Jerat Cinta Internet


Hi korang..

Hari ni SA terpanggil nak share dengan korang 1 artikel yang SA baca bulan lepas. Artikel tentang cinta internet.Zaman sekarang zaman teknologi, zaman semuanya tentang gadjet, tentang media sosial kan?Tak mustahil banyak atau ramai yang terlibat dalam gejala sosial antaranya terjerat cinta internet ni.Selalunya yang menjadi mangsa adalah anak- anak gadis, mereka yang bergelar janda ( bukan SA haha) andartu dan wanita- wanita berkerjaya. Fenomena ini memang sangat- sangat menakutkan memandangkan perbezaan zaman SA kecil- kecil , remaja dan dewasa sangat -sangat berbeza. Kalau zaman SA dahulu jenayah tidak terlalu banyak malah kami remaja perempuan bebas bergerak kemana- mana. Kalau ada pun gejala sosial sangat kecil peratusannya. Mungkin zaman SA bukan zaman internet. Gadjet pun takde masa tu..kalau nak berkenalan dan bercinta melalui surat atau telefon awam sahaja

Gambar sumber google.com

Hati berdebar- debar malah mungkin tidak lena melelapkan mata mengenangkan pertemuan kali pertama dengan si dia apatah lagi jika tidak pernah bertentang mata. Namun sering juga didengari bermacam keburukan akibat pertemuan kali pertama selepas berkenalan di alam siber. Zaman sekarang ada yang mengadu dirinya terpedaya oleh pengguna internet yang menipu identiti diri. Lebih melucukan, ada yang mengaku masih bujang walau hakikatnya anak sudah berderet. Tidak kurang juga si perempuan yang bergelar tunangan atau isteri orang yang masih cuba "menjerat"cinta sekadar memenuhi masa lapang atau suka- suka. Dan akhirnya terjerat diri sendiri. Lepas tu rasa melahirkan rasa kesal atas penipuan pasangan yang menjadi lawan sembang internet itu

Namun ada juga yang tidak pernah serik. Lebih merisaukan jerat yang sama digunakan untuk memancing mangsa yang lain pula. 
gambar sumber Google

Dari sudut positif pula ( biarpun peratusan tidak terlalu tinggi), ada yang menemui cinta sejati dan berakhir dengan perkahwinan membahagiakan. Bagi yang melalui detik indah, pastinya sembang di internet itu menjadi kenangan manis dalam perhubungan antara dua insan bercinta. SA pernah jumpa pasangan yang bertemu di alam siber dan kekal bahagia sampai sekarang. Apapun tidak salah mengambil langkah berjaga- jaga sedari awal. Beringat sebelum kena bukan menyesal sesudah terkena


Untuk mengelak daripada terkena, SA share panduan berikut yang mungkin boleh dijadikan peringatan kita bersama
Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemu dengannya.Gunakan e-mel atau laman sembang untuk berkomunikasi, Jangan mudah memberi nombor telefon kerana anda belum mengenali rakan siber anda itu.Cuba bertanya soalan yang boleh membantu anda mengenalinya sama ada dia pasangan yang dicari-cariTanya soalan sebanyak mungkin sehingga anda benar- benar mengenali personaliti seseorang ituSentiasa simpan maklumat yang diberitahu pasangan baru anda itu mengenai dirinya. Pastikan maklumat itu tidak berubah apabila anda bertanya mengenainya pada waktu yang lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap jujur atau sebaliknya.Kebiasaanya ada 2 golongan dalam masyarakat internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti dan lazimnya mereka mempunyai niat tertentu. Golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura- pura.Jangan mudah percaya pada sesiapa saja walaupun orang yang anda hubungi melalui internet kelihatan benar- benar memahami diri anda. Ini kerana masih ramai orang yang berpura- pura di internet.Jangan menganggap sembang di internet terlalu serius kerana ia hanya tempat mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk betul- betul mengenali pasangan andaAnda boleh berkongsi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.Berhati- hati jika individu itu mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.
TIPS UNTUK BERJUMPA KALI PERTAMAAnda hanya perlu berjumpa si dia selepas pasti dia adalah orang yang anda cari dan minati, Jika tidak, terus sahaja menjadi rakan siber.Bertemu di tempat awam dan bawa rakan - rakan anda sekali. Jangan sesekali pergi seorang diri.Pastikan makanan dan minuman dinikmati bersama nya selamat. Jangan sesekali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan diatas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiadaApabila bertemu , orang yang anda jumpa adalah orang yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh bertanyakan soalan biasa anda berbual di internetJika anda rasa sesuatu yang tidak kena,elakkan perjumpaan itu segera.
Gambar sumber google.com
TIPS UNTUK PERTEMUAN SETERUSNYATeruskan perasaan was- was terhadap orang yang anda temui.Teruskan langkah berjaga- jaga seperti perjumpaan pertamaDapatkan maklumat tempat tinggal atau kerja.ini penting untuk memudahkan anda mencarinya sekiranya berlaku sesuatu.Anda perlu mengenalnya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan kepribadiannya.
gambar sumber google.com
Itulah sedikit sebanyak perkongsian SA untuk hari ini. Anak- anak gadis atau sesiapa sahaja diluar sana...berhati- hati. Zaman sekarang situasi tidak selamat.. Walau dimana anda berada. Sematkan dalam hati dan fikiran untuk tidak mempercayai sesiapa sahaja. Elakkan dari menjadi mangsa. Sama- sama kita menjaga batas pergaulan. Menjaga nama baik ibu bapa dan yang penting menjaga keselamatan diri kita sendiri. Tiada orang lain yang akan menjaga diri kita kecuali diri kita sendiri. Jangan sesekali terjebak perangkap cinta zaman remaja. SA bercakap berdasarkan pengalaman, pembacaan dan apa yang SA nampak. SA sendiri ada anak dara yang semakin meningkat remaja. Diusia ini remaja akan lebih suka memberontak. Sebab itu SA buat entry ini..Buat ibu- ibu diluar sana. Jangan ambil mudah pergaulan anak gadis atau anak lelaki anda. Jadi seorang kawan kepada anak kita sendiri. Luangkan masa untuk berkongsi apa sahaja masalah dan cerita. Insyaallah..kita mampu menjaga anak kita sebaiknya...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2018/10/jerat-cinta-internet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Hidayah Perlu Lindungi Anak Di Internet Timbalan Menteri

Nurul Hidayah Perlu Lindungi Anak Di Internet Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 266 hits
Nurul Hidayah perlu lindungi anak di internet timbalan menteri Selepas nbsp video cucu Zahid Hamidi nbsp memberi amaran nbsp sambil memakai tshirt mirip pakaian lokap SPRM
Netflix Guna Paling Banyak Data Internet

Netflix Guna Paling Banyak Data Internet

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 321 hits
Satu hasil kajian terkini tentang penggunaan internet mendapati penggunaan data untuk perkongsian fail meningkat di seluruh dunia Peningkatan berlaku sebanyak 22 peratus di seluruh dunia dengan peningkatan 31 peratus di Eropah dan Asia Bara...
Internet Yang Perlahan Sedikit Disebabkan Oleh Kabel Dasar Laut Rosak Bertahan Sampai 20 Hari Lagi

Internet Yang Perlahan Sedikit Disebabkan Oleh Kabel Dasar Laut Rosak Bertahan Sampai 20 Hari Lagi

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 338 hits
jika anda berada di Asia Tenggara khususnya Malaysia Singapura Thailand Brunei Vietnam Hong Kong Guam dan Filipina maka anda mungkin mendapat kelajuan internet suram sekarang Ini kerana satu kabel dasar laut internet utama yang dikenali seb...
5 Cara Betul Dedahkan Anak Pada Internet

5 Cara Betul Dedahkan Anak Pada Internet

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 519 hits
Kehadiran Internet telah banyak mengubah kehidupan manusia Percaya atau tidak pada masa dulu masyarakat hanya bergantung kepada perkhidmatan pos radio televisyen dan terbitan bercetak Kini segalanya berada di hujung jari anda daripada membe...
Cara Check Baki Data Internet Celcom

Cara Check Baki Data Internet Celcom

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 375 hits
Sekarang ni ramai orang yang pakai hengpong canggih canggih kan tapi kalau hengpong canggih pun takat nak guna sms call tangkap gambar dan dengar lagu je apa barang baik pakai tiga tiga sekupang je haha Satu yang perlu ada bagi pengguna gad...
Gadis Cantik 16 Tahun Yang Amat Terkenal Di Internet

Gadis Cantik 16 Tahun Yang Amat Terkenal Di Internet

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 589 hits
Model Taiwan bernama Lan Fenghuang yang juga dikenal sebagai Mia ini merupakan Cosplay Mai Shiranui yang terbaru dan kecomelan gadis ini membuatkan gambar gambarnya bagai virus di Cina Taiwan dan Jepun Tubuhnya yang seksi dan dewasa menjadi...
Signal Masalah Modem Router Wifi Internet

Signal Masalah Modem Router Wifi Internet

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 506 hits
Memang masalah bila talian wifi internet tiada Sama ada Streamyx unifi atau zoom yes signal pada modem anda menjadi petunjuk kerosakkan yang anda alami Jika tiada talian internet jangan This is a content summary only Visit my website for fu...
Langgani Pek Jasa Unifi Mobile Rm57 Untuk Internet Call Tanpa Had Dan Unifi 30mbps Hanya Rm79

Langgani Pek Jasa Unifi Mobile Rm57 Untuk Internet Call Tanpa Had Dan Unifi 30mbps Hanya Rm79

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 653 hits
PEK JASA adalah hasil MOU atau usahasama antara NUTP dengan TM1 Seperti yang kita tahu NUTP telah banyak mengusahakan pelbagai perkara untuk memperjuangkan hak hak guru serta nasib para pendidik di negara kita NUTP juga banyak membantu guru...
Bila Cinta Di Uji

Bila Cinta Di Uji

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 322 hits
BILA CINTA DI UJIHari ini bersama titisan hujan Basah membasahi bumi Bersama kesuraman wajah pagiBermelodi sayu dalam alunan luka Ku berserah pada illahi Kini cintaku sedang di uji Apakah semua ini harus berakhir Ya Allah Ya Tuhanku Sungguh...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game