan untuk meletakkan iklan anda perlu dibayar. Ada yang murah, ada juga yang mahal. Terpulanglah dengan anda nak iklan dengan newspaper mana. 
Nak iklan surat khabar murah? – klik sini
Menghadiri event, karnival atau festival juga merupakan cara pemasaran yang baik. Tetapi, pelanggan anda terhad kepada pengunjung karnival itu sahaja. Balik modal bayar sewaan booth itu mungkin bolehlah

Berbeza dengan menggunakan blog atau website. Selalu kita nak cari maklumat sesebuah produk tu macam mana? Mesti kita buka hp atau laptop, dan buka google..carilah nama produk tu.. 
Bagaimana perasaan anda bila produk yang anda nak cari tu tiada di laman carian google, atau maklumat yang sangat terhad? Pelanggan mesti kurang yakin kan? Apatahlagi nak beli ! kita tak tahu maklumat tentang sesebuah produk tu, bagaimana kita nak percaya produk tu bagus atau tidak


Jimatkan Kos Pemasaran Di Laman Carian Google Dengan Menganjurkan Kontes SEO
Saya bukan nak kata teknik pemasaran lain tak bagus, cuma kalau anda nak menjimatkan kos pemasaran tu saya cadangkan anda buat kontes atau pertandingan SEO


SEO (Search Engine Optimization) merupakan teknik yang digunakan oleh blogger untuk meletakkan sesebuah artikel itu berada di laman pertama enjin carian. Ramai blogger di Malaysia ini pakar dalam teknik penulisan SEO. Tak hairanlah, ramai pengasas produk dan syarikat tertentu menggunakan khidmat blogger untuk review produk mereka

Untuk meminta blogger review produk, anda perlu membelanjakan kira-kira RM50 hingga RM500 untuk sebuah artikel. Jika anda nak dapatkan khidmat blog yang lagi hebat dari segi trafik dan penulisan mungkin anda perlu membayar lebih dari itu

Untuk penulisan artikel review produk, rata-rata bayaran yang saya pernah terima adalah dari RM100 hingga RM300

So, anggaplah anda nak dapatkan khidmat review blogger dengan bayaran RM100 sebuah artikel untuk 30 orang blogger

RM100 X 30 orang = RM3,000
Berbeza dengan mengadakan kontes SEO, hadiah pemenang masih dalam jumlah yang sama iaitu RM3,000 tetapi, penyertaan yang lebih ramai disebabkan pertandingan ini menggunakan teknik penulisan SEO. Sebagai contoh cara pembahagian hadiah:-
Tempat Pertama: RM1,000Tempat Kedua: RM700Tempat Ketiga: RM500Tempat ke 4-14 : RM80
Boleh baca entry berkaitan pertandingan SEO didalam blog saya ni - [ baca sini ]
Pertandingan SEO selalunya ramai yang join. Ramai blogger yang sukakan CABARAN SEO macam ni. Bayangkan jika penyertaan melebihi 100 orang blogger

Berapa penjimatan anda dapat? 
RM100 X 30 orang = RM3,000 (terhad kepada 30 orang sahaja)
VS
RM100 X 100 orang = RM10,000 (anggaran penyertaan kontes SEO)
Anda jimat RM7,000!! 

Kelebihan Mengadakan Kontes SEO
Ramai peniaga yang masih belum sedar KUASA ENJIN CARIAN google, yahoo, bing dan sebagainya. Antara kelebihan yang memberi manfaat berpanjangan kepada usahawan adalah:Penjimatan Kos Pemasaran Di Laman Carian Internet – Dalam pertandingan SEO, blogger akan berusaha bersungguh-sungguh optimize kan gaya penulisan agar mesra SEO. Siapa yang berada di laman pertama enjin carian, dialah yang akan memenangi petandingan ini. Jika dah ada top artikel dengan keyword tertentu yang ditetapkan berada di first page, google adsword mungkin tak perlu lagi nak buat. Penjimatan memang tinggi!Pelanggan Mudah Mendapatkan Maklumat Produk/Bisnes – Sebelum pelanggan buat pembelian, mereka gemar mencari maklumat terlebih dahulu di google/yahoo. Semakin banyak info tentang produk dan perniagaan anda, semakin tinggi keyakinan mereka untuk menjadi pembeli. Pengiklanan Berpanjangan Percuma – Artikel yang diterbitkan untuk pertandingan SEO ini selalunya berkekalan di blog/website tersebut, selagi blogger tidak memadam atau menutup website mereka. Ini bermakna, artikel berkaitan produk dan bisnes anda kekal selama-amanya di website tersebut. Ini adalah teknik pengiklanan percuma yang memberi manfaat berpanjangan kepada perniagaan anda. Menimbulkan Keyakinan dan Kebolehpercayaan Pelanggan – Banyak review yang positif bermakna produk anda bagus! Bayangkan jika penyertaan kontes SEO yang anda anjurkan disertai seramai 200 orang blogger? 200 artikel tentang produk anda mengungguli laman pertama, kedua dan ketiga enjin carian google/yahoo. Kalau ramai review positif, pelanggan pasti akan lebih yakin dan percaya terhadap produk anda.

Kesimpulan
Menggunakan servis review blogger dalam kontes SEO agak berbeza dengan platform media sosial. Sebaran melalui media sosial memang pantas dan efektif tetapi akan ‘tenggelam’ jika tidak dilakukan berterusan. Manakala, melalui blogger pula bukan platform untuk meningkatkan jualan mendadak tetapi ianya merupakan teknik pemasaran dalam jangka masa yang berpanjangan. Mungkin orang tak akan cari info produk anda sekarang, tapi bila ada pelanggan yang berminat nak tahu dan mencari di google, ketika itulah artikel ini akan dibaca. 
So, kepada usahawan diluar sana yang mahu menjimatkan kos pemasaran di laman carian internet, adakanlah kontes SEO untuk meningkatkan Brand Awareness dan keyakinan pelanggan anda diluar sana. 
Semoga artikel Jimatkan Kos Pemasaran Di Laman Carian Google Dengan Menganjurkan Kontes SEO ini bermanfaat untuk anda

Jika berminat berkolaborasi dengan saya, boleh hubungi saya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.elihjapahar.net/2019/09/jimatkan-kos-pemasaran-di-laman-carian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Blog Mesra Google Jom Check Seo Guna Website Nih

Nak Blog Mesra Google Jom Check Seo Guna Website Nih

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 456 hits
Ramai juga yang selalu tanya tips untuk saya macam mana nak bagi blog kita selalu ada kat atas masa carian di Google Ada banyak tips sebenarnya tapi untuk kali nih saya kongsi tools yang anda boleh guna untuk kasik blog anda lebih mesra den...
Google Mula Mengedarkan Mod Tema Gelap Pada Aplikasi Gmail

Google Mula Mengedarkan Mod Tema Gelap Pada Aplikasi Gmail

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 387 hits
Sejak Google membuat kenyataan yang mod tema gelap atau mod gelap pada sesebuah peranti akan menjimatkan bateri peranti semakin banyak aplikasi dari Google sendiri hadir dengan sokongan ini Akan tetapi aplikasi GMail masih lagi dalam ujian ...
Google Assistant Kini Tidak Lagi Menyimpan Rakaman Suara Tanpa Kebenaran Pengguna

Google Assistant Kini Tidak Lagi Menyimpan Rakaman Suara Tanpa Kebenaran Pengguna

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 282 hits
Google Assistant ialah pembantu maya yang dinobatkan pada waktu ini Bagi melatih Assistant memahami arahan yang diberikan pengguna Google menyimpan rekod suara pengguna apabila arahan diberikan bagi melatih kecerdasan buatan yang digunakan ...
Essential Sedang Menguji Peranti Android Tanpa Perkhidmatan Google Yang Dijana Snapdragon 730

Essential Sedang Menguji Peranti Android Tanpa Perkhidmatan Google Yang Dijana Snapdragon 730

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 234 hits
Essential Phone PH 1 adalah peranti Android pertama yang dilancarkan sebagai peranti bertakuk kecil dan hampir nirbingkai Tetapi sayang sekali peranti ini boleh dikatakan gagal Ini kerana hanya beberapa bulan selepas dilancarkan harga sudah...
Adblock Untuk Menghapuskan Iklan Pada Google Chrome

Adblock Untuk Menghapuskan Iklan Pada Google Chrome

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 215 hits
Ketika membuka browser hal yang sangat menyebalkan adalah ketika tiba tiba muncul iklan Dan tidak jarang hal tersebut cukup mengganggu aktivitas browsing kamu Untuk menghilangkan iklan tersebut kamu sebenarnya bisa menggunakan fitur adblock...
Login Google Classroom Kpm Pembelajaran Online Terbaik

Login Google Classroom Kpm Pembelajaran Online Terbaik

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 476 hits
Login Google Classroom KPM Pembelajaran Online Terbaik Dahulu Kementerian Pendidikan Malaysia KPM menggunapakai sistem yang disediakan oleh YTL group melalui frog vle dengan harapan dapat membantu kalangan guru dan pelajar menggunakan siste...
Pageviews Blog Bulan Ogos 2019 Di Google Analytics Sii Nurul

Pageviews Blog Bulan Ogos 2019 Di Google Analytics Sii Nurul

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 263 hits
AssalamualaikumBismillahPageviews Blog Bulan Ogos 2019 di Google AnalyticsDah nak penghujung bulan September aku belum lagi update pageviews blog untuk Bulan Ogos punya Alhamdulillah berbanding bulan Julai pageviews blog bulan Ogos 2019 di ...
Pandang Pertama Google Play Pass

Pandang Pertama Google Play Pass

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 295 hits
Apple Arcade adalah perkhidmatan langganan permua daripada Apple Apple menawarkan 71 permua yang boleh dimainkan tanpa sebarang gangguan iklan atau belian dalam aplikasi Harga langganan pula adalah RM19 90 dan percuma langganan selama sebul...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut