Jijik Lagi Kes Kilang Makanan Di P Pinang Diarah Tutup


Oleh Herman Hamid Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid ketika melakukan pemeriksaan di sebuah kilang roti di Jalan Kedah hari ini. BERNAMApix BARU sahaja dua minggu lalu kisah kilang kicap dan belacan diarah tutup akibat kotor, hari ini dua lagi premis di Pulau Pinang yang terkenal dengan jolokan ‘syurga makanan’ berdepan tindakan sama.
Malah, sebulan lalu, kes hampir sama diambil tindakan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melibatkan sebuah kilang fucuk.
Ceritanya, berkait masalah kebersihan dan lebih menjijikkan najis haiwan seperti tikus turut ditemui di premis-premis berkenaan.
Terbaharu, sebuah kilang roti di Jalan Kedah, Pulau Pinang diarahkan tutup bermula hari ini kerana didapati tidak mencapai piawaian di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan.
Ia dikhuatiri boleh menyebabkan pencemaran dan keracunan makanan.
Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) turut mendapati kilang roti yang beroperasi sejak 50 tahun lepas menggunakan logo halal yang mengelirukan dan peralatan membuat roti didapati ‘berkerak’.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP Mohd Wazir Khalid berkata, kilang roti itu pernah diberikan amaran tahun lepas kerana operasi mereka tidak menepati standard kebersihan yang ditetapkan dan pemiliknya diarahkan menutup selama dua minggu bermula hari ini.
“Kali ini menerusi pemeriksaan dan serbuan hari ini, kami mendapati ada sisa najis tikus di atas plastik bungkusan roti dan terdapat sisa minyak tepu di atas rak pembakar roti.
“Situasi ini amat membimbangkan kerana kemungkinan berlaku pencemaran terhadap roti yang dijual kepada pelanggan.
“Malah, pemilik kilang itu turut menggunakan kotak yang mempunyai logo halal sedangkan tidak pernah memohonnya..tindakan tersebut mengelirukan pengguna kerana menyangka ia halal dan pasaran roti dari kilang tersebut di sekitar negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Ops Bersih itu hari ini.
Sementara itu, Mohd Wazir berkata dalam operasi sama pihaknya turut mengarahkan sebuah kedai pembuatan mi yang beroperasi sejak 80 tahun lepas di Jalan Pintal Tali ditutup.
Ia melibatkan pelbagai isu membabitkan keselamatan dan kebersihan makanan termasuk meletakkan makanan yang telah diproses dil lantai.
Katanya, kedai mi berkenaan turut diarah tutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih serta tidak menepati tahap keselamatan makanan yang ditetapkan oleh JKNPP.
“Kami pernah menyerbu kedai ini juga pada tahun lepas dan memberi amaran supaya mereka meningkatkan mutu kebersihan namun ia tidak diikuti.
“Dalam pemeriksaan hari ini mendapati pemiliknya meletakkan makanan yang telah siap diproses di atas lantai malah produknya juga tidak mempunyai label,” kata Mohd Wazir.
Menurutnya, arahan penutupan kedua-dua premis itu dibuat menurut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pihaknya turut mengeluarkan tiga kompaun berjumlah hampir RM3,000 ke atas kilang roti dan kedai pembuatan mi tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/jijik-lagi-kes-kilang-makanan-di-p.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bekas Tong Berkulat Najis Tikus Bertaburan Di Lantai Kilang Kicap Dan Roti Diarah Tutup

Hiburan Bekas Tong Berkulat Najis Tikus Bertaburan Di Lantai Kilang Kicap Dan Roti Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 331 hits
Daun daun kering serta bulu burung antara objek yang ditemukan di dalam tong perapan kacang soya di sebuah kilang pemprosesan kicap di Bagan Lebai Tahir yang sudah beroperasi sejak 50 tahun lalu semasa Ops Bersih yang dijalankan Jabatan Kes...
Hiburan Gerai Popular Di Pulau Pinang Diarahkan Tutup 12 Kes Positif Covid 19 Libatkan Pekerja

Hiburan Gerai Popular Di Pulau Pinang Diarahkan Tutup 12 Kes Positif Covid 19 Libatkan Pekerja

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 249 hits
Gerai penjaja popular di Pulau Pinang dilaporkan telah diarahkan untuk tutup buat sementara waktu berikutan jangkitan COVID 19 telah dikesan di lokasi berkenaan seperti yang dilaporkan Gerai tapak penjaja sementara New Lane serta sebuah ked...
Plastik Pembungkus Bernajis Tikus Kilang Roti Diarah Tutup

Plastik Pembungkus Bernajis Tikus Kilang Roti Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 238 hits
Logo halal meragukan sedangkan kilang tidak peroleh sijil tersebut GEORGETOWN Sebuah kilang pembuatan roti di Jalan Kedah di sini diarahkan tutup selama dua minggu berikutan gagal memastikan tahap kebersihan premis mencapai piawaian Program...
Tapak Pesta Diarah Tutup Selepas Lelaki Maut Jatuh Buaian Berpusing

Tapak Pesta Diarah Tutup Selepas Lelaki Maut Jatuh Buaian Berpusing

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 335 hits
Pengarah JKKP Selangor Bahrudin Mamat berkata sepasukan pegawai penyiasat diarah melakukan pemeriksaan di lokasi dan siasatan awal pihaknya mendapati dua mangsa terjatuh dari ketinggian kira kira lapan meter pada jam 11 15 malam PETALING JA...
Statistik Jenayah Kes Jenayah 2020 Catat Penurunan

Statistik Jenayah Kes Jenayah 2020 Catat Penurunan

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 540 hits
Kes jenayah tahun lepas menurun 21 4 peratus kepada 65 623 berbanding 83 456 pada 2019 Menurut Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin penurunan ini antaranya disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan SUBSCRIBE now Astro Awani ...
Nafi Dakwaan Cuba Tutup Kes Ebit Lew Polis Kata Isu Gangguan Seksual Masih Disiasat

Nafi Dakwaan Cuba Tutup Kes Ebit Lew Polis Kata Isu Gangguan Seksual Masih Disiasat

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 269 hits
Berhubung isu gangguan seksual membabitkan pendakwah popular Ebit Lew polis menegaskan pihaknya tidak pernah menutup kes tersebut seperti dakwaan segelintir pihak Menurut laporan Harian Metro Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Dat...
10 Contoh Menarik Fotografi Seni Makanan

10 Contoh Menarik Fotografi Seni Makanan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 210 hits
Makanan adalah sesuatu yang kita ambil untuk pemakanan dan juga untuk keseronokan Dalam budaya yang berbeza makanan begitu banyak dipelbagaikan dari segi kaedah memasak bahan bahan dan persediaan Tidak ada seorang pun yang tidak pernah dibe...
Hidangan Makanan Yang Merapu Sedap Ke Tak Nih

Hidangan Makanan Yang Merapu Sedap Ke Tak Nih

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 193 hits
Setiap makanan yang dihidangkan mempunyai cara atau rupa bentuk hidangannya yang tersendiri Taidak kira samada sedap ataupon tidak Walaubagaimanapon cara hidangan setiap makanan boleh menarik minat orang ramai terutamanya kanak kanak
6 Makanan Terbaik Untuk Mata Yang Sihat

6 Makanan Terbaik Untuk Mata Yang Sihat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum dan Salam Ceria Buat mereka yang mempunyai passion yang tinggi terhadap makanan tetapi dalam masa yang sama mementingkan kesihatan terutama kesihatan mata dan penglihatan Pada hari ini saya kongsikan 6 jenis makanan berkhasi...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta