Jimat Rm30 Bilion Jika Penyasaran Subsidi Diesel Berjaya


 
Perbelanjaan daripada penjimatan subsidi bahan api boleh dimanfaatkan untuk perbelanjaan awam seperti meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.PETALING JAYA: Kejayaan penyasaran subsidi diesel yang menjadi perintis harga pasaran bahan api tanpa subsidi, berpotensi membantu menjimatkan perbelanjaan sehingga RM30 bilion setahun pada masa depan, kata pakar ekonomi.
Barjoyai Bardai dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata pengapungan harga diesel pada kadar RM3.35 seliter mulai Isnin lalu menjadi ujian kelancaran serta kecekapan mekanisme pelaksanaan dasar sama pada masa depan termasuk dari segi agihan bantuan.
“Ini projek pilot (perintis) sebelum kerajaan laksana penyasaran subsidi untuk petrol pula, kalau belajar dari pengalaman ini (mekanisme untuk diesel) mungkin dapat berjimat lebih besar dalam RM30 bilion.
“(Usaha) ini juga akan meningkatkan perbelanjaan awam dan akan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia,” katanya kepada FMT.

Ahad lalu, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula Isnin.
Sehubungan itu, kerajaan melaksanakan inisiatif Budi Madani bertujuan memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada mereka yang layak dan mengurangkan beban golongan memerlukan, dengan pemberian RM200 bantuan tunai bulanan.
Kerajaan turut mengurangkan kesan pengapungan harga diesel dengan meneruskan bantuan subsidi kepada kenderaan pengangkutan awam darat serta pengangkutan barangan menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
Pakar ekonomi Zarinah Yusof pula berkata harga baharu itu membantu merendahkan defisit fiskal serta menghalang peniaga kaya dan warga asing membeli diesel bersubsidi.
“Subsidi diesel dan subsidi barangan lain antara faktor tarikan pendatang asing datang ke Malaysia dan menetap tinggal di sini,” katanya sambil menambah RM3.35 seliter masih rendah jika dibandingkan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
Bagaimanapun Zarinah berkata pelarasan harga itu juga boleh menyebabkan kenaikan kos barang dan perkhidmatan di pasaran yang memberi kesan kepada industri peruncitan, borong, pelancongan dan automobil.
Ahmed Razman Abdul Latiff dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pula berkata kerajaan boleh meningkatkan fokus perbelanjaan ke arah inisiatif dan program kesejahteraan rakyat terutamanya golongan B40 atau rentan menerusi penjimatan subsidi bahan api.
“Pemberian Budi Madani dan subsidi kepada syarikat pengangkutan awam akan mampu mengawal kenaikan barang,” katanya.
Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur Aimi Zulhazmi berpandangan harga barangan tidak sepatutnya meningkat berganda kerana kerajaan telah memberikan subsidi kepada syarikat logistik.
“Namun begitu mungkin ada peniaga ambil kesempatan dengan alasan peningkatan kos pengangkutan menyeluruh, jadi agensi penguat kuasa perlu pantau kemungkinan ini,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/jimat-rm30-bilion-jika-penyasaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyasaran Subsidi Diesel Jimat Rm4 Bilion Dapat Bantuan Bulanan

Penyasaran Subsidi Diesel Jimat Rm4 Bilion Dapat Bantuan Bulanan

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 345 hits
Penyasaran subsidi diesel yang akan dilaksanakan pada Jun ini dilihat mampu mengawal tanggungan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan masalah hutang negara setinggi RM1 5 trilion Menurut Ahli Parlimen Subang Wong Cheng penyasaran subsidi i...
Kerajaan Masih Tanggung Rm7 Bilion Subsidi Diesel

Kerajaan Masih Tanggung Rm7 Bilion Subsidi Diesel

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 258 hits
PUTRAJAYA Walaupun me lak sanakan penyasaran subsidi diesel kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion untuk subsidi berkaitan bahan api itu di Semenanjung Jumlah itu menyaksikan ham pir separuh apabila pada ta hun lepas merekodkan sehing...
Penyasaran Subsidi Diesel Mof Akan Meneliti Cadangan Rayuan Petani Cameron Highlands

Penyasaran Subsidi Diesel Mof Akan Meneliti Cadangan Rayuan Petani Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 321 hits
CAMERON HIGHLANDS Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan dan dapatan hasil sesi libat urus kementerian itu dengan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel Timbalan Menteri Kewangan ...
Harga Barang Tak Seharusnya Naik Dengan Penyasaran Subsidi Diesel

Harga Barang Tak Seharusnya Naik Dengan Penyasaran Subsidi Diesel

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 182 hits
malaysiakini comPenyasaran subsidi diesel tidak seharusnya mengakibatkan kenaikan harga barangan kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Dr Ameer Ali Mydin Ameer berkata ini kerana pengusaha sektor logistik menerima subsidi...
Program Bantuan Budi Madani Penyasaran Subsidi Bahan Api Yang Lebih Telus

Program Bantuan Budi Madani Penyasaran Subsidi Bahan Api Yang Lebih Telus

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 546 hits
BUDI MADANI ialah usaha Kerajaan MADANI bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan benar benar layak Kerajaan juga komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api dengan mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan su...
Subsidi Diesel Dan Apungan Harga

Subsidi Diesel Dan Apungan Harga

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 351 hits
Hisham FauziBermula 12 01PM mlm ini Harga diesel adalah sebanyak RM3 35 perliter Harga akan berubah utk setiap minggu berdasarkan harga pasaran semasa Untuk Individu yg layak menerima subsidi diesel boleh mohon melalui website Budi Madani J...
Cara Mohon Subsidi Diesel Budi Madani Kenderaan Persendirian Dan Syarikat

Cara Mohon Subsidi Diesel Budi Madani Kenderaan Persendirian Dan Syarikat

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 311 hits
Permohonan Kelulusan Pembelian Diesel Bersubsidi Menggunakan Multiple Fleetcard bagi permohonan baru tambahan kenderaan dan pertukaran syarikat minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat individu dengan melayari laman web b...
Subsidi Diesel Bantuan Budi Madani Semak Permohonan Online

Subsidi Diesel Bantuan Budi Madani Semak Permohonan Online

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 383 hits
Bantuan Budi Subsidi Diesel Semak Permohonan Online Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan suatu inisiatif bantuan tunai menerusi perlaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI yang dikenali dengan BUDI MADANI Ia merupakan bantuan subsidi baha...
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Metamask Security Warning

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban