Jerebu Di Sarawak Punca Peningkatan Penyakit Kkm


Negeri Sarawak terutamanya di Bahagian Sri Aman dilihat sebagai kawasan yang paling teruk terjejas akibat cuaca jerebu. Berikutan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai situasi terkini berkaitan jerebu di Sarawak.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di mana Bahagian Sri Aman, Sarawak telah melebihi 300 dengan status kualiti udara pada tahap “Bahaya” mulai 17 September 2019 dan terkini melebihi 400 iaitu tahap “Sangat Bahaya” sejak jam 8.00 pagi 20 September 2019.  Sementara itu, Bahagian-Bahagian lain di Sarawak yang terlibat adalah Kuching yang mengalami kualiti udara “Sangat Tidak Sihat” dengan IPU melebihi 200 bermula pada 14 September 2019 manakala Bahagian Samarahan, Sibu dan Sarikei bermula pada 19 September 2019 dan berterusan sehingga kini.

Sumber: ASEAN Specialised Meteorological Centre

Sumber: ASEAN Specialised Meteorological Centre
KKM memantau penyakit-penyakit berkaitan jerebu iaitu penyakit asma, konjuntivitis dan jangkitan saluran pernafasan (Upper Respiratory Tract Infection – URTI) di 15 buah fasiliti sentinel jerebu KKM di Negeri Sarawak. Terdapat peningkatan penyakit asma sebanyak 18.9% (258 kepada 307 kes) pada minggu epid (ME) 37 (8 hingga 14 September 2019) berbanding dengan purata ME 27 hingga ME 36 (30 Jun hingga 7 September 2019). Begitu juga dengan penyakit konjuntivitis, terdapat peningkatan sebanyak 80.4% (63 kepada 114 kes) pada tempoh masa yang sama dan penyakit URTI menunjukkan peningkatan sebanyak 4.5% (1,788 kepada 1,868 kes).
Bagi Bahagian Sri Aman, melalui Klinik Kesihatan Sri Aman, terdapat penurunan penyakit asma sebanyak 9.6% (34 kepada 31 kes) pada ME 37 berbanding dengan purata ME 27 hingga ME 36. Walaubagaimanapun, bagi penyakit konjuntivitis, terdapat peningkatan sebanyak 22.4% (5 kepada 6 kes) pada tempoh masa yang sama dan penyakit URTI menunjukkan peningkatan sebanyak 7.7% (66 kepada 71 kes).
Bagi Bahagian Kuching, melalui Klinik Kesihatan Jalan Masjid dan Klinik Kesihatan Tanah Puteh, terdapat penurunan penyakit asma sebanyak 4.3% (61 kepada 58 kes) pada ME 37 berbanding dengan purata ME 27 hingga ME 36. Begitu juga bagi penyakit konjuntivitis, terdapat penurunan sebanyak 20.2% (16 kepada 13 kes) pada tempoh masa yang sama dan penyakit URTI menunjukkan penurunan sebanyak 12.7% (487 kepada 425 kes).
Bagi Bahagian Samarahan, melalui Klinik Kesihatan Samarahan, terdapat peningkatan penyakit asma sebanyak 32.1% (5 kepada 7 kes) pada ME 37 berbanding dengan purata ME 27 hingga ME 36. Walaubagaimanapun bagi penyakit konjuntivitis, terdapat penurunan sebanyak 25.9% (3 kepada 2 kes) pada tempoh masa yang sama dan penyakit URTI menunjukkan penurunan sebanyak 30% (34 kepada 24 kes).
Bagi Bahagian Sarikei, melalui Klinik Kesihatan Sarikei, terdapat peningkatan penyakit asma sebanyak 81.8% (10 kepada 18 kes) pada ME 37 berbanding dengan purata ME 27 hingga ME 36. Begitu juga bagi penyakit konjuntivitis, terdapat peningkatan sebanyak 109.3% (4 kepada 9 kes) pada tempoh masa yang sama dan penyakit URTI menunjukkan peningkatan sebanyak 21.7% (247 kepada 301 kes).

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menasihatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, perokok, mereka yang sentiasa terdedah dengan udara luar dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu seperti:
Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu; Selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan IPU melebihi 100; Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan; Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter / purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar; Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman; Banyak minum air (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) bagi mengekalkan tahap hidrasi badan; Gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) apabila melakukan aktiviti luar rumah; Kerap membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah kepada jerebu; Awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana golongan ini lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu dan hendaklah datang ke klinik dengan segera jika penyakit bertambah teruk; Mereka yang menggunakan kenderaan yang berdingin hawa hendaklah menghidupkan alat pendingin hawa dengan mod kitaran dalam dan menutup tingkap; Pemandu kenderaan dinasihatkan untuk menyalakan lampu bagi pemanduan selamat; dan Datang ke fasiliti kesihatan terdekat bagi pemeriksaan dan rawatan sewajarnya jika mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru. Orang ramai boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang KKM iaitu http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183. KKM sentiasa bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan dalam menguruskan kejadian ini. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 September 2019
Terkini jerebu di Sarawak.
1. Terdapat peningkatan penyakit asma sebanyak 18.9%
2. Penyakit konjuntivitis, terdapat peningkatan sebanyak 80.4%.
Kenyataan penuh Ketua Pengarah Kesihatan @DGHisham@DrDzul https://t.co/CFgDwakwFq
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) September 20, 2019
https://platform.twitter.com/widgets.js
Sumber: KpKesihatan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/20/jerebu-di-sarawak-punca-peningkatan-penyakit-kkm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nafi Punca Jerebu Sarawak Saran Indonesia Cari Kebenaran

Nafi Punca Jerebu Sarawak Saran Indonesia Cari Kebenaran

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 297 hits
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan jerebu berpunca dari Sarawak yang sememangnya terkesan dengan pencemaran terbabit Foto BernamaKUALA LUMPUR 11 Sept Kerajaan Indonesia sekali lagi menafikan menjadi punca berlakunya jerebu di Malaysia...
Asap Jerebu Dipercayai Punca Kematian Bayi 4 Bulan Selepas Alami Masalah Pernafasan

Asap Jerebu Dipercayai Punca Kematian Bayi 4 Bulan Selepas Alami Masalah Pernafasan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 431 hits
Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang Indonesia meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan Mangsa Elsa Pitaloka mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di...
Beberapa Sekolah Di Sarawak Di Tutup Disebabkan Jerebu

Beberapa Sekolah Di Sarawak Di Tutup Disebabkan Jerebu

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 394 hits
Beberapa buah sekolah di Sarawak di tutup hari ini ekorang masalah jerebu yang semakin buruk di negeri tersebut Menerusi lamporan Bernama News sebanyak 9 daerah yang terjejas di beberapa sekolah di kawasan tersebut terpaksa di tutup bimbang...
Rakyat Terancam Teresa Kok Pertahan 4 Syarikat Termasuk Suami Menteri Dap Punca Jerebu

Rakyat Terancam Teresa Kok Pertahan 4 Syarikat Termasuk Suami Menteri Dap Punca Jerebu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 316 hits
Jerebu mengundang bahaya Perang mulut Indonesia Malaysia mendedahkan 4 syarikat termasuk syarikat milik suami menteri penyebab jerebu Bagaimanapun Teresa pertahan Menteri DAP dan suaminya itu dan berkata dakwaan Indonesia tak masuk akal KUA...
Jerebu Sarawak Mohon Putrajaya Bersikap Lebih Tegas Dengan Indonesia

Jerebu Sarawak Mohon Putrajaya Bersikap Lebih Tegas Dengan Indonesia

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 497 hits
Kuching Kerajaan Sarawak mengharapkan kerajaan Persekutuan di Putrajaya bersikap lebih tegas terhadap Indonesia berhubung masalah jerebu yang semakin menyelubungi banyak kawasan di negeri ini Sebanyak 1 087 titik panas dikesan di Kalimantan...
Jerebu Cecah Paras Bahaya 298 Sekolah Di Sarawak Ditutup

Jerebu Cecah Paras Bahaya 298 Sekolah Di Sarawak Ditutup

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 446 hits
Sebanyak 298 sekolah di lapan daerah di Sarawak di tutup hari ini akibat jerebu dengan Sri Aman merekodkan kualiti udara tahap bahaya Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan berkata ia melibatkan 53 sekolah menengah dan 245 sekolah rendah...
Jpbn Sarawak Bersedia Sekiranya Diumum Darurat Jerebu

Jpbn Sarawak Bersedia Sekiranya Diumum Darurat Jerebu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 441 hits
KUCHING 17 Sept Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bersedia untuk sebarang kemungkinan pengisytiharaan darurat bencana jerebu sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sri Aman melebihi 500 Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Be...
Penyakit Berkaitan Jerebu Yang Anda Wajib Tahu

Penyakit Berkaitan Jerebu Yang Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 1056 hits
Jerebu ialah fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung apung di udara yang mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manus...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024