Jika Tidak Mampu Tolong Jangan Bagi Harapan Palsu


‘Jika Tidak Mampu, Tolong Jangan Bagi Harapan Palsu’. Adat berjanji, kita mestilah berusaha untuk menunaikannya, apatah lagi apabila membabitkan wang Ringgit. Sudah tentunya yang dijanjikan tertunggu-tunggu janji tersebut ditunaikan. Mangsa serangan asid bapa sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan sehingga kini masih menanti janji seorang ahli perniagaan kepadanya, 2 tahun lalu.

Janji RM100k untuk pembedahan Menurut Dahyatul, sudah 2 tahun dia menunggu seorang ahli perniagaan terkenal menunaikan janji menanggungg rawatan pembedahan plastiknya dengan kos RM100 ribu. Tambah gadis berasal dari Kuala Berang, Terengganu itu, individu berkenaan berjanji menampung kos itu pada 2016 bagi merawat wajahnya yang terjejas gara-gara disimbah asid pada 2010. Jika tidak boleh tolong jangan bagi harapan palsu, sekali gus mempermainkan perasaan saya. Selama dua tahun saya menunggu, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada ahli perniagaan itu.

Janji masih segar di ingatan Menurut gadis ini lagi, walaupun sudah 2 tahun, dia masih mengingati dengan jelas janji yang dibuat oleh individu berkenaan. Malahan, dia sendiri sudah menjalani pemeriksaan di hospital namun masih ternanti-nanti rawatan susulan hingga kini. Jangan berjanji jika tidak mampu tepati. Walaupun sudah dua tahun berlalu, saya masih ingat dengan janji diberikan mereka. Kata-kata harapan yang diberi mereka masih segar di ingatan sehingga kini.

Menjalani Proses Pemeriksaan Saya sudah menjalani semua proses yang diminta termasuk pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tetapi hingga sekarang pihak berkenaan tidak membuat susulan, sekali gus menyebabkan saya tertanya-tanya status rawatan seterusnya. Selain menghadapi masalah keyakinan diri dengan keadaan wajahnya, Dahyatul juga mengalami gatal-gatal setiap kali berpeluh. Selama lapan tahun saya menjalani kehidupan dengan wajah seperti ini dan ia sudah sebati dengan diri, tetapi jauh di sudut hati, saya tetap ingin merawatnya supaya ia kembali normal sekurang-kurangnya tidak mengalami masalah kulit gatal.
Kekok Dan Malu Saya kekok dan malu berhadapan dengan orang baru dikenali, malah tidak mempunyai keyakinan diri untuk berada di tempat awam kerana sering diperhatikan orang sekeliling. Maklumlah wajah saya tidak sama seperti orang lain dan tentunya akan menjadi perhatian dan tidak semua orang yang mengetahui tragedi di sebalik wajah ini dan memahami perasaan saya.
Sumber: Harian Metro Via Oh Bulan!
Artikel Lain

Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Di Dalam Keluarga, Jangan Pandang Rendah Terhadap Mereka! Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya pasti ada dalam sesebuah keluarga dan rasa kasih itu telah dipupuk oleh ibu bapa semenjak mereka masih kecil sehinggalah dewasa. Semua ibu bapa mengharapkan semua anakya berkasih sayang dan mengharapkan anak mereka akan kekal sayang sampai bila-bila.

Anak Sulung Paling Disayangi Anak sulung adalah anak yang paling disayangi pada awalnya. Ada yang direzekikan awal, ada yang direzekikan setelah bertahun. Jadi, kecintaan pada anak pertama itu melebihi. Namun, kasih terbahagi bila dapat adik. Berkurang lagi bila bertambah bilangan adik-beradik. Semakin hujung anak itu, makin disayangi. Signifikan, yang bongsu lebih dimanjakan. Yang awal-awal sudah semakin dewasa, kasih beralih pada yang lebih kecil.

Anak sulung Masa kecil, biasa saja abang atau kakak menyakat adik-adiknya. Itulah gurauan berkasih dalam keluarga. Kadang-kadang, bergaduh, kata-mengata, bertegang leher, tu lumrah dalam pertalian keluarga. Orang kata, lepas bergaduh, makin erat. Itu kasar pada kita. Tidak pada mereka. Lain orang lain ragam, ada bahasakan “aku-kau”, ada bahasakan nama, ada panggil along angah. Bergaduh macam mana pun, biasanya anak sulung dan kedua lebih mengalah pada adik-adiknya. Awal-awal saja seperti rimau, sebenarnya di dalam kiut seperti kucing. Marahnya ada sebab kerana daya fikirnya lebih dulu matang dari adik-adik.

Pengorbanan Yang sulung-sulung abang kakak ni, nampak saja buat dono tak peduli. Tapi sebenarnya, adik-adik jadi prioriti. Ada abang kakak yang korbankan pengajiannya demi menyara adik-adik. Ada yang sanggup berlapar demi adik. Ada yang rela adik hidup senang, dia sendiri kais pagi makan pagi. Ada yang korbankan usia mudanya hingga tak berumahtangga demi adik-adik. Ada yang menjamin gadai nama demi adindanya. Pengorbanan ikhlas. Tiada mengungkit. Jika diungkit sekalipun, demi menyedarkan, bukan meminta jasa dibalas semula.

Pelindung Setelah ayah dan ibu, pelindung adik-adik adalah anak sulung abang dan kakak. Kata buruk pada adik-adik, merekalah yang dulu membela. Terjadi apa-apa musibah, merekalah yang tampil menjaga. Kadang-kadang, bila sakit pening adik-adik, yang duduk berteleku di samping adalah abang kakak picitkan kepala, tadah muntah dan tahan segala ragam adik-adiknya. Terima kasih kerana bersusah payah menjaga dan bersabar. Andai ikut turutan umur, logiknya yang tua-lah akan pergi dulu tinggalkan adik-adiknya.Hargailah abang dan kakak kita. Merekalah yang tempuh fasa jatuh bangun bersama ayah ibu di awal membina kehidupan berkeluarga. Biarlah adik-adik nikmati dan kecapi era senang selesa.
Artikel Lain

Nak Kahwin Dengan Anak Sulung? Korang Kena Ready Dengan Karakter-Karakter Pelik Ni Ada yang bakal berkahwin dengan anak sulung ke? Mesti korang dah nampak sikit-sikit perangai mereka ni kan. Walaupun nampak matang, tapi sebenarnya ada karakter pelik tapi baik dari anak sulung ni. So, bersedialah untuk mengahsbiskan waktu-waktu tua bersama ya.

Matang Biasalah anak pertama kan, perangai ‘kakak-kakak’ atau ‘abang-abang’ tu wajib ada. Tak berdendam, anak sulung ni sejenis yang mudah memaafkan, tak kedekut pulak tu. Paling penting, sentiasa murah hati. Nampak garang tapi sebenarnya lembut hati Dah jadi kakak atau abang, kena la tegas sikit kan?

Seorang Yang Ceria Dengan adanya sikap matang tu membuatkan mereka sentiasa ceria dan tak suka terbawa-bawa emosi negatif. Dari kecil lagi mak ayah dah pupuk sifat penyayang pada anak pertama ni. Iye la mana taknya, siapa lagi nak jaga dan sayang adik-adik kalau bukan kak long atau abang long kan? Hiks

Suka tersenyum walaupun tengah sedih Tak suka tunjuk dia sedang bersedih, so anak sulung ni lebih banyak tersenyum sepanjang masa. Dah penyayang, mestilah caring. Kalau dah sayang seseorang, mereka memang susah betul nak lupakan orang tu. Hati-hati!
The post ‘Jika Tidak Mampu, Tolong Jangan Bagi Harapan Palsu’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/jika-tidak-mampu-tolong-jangan-bagi-harapan-palsu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anda Wanita Usia Antara 18 44 Tahun Tolong Baca Ini Hal Ini Sangat Berguna Jangan Sampai Menyesal Dikemudian Hari

Anda Wanita Usia Antara 18 44 Tahun Tolong Baca Ini Hal Ini Sangat Berguna Jangan Sampai Menyesal Dikemudian Hari

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 327 hits
Tanda tanda awal PCOS adalah masa ovulasi atau subur yang tidak b raturan m ningkatnya kadar hormon pria dalam tubuh wanita dan munculnya banyak kista pada ovarium Jika s orang wanita m ngalami s tidaknya dua dari tiga tanda awal itu maka k...
Tolong Jangan Kacau Mereka Tak Setuju Atlet Terengganu Kena Tutup Aurat Yb Wechat Syed Saddiq Dikritik Netizen

Tolong Jangan Kacau Mereka Tak Setuju Atlet Terengganu Kena Tutup Aurat Yb Wechat Syed Saddiq Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 653 hits
Pemain pemain di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu akan diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula musim depan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan Dan NGO Terengganu Wan Sukairi Wan Abd...
Tolong Jangan Judge Ibu Ibu Yang Perlukan Me Time Me Time Tak Bermakna Tak Sayangkan Suami Anak

Tolong Jangan Judge Ibu Ibu Yang Perlukan Me Time Me Time Tak Bermakna Tak Sayangkan Suami Anak

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 598 hits
Akhir akhir ini banyak diperkatakan tentang me time bagi seorang ibu Namun ramai pula yang memandang ibu ibu yang perlukan me time sebagai ibu yang tak sayangkan suami anak dan pentingkan diri sendiri Ibu ini mengutarakan pandangannya Me ti...
Para Suami Tolong Jangan Halang Isteri Untuk Berbakti Pada Orang Tuanya

Para Suami Tolong Jangan Halang Isteri Untuk Berbakti Pada Orang Tuanya

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 562 hits
Para Suami Tolong Jangan Halang Isteri Untuk Berbakti Pada Orang Tuanya Untung kalau isteri masih ada orang tuanya dan setia berbakti itu tanda besar dia anak yang baik dan jenis bertanggung jawab Jadi kaum suami kena faham dan tak bolehlah...
5 Kewajipan Utama Anak Perempuan Terhadap Orang Tua Setelah Berkahwin Tolong Jangan Abaikan Rileks Media

5 Kewajipan Utama Anak Perempuan Terhadap Orang Tua Setelah Berkahwin Tolong Jangan Abaikan Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 401 hits
Sebagai anak perempuan yang telah menikah kewajiban yang harus dipenuhi tentu saja bukan lagi hanya kepada orang tua melainkan kepada suaminya Islam sendiri memberikan perintah kepada muslimah agar selalu mentaati suaminya dan mengikuti sua...
Itu Gambar Saya Bukan Muhammad Adib Pihak Yang Tiada Ditempat Kejadian Tolong Jangan Buat Tuduhan Melulu

Itu Gambar Saya Bukan Muhammad Adib Pihak Yang Tiada Ditempat Kejadian Tolong Jangan Buat Tuduhan Melulu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 536 hits
ADAKAH pihak yang membuat dakwaan itu mempunyai bukti mengatakan Muhammad Adib dilanggar Lapan anggota kita ada di situ mereka tahu apa yang terjadi tegas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mohammad Hamdan Wahid Beli...
Anak Dapat Result Exam Teruk Ibu Ayah Tolong Jangan Stress

Anak Dapat Result Exam Teruk Ibu Ayah Tolong Jangan Stress

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 512 hits
Assalamualaikum Tajuk Ummi tu macam pakar motivasi lagaknya hahaha Ehhh taklah Saja Ummi nak cuba bagi pendapat sendiri sebagai ibu yang anak baru je setahun melangkah ke alam persekolahan Pendapat Ummi mungkin tak sama dengan pendapat oran...
Icerd Jangan Main Api Pas

Icerd Jangan Main Api Pas

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 353 hits
1 Parti Islam Se Malaysia sekali lagi mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya tidak meratifikasi ICERD dan ICCPR kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan dan boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini nbsp 2 Ekoran penegasan Presiden...
Bila Anak Demam Jangan Pandang Mudah Mama Papa Perlu Pantau 7 Perkara Ni

Bila Anak Demam Jangan Pandang Mudah Mama Papa Perlu Pantau 7 Perkara Ni

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 366 hits
Adakalanya bila anak kita demam lepas sahaja beri ubat kita biarkan sahaja dia main seperti biasa Malamnya pula kita bersenang lenang tidur tanpa rasa takut suhu anak meningkat Sebenarnya hal ini salah mama papa perlu pantau suhu anak Selai...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator