Jika Sayangkan Zakir Gunakan Dia Dengan Baik


SESUDAH SUBUH

WALAUPUN keberadaan Zakir Naik (foto) di negara ini kurang disenangi oleh sesetengah pihak kerana kasus yang dihadapinya, tetapi atas dasar peri kemanusiaan dan persaudaraan Islam ia boleh diterima.

Apa lagi kerana nyawanya terancam jika beliau diiring pulang ke negara asalnya, India, menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi dan menyelamatkannya.

Melindungi nyawa seseorang atau golongan termasuk (minoriti) termasuk dalam salah satu juzu digariskan dalam Maqasid Syariah.

Walaupun dari segi undang-undang dunia, tanggungjawab itu tidak perlu kerana setiap negara dilindungi oleh hak undang-undang dan kedaulatan masing-masing, namun kita (Malaysia) mengambil risiko itu kerana ia tuntutan agama.

Bagaimana pun apabila beliau mencampuri urusan politik negara bangsa ini secara terang-terangan, tanggungjawab itu boleh difikir kembali. Tindakan Zakir itu juga dilihat tidak lagi bijak dan boleh dikatakan beliau tidak tahu berterima kasih atas perlindungan diberikan kepadanya.

Tindakannya itu sebaliknya telah mendatangkan masalah ke negara ini.  Beliau ke sini mendapat perlindungan dan memperolehi kedamaian, kontradiklah kalau sikap yang diambil itu mengeruhkan suasana di sini.

Pendakwah asal India itu sepatutnya tahu kedudukan dirinya, dan senantiasa menjunjung prinsip di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung. Benar Islam itu menyeluruh dan tanpa digaris sempadan, tetapi umatnya diajar agar tahu menghormati pihak lain, rakyat negara yang kita tumpangi. Sikap itu adalah akhlak, dan akhlak itu adalah pengidah kepada akidah itu sendiri.

Beberapa kenyataan dikeluarkan Zakir bernahu dan bernada politik telah tambah menimbulkan kekeruhan khususnya di kalangan yang tidak senang dengan kehadirannya di negara ini. Bahkan ada kenyataanya yang dikutip dalam ceramahnya dikira keras dan melampau kerana menyentuh sensitiviti pihak lain.

Zakir mungkin berani dan keberaniannya disanjung, tetapi ia tidak semua rakyat negara ini yang berbilang kaum menyenangi. Beliau sepatutnya hadam benda ini dan mereka yang teruja dengannya memberi maklum kepadanya. Jangan jadikan keberanian dan kelantangan serta kefaqihannya dalam agama itu mengundang bencana lain.  Itu tidak bijaksana. Seorang pendakwah yang syumul yang mengamankan semua orang dan bukan menyeronokkan sebahagian yang lain.

Jika Zakir terus terdodoi dengan sikapnya itu, barangkali kerajaan di samping memberi ruang dan oksigen kepadanya perlu berhati-hati dengan aktivitinya dengan mengambil kira sentimen rakyat negara ini. Zakir tidak perlu berada di pentas politik untuk menyampaikan syiar dakwah. Pentas politik bukan medium sesuai untuknya.

Beliau boleh berdakwah di pentas yang di luar politik, paling sesuai di pentas akademik. Saya percaya Zakir sendiri dapat melunakkan butiran dakwahnya kalau dia berdakwah di pentas umum bersifat akademik. Dakwahnya di dewan akademik tidak sangat menimbulkan kesangsian berbanding dewan politik yang mudah disuluh beliau menjadi alat politik pihak tertentu bagi mempengaruhi audien.

Apa yang berlaku di sini (Kota Bharu) dua tiga hari lepas, dimana kerajaan  Pam Kelantan mengadakan jelajah Zakir Naik dengan menjadikan Zakir sebagai dewa ia tidak patut berlaku. Ruang dan pentas diberikan kepada Zakir terlalu luas sehingga lupa statusnya hari ini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Jabatan Agama Islam perlu memikirkan kesan ini dan mengawal Zakir agar tidak naik pentas politik.

Mungkin peraturan dan hak-hak sebagai seorang pemastautin tetap perlu diberi taaruf kepada Zakir.

Tempat dan ruang paling afdal bagi Zakir yang berstatus mendapat suaka politik di negara ini ialah di ruang tertutup, di bilik-bilik kuliah, di pondok-pondok pengajian, forum, seminar dan sebagainya, bukan di pentas politik terbuka apa lagi dihadiri puluhan ribu orang.

Pihak penganjur khas politik yang mahu mendapat laba dengan menjaja Zakir juga perlu insaf dan sedar risiko yang bakal diterima Zakir sendiri. Kalau sayangkan Zakir dan mahukan dia selamat, dan mahu menumpangi ilmunya, manfaatkan dia dengan bijaksana. Jangan jadikan ketinggian ilmu perbandingan agama dimilikinya sehingga menyusahkan dirinya.

Zakir sendiri perlu bijak dan kerajaan pula perlu mengawal. Apa yang kita tidak mahu ialah disebabkan seorang individu yang menjadi tetamu negara ia menimbulkan suasana tidak kondusif untuk negara ini. Kita yang berbuat baik perlu ingat kepada pepatah yang berbunyi; "buat baik berpada-pada buat jangan sekali", manakala Zakir sebagai tetamunya pula tahu batas dan sepadannya.

Apapun keadaan dan situasi rakyat negara ini perlu diberikan keutamaan dan perasaan mereka dijaga. Apa yang kita kena sedar Zakir hanya boleh bernaung dengan selamat dan bahagia di negara ini, seharusnya peluang ini beliau tahu menghormatinya. Sebagai tetamu, apabila orang memberi ruang untuk menginap jangan pula berlebih tindak sehingga sebahagian tuan rumah lain marah.

Zakir sendiri jangan syok dengan mereka yang memuja dan membelanya. Beliau perlu tahu dan sedar diri. Jangan ikut terpesona dengan retorika agama yang dipolitikkan. Negara ini ada undang-undang dan perlembagaan. Apa yang rakyat bukan Islam di negara ini tersinggung dan kesal dengannya, adalah dalam ruang yang dibenarkan oleh undang-undang. Fahami prinsip ini.

Sekiranya Zakir gagal mengawal diri wajar sekali kerajaan memikir kembali kebenaran diberikan kepadanya hatta mengusirnya dari negara ini. Tidak guna kebenaran itu diberikan kalau si penerimanya tidak tahu menilainya.

Sekali lagi saya sebut pepatah; "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sesekali." Jangan kerana simpati kepada seseorang, sehinggakan kita lupa keutamaan yang perlu kita lakukan untuk negara bangsa sendiri. [kota bharu.6:33 am 15/08/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/08/jika-sayangkan-zakir-gunakan-dia-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Asas Zakir Tidak Di Adili Dengan Baik Oleh India

Ada Asas Zakir Tidak Di Adili Dengan Baik Oleh India

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 275 hits
Peguam Zakir akan menyampaikan saman kepada beberapa individu hari ini sesuatu yang diluar jangkaan bagi mereka yang berniat jahat dan memfitnahnya Sewajarnyalah Zakir terus berada di sini mempertahankan DIRINYA sekurang kurangnya HINGGA se...
Rais Yatim Amat Baik Zakir Naik Dipulangkan Saja Ke India

Rais Yatim Amat Baik Zakir Naik Dipulangkan Saja Ke India

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 462 hits
Bekas menteri Rais Yatim menyokong gesaan agar pendakwah Islam tersohor Dr Zakir Naik untuk dihantar pulang semula ke India Rais berkata ini selepas Zakir seorang warganegara India mencetuskan kontroversi di negara ini Sebelum Zakir Naik me...
Kula Segara Bangkitkan Isu Zakir Naik Lagi Menteri Ph Suka Sembur Api Kebencian Ke

Kula Segara Bangkitkan Isu Zakir Naik Lagi Menteri Ph Suka Sembur Api Kebencian Ke

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 279 hits
Status penduduk tetap yang dimiliki oleh penceramah terkenal Dr Zakir Naik akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Itulah penegasan disuarakan oleh Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran yang pada masa sama menyifatkan keberadaan Zakir di negara in...
Polis Akan Siasat Zakir Naik Kata Moorthy

Polis Akan Siasat Zakir Naik Kata Moorthy

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 286 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy hari ini menyeru masyarakat India Malaysia bertenang berhubung ucapan penceramah kontroversi Dr Zakir Naik mengenai kesetiaan mereka kepada perdana menteri Waytha yang bertanggungjawab ter...
Malaysia Tidak Boleh Usir Zakir Pendakwah Bebas Isu Berdepan Ancaman Bunuh

Malaysia Tidak Boleh Usir Zakir Pendakwah Bebas Isu Berdepan Ancaman Bunuh

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 233 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Suruh Tetamu Lama Cina Balik Dulu Zakir Naik

Suruh Tetamu Lama Cina Balik Dulu Zakir Naik

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 350 hits
News Diterbitkan Hari ini 1 51 tengahari Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik memberikan kenyataan pedas terhadap kaum Cina di Malaysia sebagai respons balas atas gesaan supaya beliau keluar daripada negara ini Kenyataan itu dibuat pada sat...
Mp Pas Gagal Ke Ceramah Zakir Naik Kit Siang Patut Tutup Mulut

Mp Pas Gagal Ke Ceramah Zakir Naik Kit Siang Patut Tutup Mulut

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 275 hits
MALAYSIAKINI Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Che Abdullah Mat Nawi berkata Lim Kit Siang patut tutup mulut dan tidak lagi mengkritik Dr Zakir Naik selepas gagal memenuhi undangan untuk hadir ke program pendakwah itu di Kelantan ming...
Cabinet Must Discuss Zakir Naik S Meddling In Local Politics

Cabinet Must Discuss Zakir Naik S Meddling In Local Politics

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 306 hits
I listened to Zakir Naik s recent speech in Kelantan and cringed It was inflammatory and dangerous given that our race relations is anything but healthy Zakir Naik s malicious words have the explosive potential of stirring a racial riot and...
Dr M Reiterates Zakir To Stay Despite Latest Hindu Loyalty Controversy

Dr M Reiterates Zakir To Stay Despite Latest Hindu Loyalty Controversy

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 219 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today reiterated that Zakir Naik will remain in Malaysia despite calls from his own cabinet minister and the ruling party for the controversial preacher to be extradited back to India However he said Malay...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025