Jika Boleh Jangan Buka


Oleh Ilah Hafiz Aziz  Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pendandan rambut meminta ahli mereka tidak membuka premis masing-masing meskipun kerajaan membenarkan perkhidmatan itu beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia (MINDAS), Dr V Magendran, berkata langkah dilakukan kerajaan semalam adalah baik untuk membantu pengusaha dan pekerja yang terjejas tetapi perkara yang perlu diutamakan adalah keselamatan dan kesihatan semua pihak.

“Ia sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan tetapi secara keseluruhan, kami berpendapat perkhidmatan ini perlu tunggu sehingga PKP berakhir.

“Isu berkaitan keselamatan dan kesihatan perlu diutamakan kerana kami tidak mahu ahli dijangkiti COVID-19 dan premis menjadi pusat penularan wabak.

“Saya minta semua pengusaha tunggu dan bersabar sehingga keadaan benar-benar pulih kerana ketika ini kes yang dijangkiti semakin banyak termasuklah kematian setiap hari. Lagi pun kita tidak mahu menjadi penyumbang tekanan kepada ‘frontliner’,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ditanya sama ada terdapat permintaan daripada mana-mana pihak supaya perkhidmatan itu beroperasi, Magendran mengakui ramai pengusaha yang terjejas pendapatan khususnya bebanan sewa setelah PKP dilaksanakan lebih tiga minggu lalu.

“Ada pengusaha yang memiliki dua tiga premis terbeban dengan sewa kedai dan persatuan juga mempunyai kekangan untuk membantu namun kita cuba,” katanya.

MINDAS mempunyai 750 ahli di seluruh negara.

Presiden Persatuan Jurugaya Rambut India Selangor dan Wilayah, M Ganathiban yang turut menyokong kenyataan Magendran, berkata tukang gunting amat berisiko dijangkiti COVID-19.

“Seorang tukang gunting tidak boleh melakukan penjarakan sosial ketika berurusan dengan pelanggan. Bagaimana kami mahu menggunting rambut jika perlu berjarak sejauh satu meter... adakah tangan kami sampai?

“Malah untuk proses menggunting pula mengambil masa sekurang-kurang 15 minit seorang, lebih masa diperlukan untuk mendandan rambut. Ada yang kata hanya gunting sahaja bukan mencukur tapi saya sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh dilakukan,” katanya.

Ganathiban berkata, tempoh PKP bukan waktu yang sesuai untuk perkhidmatan itu beroperasi kerana keselamatan nyawa semua pihak lebih penting.

“Jika yang berpendapat hanya zon hijau boleh membuka kedai, bagaimana kita mahu tahu atau halang penduduk di zon merah datang ke kedai kita. Ingat, wang boleh dicari tetapi nyawa hanya sekali,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/jika-boleh-jangan-buka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Makan Boleh Buka Selama Psbb Tapi Dilarang Disantap Di Tempat

Rumah Makan Boleh Buka Selama Psbb Tapi Dilarang Disantap Di Tempat

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 299 hits
Warung dan rumah makan bisa tetap buka tetapi tidak diizinkan menyantap makanan di lokasi Semua makanan bisa dibawa take away bisa datang ke warung untuk dibungkus kata Anies
Kalau Boleh Hidup Makan Ikan Kering Jangan Cemburu Orang Yang Nak Makan Daging

Kalau Boleh Hidup Makan Ikan Kering Jangan Cemburu Orang Yang Nak Makan Daging

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 527 hits
Masih hangat diperkatakan isu artis meminta dana khusus untuk penggiat seni sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan nampaknya perkara itu menjadi semakin panas apabila ianya mencetuskan perbalahan antara netizen dan segelint...
Pertimbangkan Semula Buka Perniagaan Non Essentials Keselamatan Dan Kesihatan Umum Tidak Boleh Dikompromi Tok Mat Hasan

Pertimbangkan Semula Buka Perniagaan Non Essentials Keselamatan Dan Kesihatan Umum Tidak Boleh Dikompromi Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 304 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan untuk membuka semula beberapa jenis perniagaan harus diberi pertimbangan semula sesuai seruan Kementerian Kesihatan Malaysia dan reaksi orang ramai Katanya operasi perniagaan...
Warkop Boleh Kembali Buka Di Banda Aceh Tapi Tetap Jaga Jarak

Warkop Boleh Kembali Buka Di Banda Aceh Tapi Tetap Jaga Jarak

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 303 hits
Pemilik warung kopi di Banda Aceh kembali dapat membuka usahanya sejak hari ini Sabtu Meskipun kepada warga diminta menjaga jarak sebagaimana imbauan pemerintah untuk pencegahan Covid 19 di Aceh
Roti Dah Nak Expired Jangan Bazir Boleh Cuba Resipi Bingka Roti Pandan Ni

Roti Dah Nak Expired Jangan Bazir Boleh Cuba Resipi Bingka Roti Pandan Ni

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 902 hits
Jangan membazir kalau ada lebihan roti yang hampir tamat tempoh tu Kalau dah bosan makan begitu saja dicicah air kopi bolehlah cuba resipi ini Puding roti dah biasa tapi kali ini resipi bingka roti pandan Bingka roti ini boleh dimakan begit...
Malaysia Jangan Buat Silap Lagi

Malaysia Jangan Buat Silap Lagi

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 293 hits
Sebaiknya negara lockdown sehingga 1 Julai DUNIA PATUT BERTERIMA KASIH PADA WARGA MALAYSIAKenapa saya mencadangkan 1 hb Julai Mendengar tarikh lockdown tersebut tentu ramai yg akan marah Mungkin ada yg maki hamun mengatakan saya gila bodoh ...
Pintu Langit Terbuka Doa Termakbul Jangan Lepaskan Peluang Untuk Minta Segala Hajat Kita Di Malam Nisfu Syaban

Pintu Langit Terbuka Doa Termakbul Jangan Lepaskan Peluang Untuk Minta Segala Hajat Kita Di Malam Nisfu Syaban

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 395 hits
Pada 8 April bersamaan 14 syaban malam di mana yang di panggil Nisfu Syaban Luangkan masa kita bersama keluarga dengan menghayati malam nisfu syaban ini agar seluruh umatNya dihindari virus yang menular Nisfu syaaban bermaksud separuh darip...
Kisah Pasien Covid 19 Sembuh Di Sumut Kuncinya Tenang Dan Jangan Panik

Kisah Pasien Covid 19 Sembuh Di Sumut Kuncinya Tenang Dan Jangan Panik

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 256 hits
RSUP H Adam Malik pada Selasa kemarin menyampaikan adanya penambahan jumlah pasien positif Covid 19 yang sembuh menjadi 8 orang Salah satu pasien yang dinyatakan sembuh dari Covid 19 adalah Ori Kurniawan
Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Politik Rangkul Semua Apa Nasib Tengku Zafrul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kura Kura Matahari

Dikecam Letak Al Quran Atas Sejadah Ryzal Ibrahim Mohon Maaf

Makin Meningkat Umur Makin Tahu Banyak Perkara Makin Banyak Timbul Perasaan Risau

Rak Tong Sampah Inovasi Etuza

Kejuruteraan Pertanian

Psg Hanya Guna Sembilan Pemain Singkirkan Bayern Munich