Jihad Membela Fitnah Pas



Jihad Membela Fitnah PAS  
Bagi umat Islam, sejak dari kecil kita sudah diingatkan oleh ibubapa kita serta ustaz atau ustazah yang mengajar pendidikan agama bahawa membuat atau menyebarkan fitnah adalah berdosa besar.
Fitnah adalah satu perbuatan yang sangat keji.
Firman Allah SWT:
وَاقْتُلُوْهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوْهُمْ وَاَخْرِجُوْهُمْ مِّنْ حَيْثُ اَخْرَجُوْكُمْ وَالْفِتْنَةُ اَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ ۚ وَلَا تُقٰتِلُوْهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِحَتّٰى يُقٰتِلُوْكُمْ فِيْهِۚ فَاِنْ قٰتَلُوْكُمْ فَاقْتُلُوْهُمْۗ كَذٰ لِكَ جَزَاۤءُ الْكٰفِرِيْنَ
Mafhumnya:
Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka.
Usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu.
Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.
Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidilharam, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu.
Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka.
Demikianlah balasan bagi orang kafir.
Al Baqarah : 191
Sudah jelas lagi bersuluh, hukum Allah SWT adalah perbuatan fitnah adalah lebih kejam dari perbuatan membunuh.
Kenapa Islam begitu tegas dan keras kepada perbuatan fitnah hingga meletakkan dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh?
Kisah Ulamak Yang Di Fitnah Oleh Seorang Pemuda
 
Terdapat kisah mengenai seorang pemuda yang menabur fitnah terhadap seorang ulamak.
Satu hari, timbul kekesalan di hati pemuda tersebut, lalu beliau menemui ulamak itu untuk meminta maaf.
Setelah ahsrat itu dinyatakan kepada ulamak itu, maka ulamak tersebut berkata beliau bersetuju memaafkannya dengan satu syarat.
Pemuda itu diarahkan untuk membawa penyapu bulu ayam kepada ulamak tersebut.
Walau pun merasa pelik, namu kerana ingin meminta maaf, pemuda tersebut membawa penyapu bulu ayam sebagaimana yang diminta.
Ulamak tersebut memerintahkan pemuda tersebut balik ke rumah sambil mencabut kesemua bulu ayam yang ada di penyapu bulu ayam tersebut.
Ulamak tersebut mengingatkan pemuda tersebut supaya datang menemuinya keesokan hari dengan mengutip semula seberapa banyak bulu ayam yang boleh.
Keesokan harinya, pemuda tersebut datang menemui ulamak dengan hanya beberapa helai bulu ayam yang berjaya dikutip.
Bila ditanya mana bulu ayam yang lain, pemuda itu berkata, ianya sudah hilang entah ke mana.
Lalu ulamak itu berkata, begitulah dengan fitnah yang kamu lakukan pada ku.
Orang yang mendengar akan menyebarkannya hingga ia entah kemana.
Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya kerana ia telah tersebar dan terus tersebar.
Aku telah pun memaafkanmu.
Bertaubatlah atas apa yang telah kamu lakukan, semoga kamu juga mendapat keampunan dari Allah SWT.
Jelas, kerosakan akibat dari perbuatan melakukan dan menyebar fitnah tidak ada penghujungnya.
Pelaku fitnah boleh memberikan penjelasan untuk membetulkan kenyataan fitnah, tetapi ianya tidak mungkin akan dapat disampaikan kepada semua yang telah mendengar fitnah tersebut.
Ianya akan terus tersebar dan terus tersebar dan dosa pelaku fitnah akan terus bertambah setiap kali fitnah itu tersebar.
Allah SWT Memerintahkan Agar Memerangi Pelaku Fitnah Tetapi PAS Ajak Berjihad Membela Pelaku Fitnah
 
Ahli parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura, kalah dalam kes saman fitnah kerana memfitnah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mempunyai kaitan keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
Beliau juga memfitnah Teresa Kok ada kaitan dengan keluarga Lim.
Dr Mastura mengeluarkan kenyataan itu semasa berkempen untuk PAS pada pilihan raya kecil Kemaman.
Mahkamah Tinggi mengarahkan Dr Mastura membayar ganti rugi berjumlah RM750,000 kepada pemimpin-pemimpin DAP tersebut.
RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, dan RM200,000 kepada Teresa Kok.
Beliau juga diperintahkan membayar kos guaman sebanyak RM25,000 setiap seorang untuk ketiga-tiga plaintif.
PAS didakwa menganjurkan kutipan derma bagi membantu Dr Mastura membayar ganti rugi RM825,000 kepada pemimpin DAP.
Ketua jawatankuasa PAS pusat dan ketua negeri, bahagian dan cawangan dikehendaki menderma sekurang-kurangnya RM500 setiap seorang.
Bahagian negeri serta sayap di peringkat persekutuan, negeri dan bahagian dikehendaki mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000 setiap satu.
Manakala Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin pula berkata, tidak salah ahli semua peringkat parti itu menyumbang dalam derma jihad kepada Dr Siti Mastura.
Hujah beliau adalah, ianya dilakukan dalam keadaan yang berasas semasa menunaikan tanggungjawab terhadap parti dan perjuangan, iaitu pada kempen PRK Kemaman pada 4 Nov 2023.
Kegilaan apakah ini?
Mempersendakan hukum Allah SWT demi untuk kepentingan parti dan peribadi!!!
Ahli PAS tak terasa diperbodohkan ker???
Jihad Membela Fitnah PAS Di Syorkan Untuk Anda: RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan?  
Temui Kami: My TV Online Telegram Twitter Facebook Youtube Tiktok The post Jihad Membela Fitnah PAS appeared first on My TV ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-tv.online/2024/12/27/jihad-membela-fitnah-pas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 201 hits
HarapandailyAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi melontarkan persoalan samada fitnah dalam Pas ditanggung halal Ia ekoran kempen derma jihat yang diumumkan oleh Pas untuk membantu Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad y...
Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 177 hits
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata tidak salah ahli semua peringkat parti itu menyumbang dalam derma jihad kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad yang kalah dalam kes saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP Hashim berka...
Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 287 hits
SITI NUR ZAWANIDecember 24 2024Tindakan Pas membela Siti Mastura Muhammad dengan mengarahkan Derma Jihad digerakkan untuk membantu Ahli Parlimen Kepala Batas itu melunaskan saman kepada DAP mencetuskan persoalan adakah Pas cuba menormalisas...
Lari Dari Kehendak Islam Kesalahan Fitnah Bukan Jihad

Lari Dari Kehendak Islam Kesalahan Fitnah Bukan Jihad

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 86 hits
Zainuddin OmarMastura telah melakukan kesilapan dan keterlanjuran dan ahli PAS perlu bertanggungjawab dengan membayar denda dan gantirugi atas fitnah tersebut Tetapi bolehkah mengatakan derma untuk bayar gantirugi saman fitnah itu sebagai d...
Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 123 hits
Apa maksud si takiyuddin kat bawah ni Takiyuddin berkata Mastura hanya menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin PAS apabila dia membuat kenyataan itu semasa kempen PRK Kemaman dan tidak melakukannya kerana niat jahat peribadi FMT
Tanda Reda Dosa Fitnah Datuk Dr Khairuddin Pas Bantu Bayar Ustazah P

Tanda Reda Dosa Fitnah Datuk Dr Khairuddin Pas Bantu Bayar Ustazah P

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 114 hits
Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri 1 Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan adalah sangat tidak wajar mengutip dana daripada masyarakat untuk membayar saman sivil kerana perlakuan dosa fitnah Ahli Majlis Ulama Umno ber...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

High Eq For Entrepreneurial Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa