Jimat Hosting Web Hosting Murah Dan Dipercayai Di Malaysia


Sebagai seorang blogger dan programmer, saya sangat memahami jika ada diantara anda yang mahukan web hosting murah, khidmat pelanggan yang baik serta laju. Tidak kira untuk blog wordpress atau projek personal, itulah tuntutan utamanya.
Namun dizaman lambakan syarikat hosting yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan, wujud pula masalah lain. Benarkah ia benar-benar murah? Adakah syarikat mereka berkreadibiliti? Bagaimana pula dengan perkhidmatan yang disediakan. Adakah ia berkualiti?
Saya percaya itu antara persoalan yang timbul jika anda baru ingin mencuba perkhidmatan syarikat hosting yang kurang dikenali. Beli di syarikat terkenal terpaksa menampung kos yang mahal pula. SSL Let’s Ecrypt pun kedekut nak bagi.
Saya faham sangat sebab saya pernah jadi seperti anda. Geram je tengok hosting kaya kedekut ni. Masa saya masih lagi seorang pelajar, saya pun pening kepala nak cari hosting untuk side project. Nak beli hosting mahal, client bajet ciput pula. Terpaksa pakai hosting yang ummm…
Tapi itu cerita dulu la. Sekarang saya tidak pening kepala lagi. Selepas bertahun-tahun saya mencari hosting terbaik, saya rasa Jimat Hosting antara produk yang menepati ciri-ciri yang saya nak. Dalam erti kata lain, ini adalah hosting yang saya sangat galakkan (recommend) untuk anda mula melanggan.
Kenapa Jimat Hosting? Saya berblog sejak dari tahun 2008 lagi sebelum saya berhenti sebentar pada tahun 2012 dek kerana komitmen menyambung pengajian. Kemudian saya berblog semula sekitar tahun 2015 selepas mendapat kurang komitmen dan berterusan sehingga sekarang.
Dulu saya menulis di blog-pke.com
Sepanjang tempoh tersebut, saya pernah menjadi pelanggan kepada 3-4 syarikat hosting murah diluar sana. Masing-masing mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Kelebihan utama antara mereka adalah harga yang berpatutan. Bayangkan anda boleh mendapatkan hosting yang berpatutan dengan keperluan blogger picisan seperti saya dengan harga serendah RM70 termasuk domain.
Tapi seperti biasalah, antara sebab saya berpindah kerana kekurangan mereka juga. After service adalah satu hal. Saya dah beli hosting dan domain dengan mereka, bila hadapi masalah dan hantar tiket, jenuh nak tunggu mereka membalasnya. Itu satu. Paling menyakitkan adalah upjitime yang mengecewakan. Bayangkan anda tulis artikel yang hot tapi blog tidak boleh buka. Bukan sebab limited akses, tapi sebab bodoh penyedia perkhidmatan anda. Apa yang anda rasa?
Itulah juga apa yang saya rasa. Tidak kisahlah blog saya down diketika saya tidur. Tapi bila kerap sangat, bukan 99.9% dah, tapi 70% gitu. Kepala bana dialah. Ingat bila kita tidur, kita tak tau yang blog kita down. Itu menyebabkan saya angin. Sampailah saya diperkenalkan dengan Jimat Hosting ni.
Apa yang saya suka tentang Jimat Hosting? Jimat hosting menawarkan harga yang berpatutan
Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya suka dengan Jimat Hosting ini. Tapi saya short list kan 3 sahaja kerana ini 3 perkara yang saya selalu monitor sepanjang saya menggunakan perkhidmatan mereka. Antaranya adalah:
1. Tempoh downtime yang terkawal Saya rasa 3-4 tahun saya guna perkhidmatan mereka ini, masalah uptime antara masalah paling minor yang saya pernah hadap. Mereka konsisten dalam memastikan server dalam keadaan terbaik dan kekal online. Downtime tetap juga ada. Tetapi tidaklah ketara dan lama. Sekurangnya tidak menyusahkan dan tidak keterlaluan.
Saya pun selesa dan mudah untuk berblog bila berkeadaan begini. Bila kita buka Google analytic dan Google Adsense, sejuk je rasa. Hasil pun dapat untuk rolling balik modal membayar hosting jika hosting tidak bermasalah dan murah.
2. Khidmat pelanggan yang terbaik Saya ni asal ada masalah, saya memang suka tulis tiket. Lebih-lebih lagi bila masalah berkaitan dengan kesilapan saya yang tidak dapat diperbetulkan. Contohnya sejak dua menjak ni IP saya asyik kena ban sahaja sebab saya masuk password salah banyak kali. Hahaha
Mujurkan team support sentiasa membantu walaupun masalah bodoh. Nak buat macam mana. Customer kan? Kena la juga layan. Tapi saya perasan satu benda dengan Jimat Hosting ni.
Kalau tulis tiket, tulislah dengan ringkas, padat dan jelas. Janganlah tulis tiket dengan ayat pertanyaan atau ayat yang boleh buat orang tertanya-tanya dan buang masa. Nescaya mereka akan tutup tiket anda tanpa belas kasihan. hahaha.
Apapun Jimat Hosting menyediakan 3 jenis support. Pertama adalah sistem tiket. Keduanya adalah whatsapp dan ketiga adalah livechat. Ikutlah mana yang kita selesa.
3. Harga yang murah dan berpatutan Pelan untuk cpanel
Saya suka dengan Jimat Hosting antaranya kerana ia laju. Pakej serendah RM30 setahun pun anda boleh dapat pakej yang menggunakan SSD dengan free SSL sekali. Sekurangnya blog lebih selamat terutama jika anda mengguna CMS seperti WordPress, Joomla atau Drupal.
Bagi saya dengan kualiti perkhidmatan dibandingkan dengan harga yang ditawarkan, ianya agak murah dan berbaloi. Saya pun dah 3-4 tahun menggunakan perkhidmatan mereka tanpa perasan tidak puas hati. saya rasa jika anda ingin mencari hosting murah di Malaysia, Jimat Hosting adalah jawapannya.
Kelebihan lain? Antara kemudahan lain yang disediakan
Ada lagi beberapa kelebihan lain yang ada tapi saya jarang pakai atau berurusan. Contohnya adalah daily backup. Laman web saya pernah digodam sekitar tahun 2017, habis semua tetapan saya bertukar dalam bahasa jepun. Pening juga nak cari kod yang ditanam dalam laman web saya. Kebetulan pula saya tak buat personal backup.
Tapi mujurlah Jimat Hosting ada. Apa yang saya buat adalah, saya hubungi mereka dan berikan tarikh laman web saya digodam. Mereka ada sahaja backup dan mereka bantu saya untuk dapatkan backup tu. Maknanya daily backup memang dibuat dan bukan propa marketing semata.
Nak tengok pakej Jimat Hosting? Jika untuk blog kecik-kecik macam saya ini, kebiasaannya kita pakai shared hosting. Terdapat 2 jenis admin panel yang anda boleh gunakan untuk menguruskan blog anda. Yang pertama adalah Plesk dan yang kedua adalah cPanel. Ikutlah yang mana selesa.
Pakej hosting yang menggunakan Plesk paling murah anda boleh dapatkan adalah serendah RM30 setahun. Tiada limit bandwidth dan boleh ada sehingga 5 subdomain dan 10 MySQL database. Nak guna sebagai email hosting pun tak ada masalah. Itu kalau guna Plesk.
Kalau guna cPanel pula, anda boleh dapat ultra fast SSD yang lagi laju daripada SSD tadi. Saya tak tau la legit atau tidak, tapi macam saya pakai bukan sebab ultra fast sangat, tapi storage tambahan yang saya boleh dapat lebih berbanding pakej yang menggunakan Plesk. Selain daripada tu boleh addon domain berbanding Plesk yang hanya boleh subdomain.
Jadi boleh percaya ke Jimat Hosting? Kalau nak ikut paling murah, saya rasa banyak je syarikat hosting yang menawarkan harga lagi murah daripada diorang walaupun saya rasa harga mereka dah cukup murah. Cuma daripada segi servis, saya berani komen kerana saya sendiri dah pakai.
Seperti mana saya dah sebut tadi, saya dah pakai 3-4 tahun tak ada masalah buat masa ini. Uptime ok, begitu juga dengan customer service. Kalau anda berminat nak mencuba perkhidmatan mereka, anda boleh ke website mereka untuk tengok pakej yang disediakan.
Website Jimat Hosting: Klik sini
Kesimpulan Kesimpulannya, semuanya bergantung kepada keperluan anda dalam memilih hosting terbaik untuk kegunaan anda. Adakah ia untuk e-commerce, blog peribadi atau laman web perniagaan. Paling penting pilih pakej yang mampu menampung keperluan data anda dan jumlah pengunjung yang hadir ke laman web anda.
Kalau salah pilih, jawabnya error 509 la atau bandwidth limited exceeded. Maka stress la anda dan pengunjung anda mengunjungi laman web yang tidak boleh buka. Haha.
Apapun jika anda ingin menulis blog dan berminat untuk memakai WordPress tetapi tidak mengetahui caranya, saya ada sediakan servis install WordPress. Dengan bayaran RM50, saya akan install WordPress, pasangkan SSL, theme dan setup SEO untuk anda. Anda tinggal menulis sahaja. Baiklah tamat iklan.
Terima kasih kerana sudi membaca review jujur tentang Jimat Hosting, salah sebuah web hosting murah terbaik yang saya jumpa. Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh tuliskan diruangan komen.
The post Jimat Hosting: Web hosting murah dan dipercayai di Malaysia appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/web-hosting-murah-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Media Malaysia Semakin Tidak Dipercayai Rakyat

Media Malaysia Semakin Tidak Dipercayai Rakyat

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 261 hits
Ketika era BN rakyat Malaysia sukar mempercatai berita dalam media Malaysia yang sering berpusing pusing mempotretkan kebaikan kerajaan Sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambilalih pada 2018 kepercayaan rakyat meningkat lebih baik Namun sele...
Projek Hsr Malaysia Mungkin Serah Kedaulatannya Kepada Singapura

Projek Hsr Malaysia Mungkin Serah Kedaulatannya Kepada Singapura

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 239 hits
Utamakan ECRL berbanding HSR Daim berkata projek Landasan Kereta Api Pantai Timur harus diutamakan berbanding projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur Singapura bernilai RM110 bilion Menurutnya pembayaran pinjaman untuk projek ECRL...
Honor Malaysia Tawar Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk Pelajar Ukm

Honor Malaysia Tawar Skim Pinjaman Komputer Riba Untuk Pelajar Ukm

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 331 hits
Honor Malaysia sedia menawarkan salah satu komputer riba mereka untuk pasaran tempatan iaitu Honor MagicBook Kini dengan keperluan para pelajar yang perlu mengikuti kuliah secara atas talian pihak Honor mengumumkan penawaran skim pinjaman k...
Demi Malaysia Tinggalkan Ph

Demi Malaysia Tinggalkan Ph

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 236 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAHDAILY KONONNYA semalam Pakatan Plus akan memuktamadkan keputusan siapakah calon Perdana Menteri mereka Pakatan Plus ini terdiri daripada PH yang dianggotai PKR DAP dan PAN manakala Plus pula terdiri dari 5 M...
Berada Dalam Ranking Top 10 3 K Drama Popular Jadi Pilihan Penonton Malaysia Di Netflix Kini

Berada Dalam Ranking Top 10 3 K Drama Popular Jadi Pilihan Penonton Malaysia Di Netflix Kini

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 459 hits
Rasanya semua sedia maklum bahawa laman penstriman popular iaitu Netflix merupakan antara medium utama kepada peminat K Drama untuk mendapatkan pelbagai kandungan hebat daripada Korea Bukan sahaja drama bahkan filem juga banyak disajikan di...
Sharifah A Rohingya Who Lived In Malaysia For 20 Years Here S What Rohingya Really Want From Malaysia

Sharifah A Rohingya Who Lived In Malaysia For 20 Years Here S What Rohingya Really Want From Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 291 hits
Sharifah A Rohingya Who Lived In Malaysia For 20 Years Here s What Rohingya Really Want From Malaysia Sharifah pictured here founded the Rohingya Women Development Network I m A Rohingya Who Lived In Malaysia For 20 Years Here s What We Rea...
While Everyone Worried About Covid 19 The Dengue Virus Infected 50 511 People In Malaysia

While Everyone Worried About Covid 19 The Dengue Virus Infected 50 511 People In Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 355 hits
It has also taken the lives of 88 people since January this year small Cover image via Reuters Science span span amp Next Stop World span span small While the COVID 19 pandemic has captured our attention for most of this year the Ministry o...
Malaysia Airports Acts Against Rude Staff After Singer S Complaint

Malaysia Airports Acts Against Rude Staff After Singer S Complaint

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 307 hits
Nourul Huda Abdul Wahab says her family was treated rudely by an aviation security employee at KLIA PETALING JAYA Malaysia Airports today said it had taken disciplinary action against an aviation security employee after singer Nourul Huda A...
String The Pearls Around Peninsular Malaysia

String The Pearls Around Peninsular Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 295 hits
Although blessed with superb highways and roads Peninsular Malaysia remains relatively undiscovered by the large number of foreign tourists we have simply because there are no daily intercity tours for them to easily get on and get off a to...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri