Jika Darurat Berakhir Parlimen Bubar
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lemah dan kehilangan majoriti tidak mungkin akan bertahan sekiranya darurat ditarik balik.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, hal penting seperti Belanjawan 2021 pun diluluskan dengan majoriti tipis maka kerajaan PN tidak mempunyai banyak pilihan selain membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
“Paling nyata (ketipisan majoriti) ketika belanjawan 2021. Belanjawan tidak pernah diluluskan melepasi angka 112 pun.
“Di peringkat (perbahasan) jawatankuasa apabila kita cuba bantah, mereka tidak ada majoriti besar. Ada lulus angka 109, ada 105 kerusi. Sekarang terpaksa umumkan darurat kerana tidak cukup majoriti. Apatah lagi sebelum darurat beberapa Ahli Parlimen BN umumkan tarik sokongan dari kerajaan PN.
“Sebab itu kalau darurat berakhir esok, saya yakin kerajaan PN tidak ada pilihan selain membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU untuk mendapat majoriti yang jelas bagi mana-mana parti (membentuk kerajaan)
“Ini sedikit berbeza dengan apa yang kita ada di Selangor. Kita boleh luluskan udang-undang (dengan mudah). Selepas Langkah Sheraton banyak negeri tukar MB, negeri Selangor bukan saja kekal PH tetapi ada majoriti 2/3
“Sebab itu hasil pelaburan di negeri Selangor tidak turun. 2019 hasil pelaburan pelaburan RM19 bilion. Tahun 2020 (walaupun dalam suasana Covid) pelaburan RM18 bilion,” katanya dalam majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama KEADILAN Selangor, malam tadi.
Sehubungan itu, kata Amirudin, kemenangan Pakatan Harapan perlu dipertahankan di negeri Selangor.
Beliau menyeru agar jentera di peringkat Cabang dan Ranting diperkemaskan dengan segera untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa.
“Malam ini di negeri Selangor terbukti PKR Selangor telah bersedia berdepan PRU 15 dan mempertahankan mandat besar kita terima pada PRU lalu.
“Ini bukan kerja satu hari. Di pertengahan 2020 dalam mesyuarat pimpinan PH Selangor kita beri 2 arahan penting. Kita minta diwujudkan pimpinan dan jawatakuasa PH di Cabang-cabang atau kawasan Parlimen. Kedua kita aktifkan jentera dan organisasi berdepan PRU 15. Kerana bacaan PH Selangor ketika itu hanyat PN kemungkinan tidak lama.
“Tenyata hari ini sangkaan kita benar-benar berlaku. Kalau dalam kerajaan stabil biasanya waktu ini, iaitu tahun ketiga selepas PRU menteri sampai ke tahap ingin membuktikan pencapaian hasil pemerintahan. Tetapi PN, masa ini mereka asyik mengira cukup atau tidak Ahli Parlimen. Ada tidak bukti kerajaan cukup majoriti,” katanya.
Menurut beliau lagi, kemenangan PH cukup penting bagi mempertahankan ekonomi Selangor
Dengan itu, katanya, Kerajaan Negeri boleh menyediakan pelbagai pakej ekonomi prihatin seperti skim-skim bantuan yang diberikan kepada rakyat ketika wabak Covid melanda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suarapakatandaily.com/archives/31920