Jika Kekal Enggan Merayu Lebih Baik Hishammuddin Fikir Wadah Baru






30 June 2025


Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi telah memberi mesej yang jelas bahawa tiada laluan mudah untuk Hishammuddin Tun Hussein kembali ke dalam parti itu.


Katanya, seseorang yang dihukum,  sama ada digantung atau dipecat daripada UMNO, hendaklah mereka sendiri mengemukakan rayuan jika ingin diterima semula ke dalam parti.


Sehingga ini, tambah beliau, bekas Naib Presiden UMNO itu tidak pernah mengemukakan sebarang rayuan.


Menjelang mesyuarat MT UMNO malam ini, kenyataan Zahid Hamidi itu dengan terang memberi maksud bahawa usul UMNO Bahagian Sembrong yang mahu Hishammuddin diterima semula sebagai ahli UMNO, disertai dengan sokongan Pengerusi UMNO Johor, Onn Hafiz Ghazi berkaitan perkara yang sama adalah tidak laku sama sekali.


Yang laku untuk dipertimbangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat MT UMNO hanyalah jika Hishammuddin sendiri menulis surat rayuan kepada UMNO.


Sediakah Hishammuddin membuat rayuan?


Berdasarkan pendiriannya sebelum ini, ternampak agar sukar untuk Hishammuddin berbuat demikian.


Ini kerana, sebagaimana pernah disebutnya sebelum ini, beliau tidak tahu dan tidak pernah diberitahu tentang kesalahannya sehingga dihukum gantung selama enam tahun daripada UMNO selepas PRU15 lalu.


Menurutnya, tiada sebab untuknya membuat apa-apa rayuan memandangkan beliau sendiri tidak tahu tentang kesalahannya.


Kali ini pun, Hishammuddin dipercayai kekal dengan pendirian tidak akan mengemukakan rayuan itu.


Ertinya, penggantungan Hishammuddin tidak akan berubah selagi beliau sendiri enggan membuat rayuan, walaupun dalam hatinya ingin kembali bersama UMNO.


Berbeza dengan  bekas Ahli MT dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, penggantungannya dilepaskan baru-baru ini setelah beliau sendiri menulis surat rayuan lebih tiga kali kepada UMNO.


Berbalik kepada Hishammuddin, tanpa kesediaannya menulis surat rayuan, tak usahlah beliau berharap dapat kembali kepada UMNO, meski ada usul daripada UMNO Sembrong serta disokong oleh Pengerusi UMNO Johor, Onn Hafiz yang juga adalah anak saudaranya.


Semua itu tidak bermakna kerana apa yang Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO mahu ialah individu berkenaan sendiri menulis surat rayuan itu.


Kiranya Hishammuddin masih tidak sedia berbuat demikian, bererti tiada harapan untuknya kembali semula ke dalam UMNO, sekurang-kurangnya selagi Zahid Hamidi masih Presiden UMNO.


Dengan kekal digantung selama enam tahun dan statik enggan mengubah haluan, Hishammuddin dengan sendirinya tiada peluang untuk bertanding lagi pada PRU16 akan datang.


Terlepas jadi calon pada PRU akan datang, ertinya masa depan beliau automatik jadi suram dalam politik negara ini.


Hanya satu pilihan yang ada buat Hishammuddin kalau beliau tetap dengan pendirian enggan membuat rayuan, tetapi masih berminat untuk aktif dalam politik di peringkat yang relevan dengan dirinya.


Pilihan itu ialah segera mencari wadah baru selain UMNO.


Jangan takut tinggalkan UMNO kerana UMNO bukan lagi jaminan untuk menggapai kerusi Perdana Menteri.


Tun Mahathir Mohamad (PM kali kedua), Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim adalah bekas pemimpin UMNO yang berjaya menjadi Perdana Menteri setelah meninggalkan UMNO. – ShahbudinHusin 30Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/jika-kekal-enggan-merayu-lebih-baik-hishammuddin-fikir-wadah-baru/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/jika-kekal-enggan-merayu-lebih-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Kita Reda Tuhan Datangkan Yang Lebih Baik

Bila Kita Reda Tuhan Datangkan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 166 hits
Setiap daripada kita pasti pernah merasa kecewa Kita pernah berharap seseorang menjadi jodoh kita tapi akhirnya dia memilih jalan yang berbeza Kita pernah bekerja keras menghadiri temuduga demi temuduga tetapi satu pun tidak membuahkan hasi...
Tahniah Fasha Sandha Terima Anugerah Pingat Jasa Baik Penyuntik Semangat Jadi Lebih Baik

Tahniah Fasha Sandha Terima Anugerah Pingat Jasa Baik Penyuntik Semangat Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 140 hits
Aktres jelita Fasha Sandha melakar kenangan manis apabila dikurniakan Pingat Jasa Baik sempena Ulang Tahun Keputeraan ke 82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dalam maj...
Hiburan Kieda Crepe Mohon Maaf Akan Berusaha Jadi Lebih Baik Saya Terima Teguran Tapi Janganlah Sampai Menghina

Hiburan Kieda Crepe Mohon Maaf Akan Berusaha Jadi Lebih Baik Saya Terima Teguran Tapi Janganlah Sampai Menghina

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 173 hits
Sebelum ini usahawan dan pempengaruh terkenal menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik videonya yang mendedahkan dirinya dijangkiti virus herpes Pekerja Kieda Crepe menjelaskan bahawa Kieda sudah tidak terlibat dalam produksi makanan di...
Salam Maal Hijrah 1447 Semoga Takdir Hidupmu Lebih Baik

Salam Maal Hijrah 1447 Semoga Takdir Hidupmu Lebih Baik

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca Blog Cik Matahariku Tahu tahu kalendar Islam dah berubah ke Awal Muharam 1447 Tadi ada terdengar di radio mana tak pasti tapi tetamu jemputan di radio tu pesan kalau nak buat sesuatu ja...
Suami Maia Lebih Baik Dari Saya Ucapan Ahmad Dhani Di Majlis Kahwin Al Ghazali Curi Perhatian

Suami Maia Lebih Baik Dari Saya Ucapan Ahmad Dhani Di Majlis Kahwin Al Ghazali Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 205 hits
Ucapan yang disampaikan oleh penyanyi dan komposer terkenal Indonesia Ahmad Dhani ketika majlis resepsi anak sulungnya Al Ghazali baru baru ini menarik perhatian ramai apabila menyentuh soal bekas isteri Maia Estianty Dalam sebuah video tul...
Kesian Kayden Baru Nak Membesar Dah Kena Tuduh Autisme Madammu Terkilan

Kesian Kayden Baru Nak Membesar Dah Kena Tuduh Autisme Madammu Terkilan

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 114 hits
Hati ibu mana yang tak tersentuh bila anak kecil jadi bahan spekulasi Itulah yang diluahkan usahawan popular Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid apabila segelintir netizen membuat andaian sendiri kononnya anak sulungnya A...
Dunia Abim Wadah Bersedih

Dunia Abim Wadah Bersedih

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 122 hits
Zahid Zambry dan Wajdi dan lain2 tidak akn tinggalkan Anwar DUNIA ABIM WADAH BERSEDIHPagi ini saya membawa H E Dato Man Chinda yg merupakan Deputy Ministry of Women s Affairs bertemu Menteri Pendidikan Yb Fadhlina Siddiq Katanya teringin sg...
Wandie Alie Jaga Ke Baru Enggau Manah Chord

Wandie Alie Jaga Ke Baru Enggau Manah Chord

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 144 hits
D Dsus2 Bm G F m Em A D Sekumbang tua jadi F m Nuan nadai kala beamai ati G D Em Seruran ngiga lebih ari aku A Nuan ngemula selalu G Bebelas taun G Tua sulu begulai F m Nuan ambai nadai Bm Kala ka bai bejalai Em Engka nuan malu F m Ngempu a...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open

Pencuri Rumah Imam

From Research To Reality Encouraging Innovation For Sustainability At Qassim University


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Award Recognition Night 2024

Tempahan Mini Burger Nugget Tempura

Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia

Bomba Teruskan Operasi Padam Kebakaran Hutan Simpan Jalan Genting