Jerebu Itu Siapa Punya




Jerebu melanda lagi!
Ketika rencana ini ditulis – semalam – beberapa kawasan mencatatkan udara tidak sihat, dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200.
Malah, di Sri Aman, Sarawak mencapai paras berbahaya dengan bacaan melebihi 367, menjadikannya kawasan paling teruk terjejas.
Gara-gara jerebu sambutan Hari Malaysia yang sepatutnya gilang-gemilang dan bergemerlapan, turut pudar dan terpaksa diadakan di tempat tertutup.
Seluruh negara terkesan dengan serangan asap. Beratus sekolah ditutup, kegiatan riadah awam tergendala, malah kenderaan di sesetengah kawasan diperlahankan.
Beberapa lapangan terbang pun terhalang penglihatan, memaksa banyak penerbangan tergendala. Dengan panas berterusan dan pembakaran terbuka tidak terkawal, keadaan mungkin lebih teruk.
Maka sehari dua ini orang ramai menutup muka apabila berada di luar rumah. Dan seperti biasa ada yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga topeng. Jerebu memang menyusahkan orang.
Fenomena tahunan ini sudah tidak terelak lagi. Mahu tidak mahu kita terpaksa menerimanya. Apa lagi yang kita boleh buat?
Tidak sahaja Malaysia, Singapura juga menerima akibat jerebu. Seperti Malaysia, republik itu juga tidak dapat berbuat apa-apa; bantahan yang dikemukakan tidak menyahkan asap berbahaya itu.
Semua orang tahu biang keladinya ialah Indonesia. Negara dengan keluasan hutan tropika ketiga terbesar di dunia itu dikesan melakukan pembakaran terbuka secara berleluasa.
Beberapa NGO di negara jiran itu memprotes tindakan pembakaran terbuka yang menurut mereka disengajakan, sesetengahnya untuk tujuan perladangan.
Mereka menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak tegas menghalang pembakaran terbuka. Setakat semalam jerebu mengorbankan dua orang di republik itu.
Tidak kira terbakar atau sengaja dibakar, apa yang marak di hutan tropika negara jiran itu memang tidak terkawal. Sukar untuk menyekat kemaraan api.
Seperti yang dijelaskan agensi pengurusan bencana negara itu (BNPB) sejak Januari hingga Ogos kawasan hutan seluas 328,724 hektar terbakar.
Memburukkan lagi keadaan ialah musim panas yang berpanjangan tahun ini dan sebahagian hutan adalah bertanah gambut yang sukar untuk api dipadamkan.
Memang bukti cerapan satelit menunjukkan pembakaran dilakukan di wilayah Indonesia, terutama di Sumatera dan Kalimantan. Asap daripada pembakaran itu yang menjerebukan negara kita.
Tetapi, Indonesia menyangkal asap itu dari wilayahnya. Sebaliknya republik itu tegas menyatakan bahawa jerebu di Malaysia adalah akibat pembakaran terbuka di hutan Malaysia sendiri.
Hatta, pembakaran terbuka di wilayah Indonesia juga dikatakan gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab syarikat Malaysia sendiri.
Pihak berkuasa republik berkenaan mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat perladangan Malaysia yang meneroka tanah untuk pertanian di sana.
Sekiranya benar syarikat kita melakukan kesalahan di sana, mereka memang patut dikenakan tindakan. Tetapi pada waktu sama, pembakaran hutan yang dilakukan syarikat-syarikat dan individu Indonesia juga patut dihukum.
Seperti dilaporkan media NGO-NGO di sana sendiri mendesak Presiden Jokowi supaya mengeluarkan senarai lengkap mana-mana syarikat – dalam dan luar negara – yang terlibat dengan pembakaran hutan.
Kita percaya dengan ketegasan dan iltizam yang tinggi pembakaran hutan boleh dikawal. Apa yang diperlukan ialah rasa kemanusiaan dan ketegasan pihak berkuasa di sana mengawal keadaan.
Putrajaya menghantar surat rasmi ke Jakarta, bukan membantah, sekadar menyatakan keprihatinan tentang jerebu yang memudarkan udara kita.
Memanglah kita tidak tahan dengan jerebu yang melanda hampir setiap tahun. Kita tidak mahu langit dan udara kita menyakitkan pandangan.
Tetapi seberapa yang mungkin kita hendak terus menjalin hubungan baik dengan negara jiran itu. Kita tidak mahu hubungan Putrajaya – Jakarta berjerebu.
Untuk menjaga hubungan baik serumpun, kita selalu dilihat mengalah dengan Indonesia, termasuk dalam hal-hal yang remeh-temeh.
Selama ini kita tidak ambil peduli apabila mereka mendakwa batik mereka punya, kuda kepang mereka punya, rendang mereka punya, hatta kuih popia pun mereka punya.
Semoga mereka insaf dan mengakui bahawa jerebu pun mereka punya!
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/19/jerebu-itu-siapa-punya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jerebu Itu

Jerebu Itu

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 279 hits
Assalammualaikum Dunia Semua jemaah haji yang menuaniakan haji telah selamat sampai ke tanah air selamat pulang Hajjah dan Haji semua semoga mendapat haji yang makbur Belanja dak abang nak ambil upsrUntuk dak abang okew Malaysia ku marilah ...
Apa Itu Brain Aneurysm Dan Adakah Ianya Berbahaya

Apa Itu Brain Aneurysm Dan Adakah Ianya Berbahaya

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 250 hits
Boleh dianggarkan satu dalam 50 orang mempunyai brain aneurysm dan ramai orang yang tidak mengetahuinya Brain aneurysm adalah keadaan di mana saluran darah dalam otak mempunyai titik lemah menyebabkan saluran darah pada bahagian ini mengemb...
Pernah Sehat Dan Banyak Beramal Shalih Setelah Itu Gila Bagaimana Nasibnya Di Akhirat

Pernah Sehat Dan Banyak Beramal Shalih Setelah Itu Gila Bagaimana Nasibnya Di Akhirat

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 436 hits
Nasib Orang Gila di Akhirat Ustadz saya punya keluarga yang sebelumnya sehat akalnya dan termasuk orang taat menjalankan shalat namun qadarullah saat ini beliau gila Nah pertanyaannya bagaimana kondisi orang gila nanti di akhirat dan bagaim...
Apa Itu Saham Patuh Syariah

Apa Itu Saham Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 958 hits
Apa itu saham patuh Syariah ke Bukan semua saham halal ke Melabur saham adalah antara trend yang semakin berkembang dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mencapai tahap matlamat kewangan mereka yang lebih memuaskan Trend ni sebenarnya membuk...
Sehat Itu Mahal Amankan Keuangan Sebelum Penyakit Menyerang

Sehat Itu Mahal Amankan Keuangan Sebelum Penyakit Menyerang

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 152 hits
Sebelum masalah ini terjadi tidak ada salahnya untuk melakukan persiapan di bidang finansial seperti beberapa cara berikut ini
15 Proses Yang Berlaku Apabila Seseorang Itu Mati Sehingga Ke Alam Barzakh

15 Proses Yang Berlaku Apabila Seseorang Itu Mati Sehingga Ke Alam Barzakh

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 698 hits
MATI Setiap benda yang bernyawa pasti akan menemui detik kematian yakni permulaan untuk seseorang itu menempuh alam Barzakh dan juga alam akhirat sebelum ditempatkan sama ada syurga atau neraka Tiada sesiapa pun yang hidup akan mengetahui s...
Apa Itu Fail Jenis Dan Fungsi Fail Pada Komputer

Apa Itu Fail Jenis Dan Fungsi Fail Pada Komputer

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 1192 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera artikel kali ini broayietech akan berkongsi dengan anda berkaitan fail apa itu fail jenis dan fungsi fail pada komputer Apa Itu Fail Apa fail Fail definisi adalah koleksi data dan maklumat yang saling ber...
Wiranto Sebut Karhutla Sarat Politis Brg Jawab Kalau Unsur Itu Beliau Lebih Tahu

Wiranto Sebut Karhutla Sarat Politis Brg Jawab Kalau Unsur Itu Beliau Lebih Tahu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 240 hits
Namun ia mengakui ada konflik masyarakat lokal yang mempengaruhi karhutla Konflik ini ada yang terjadi di tingkat desa
Alexander Marwata Penyadapan Kpk Izin Dewan Pengawas Itu Malah Ribet

Alexander Marwata Penyadapan Kpk Izin Dewan Pengawas Itu Malah Ribet

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 169 hits
Pimpinan KPK periode 2019 2023 Alexander Marwata tidak setuju penyadapan harus seizin dewan pengawas Masalah teknis itu menurutnya akan menyulitkan Kendati demikian Alex sepakat dengan keberadaan dewan pengawas di KPK
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities