Jika Anda Bayar Kacang Anda Dapat Monyet Lim Teong Kim


Ramai the so called 'peminat bola sepak Malaysia' tak faham isu Lim Teong Kim. Memasing menganjingkan FAM. .Teong Kim tekad pulang ke Munich selepas kontrak berakhir, “Saya bukan monyet”
Teong Kim akan kembali ke Munich sebaik sahaja kontraknya berakhir pada 31 Oktober ini. Ini situasi sebenar. Gaji Lim Teong Kim dibayar MSN, bukannya FAM. MSN dapat peruntukan dari Kementerian Belia dan Sukan. Dalam erti kata lain, gaji LTK dibayar kerajaan.

LTK mengendalikan National Football Development Project (NFDP), projek yang disokong kuat oleh Khairi Jamaluddin sewaktu menjadi menteri KBS. NFDP tidak ada kena mengena dengan FAM.

Isu timbul apabila pasukan bawah 16 tahun kendalian LTK gagal melayakkan diri ke piala dunia U16 di Peru. Syed Saddiq persoalkan gaji LTK berjumlah RM 170,000 sebulan serta menyalahkan LTK di atas kegagalan skuad Malaysia U16.

Dari sini bermula krisis dengan LTK 'direhatkan' dan Syed Saddiq menyatakan akan menyemak semula tangga gaji LTK. Perang mulut berlaku antara KJ dengan Syed Saddiq.

FAM terkait dengan isu ini apabila Dato Hamidin jadi presiden FAM, dia mahukan NFDP diletakkan di bawah penyeliaan FAM dan bukan MSN. Tapi LTK masih lagi berkhidmat dengan MSN bererti sebarang keputusan dibuat berkaitan LTK tidak ada kena mengena dengan FAM.

MSN yang membuat keputusan dan ia bergantung pada KBS samada bersetuju untuk memperuntukkan gaji LTK. Siapa Menteri KBS? Syed Saddiq!

Jadi kenapa takda siapa salahkan Syed Saddiq sedangkan kita boleh nampak ada perselisihan politik dalam isu ini antara Syed Saddiq dengan KJ.

Tu sebab LTK marah dan tuduh ramai orang dalam industry bola sepak ada agenda lain dan bukannya membantu membangunkan bola sepak negara.


“HABIS saja kontrak,  saya akan pulang ke Munich,” - Lim Teong Kim.
Kontrak Teong Kim,55, sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bakal berakhir pada 31 Oktober ini.

Bekas pengendali akademi remaja Bayern Munich itu dilantik mengendalikan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) pada Ogos 2013.

“Saya akan pulang ke Munich selepas kontrak berakhir seperti yang saya beritahu kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Menteri Belia dan Sukan) ketika berjumpa dengannya tahun lepas.

“Walaupun hanya lima tahun saya bersama NFDP, anda semua boleh lihat apa yang dicapai.

“Sebelum ini FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) menerusi Datuk Seri Subahan Kamal ada beritahu setiap program pembangunan memerlukan masa 10 tahun untuk melihat hasilnya. Ketika itu dia juga cakap kita gagal dan habiskan banyak duit.

"Tetapi sebenarnya program ini baharu sahaja lima tahun dan kini kita berada di landasan yang betul,” ujarnya.


Teong Kim berpuas hati peningkatan pemain-pemain mudanya.

Jelas Teong Kim, sepanjang tempoh lima tahun bersama NFDP, ia bukan berkaitan dengan kepuasan semata-mata.

“Apa yang saya lakukan adalah untuk membantu perubahan dan kejayaan bola sepak negara, tetapi orang Malaysia ini tidak faham apa itu pembangunan. Jadi apa boleh saya buat lagi?.

“Apa yang pasti saya sangat gembira dengan semua jurulatih NFDP kerana menunjukkan perubahan positif dengan ilmu yang dikongsi.

“Perlu diingat apa yang penting dalam program ini adalah jurulatih,” ujarnya.

Ditanya jika ada tawaran untuk menguruskan pasukan atau kelab di negara ini, Teong Kim berkata ia mungkin tidak akan berlaku.

“Mereka kata gaji saya terlalu tinggi.

“If your pay peanut, you get monkeys”.

“Dan saya bukan monyet,” ujarnya ringkas.

Mengenai siapa calon yang bakal menggantinya selepas ini, Teong Kim tidak mengharapkan apa-apa.

“Mereka datang dengan cara tersendiri. Dan dari situ nanti kita boleh lihat perbezaan kepakaran dan pengalaman mereka,” tambahnya.


Sementara itu, Teong Kim juga turut berkongsi gembira dengan kejayaan pasukan Bawah 15 Tahun yang dinobatkan juara Piala AFF pada Jumaat.

“Keperluan kita pada kejohanan ini adalah mara ke separuh akhir, tetapi apabila menang pada saingan separuh akhir, ia cukup bagus dan seterusnya jadi juara.

“Perlu kita ingat fokus utama kita bukan hanya di peringkat ini, tetapi adalah layak ke Kejohanan Piala Dunia Remaja.

“Kita perlu menetapkan sasaran paling tinggi untuk dicapai.

“Mereka inilah yang akan membawa misi itu,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2019/08/jika-anda-bayar-kacang-anda-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tmj Iktiraf Jasa Teong Kim

Tmj Iktiraf Jasa Teong Kim

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Ketika bekas pemain jurulatih dan segelintir tokoh bola sepak tanah air menyerang bertubi tubi dan mengeluarkan kenyataan untuk menjatuhkan kredibiliti Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari Lim Teong Kim pemilik kelab Johor ...
Teong Kim Percaya Pemain Nfdp Sesuai Sertai Akademi Jdt

Teong Kim Percaya Pemain Nfdp Sesuai Sertai Akademi Jdt

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 681 hits
Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari Lim Teong Kim Teong Kim saran pemain muda sertai Akademi JDT JOHOR BAHRU Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari Lim Teong Kim mengesyorkan pemain bola sepak remaja yang berhajat meneruskan karier p...
Sathianathan Bidas Teong Kim Kerana Anggap Jurulatih Tempatan Seperti Katak Bawah Tempurung

Sathianathan Bidas Teong Kim Kerana Anggap Jurulatih Tempatan Seperti Katak Bawah Tempurung

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 308 hits
Kejohanan AFC Bawah 16 hampir setahun telah berlalu Namun perbalahan membabitkan bekas jurlatih Bawah 16 tahun negara Lim Teong Kim dan beberapa individu lain di dalam industri bola sepak negara bagaikan tiada kesudahan Terbaru Presiden Per...
Ayam Kari Sedap Campur Kacang Panjang Terung

Ayam Kari Sedap Campur Kacang Panjang Terung

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 947 hits
Resepi ayam Cara memasak ayam kari sedap giler Resepi berbuka puasa cara masak ayam kari how to cook chicken curry Cara masak tengok sini ye Resepi masakan ayam bahagian sayap Masakan kari ayam dengan menggunakan kari babas Cara masak ayam ...
Konsumsi Kacang Secara Rutin Bisa Jaga Tingkat Kesuburan Dan Hasrat Seksual Pria

Konsumsi Kacang Secara Rutin Bisa Jaga Tingkat Kesuburan Dan Hasrat Seksual Pria

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 258 hits
Peneliti dari Spanyol menemukan bahwa mengonsumsi setidaknya 60 gram kacang setiap hari bisa meningkatkan hasrat seksual dan kualitas orgasme pria Lebih mengejutkannya lagi kacang diketahui memiliki manfaat yang sama bahkan pada pria dengan...
The Resolve Of Lim Kit Siang

The Resolve Of Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 434 hits
For the longest time DAP veteran Lim Kit Siang has been the Chinese bogeyman If you wanted to attack any elements of extremism in the Chinese community you attacked him first When former premier Najib Abdul Razak wanted to revive his politi...
Anasir Perkauman Cuba Runtuhkan Kerajaan Ph Lim Kit Siang

Anasir Perkauman Cuba Runtuhkan Kerajaan Ph Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 364 hits
Anasir perkauman cuba runtuhkan kerajaan PH Lim Kit SiangOleh August 16 2019Sampai ke mana perkauman di Malaysia akan dimainkan oleh pembangkang Sehingga kerajaan Pakatan Harapan berpecah Namun bersama perpecahan itu adalah rasa tidak puas ...
Tahukah Anda Maksud Cinta Monyet

Tahukah Anda Maksud Cinta Monyet

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 418 hits
Tahukah Maksud Apa Itu Cinta Monyet Cinta yang boleh datang bila bila masa saja tanpa disedari dan tidak mengikut usia Memahami cinta memang tergantung dari peribadi masing masing yang disesuaikan dengan logik dan perasaan dalam hati Ragam ...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Not The First Time Has Anthony Loke Been Negligent Over Taiwanese S Fatal Fall Onto Lrt Track


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril