
Ciri tangisan dan karektor
Menangis sekitar 2 jam/24 jam.
Mudah di tenangkan. Tak perlu sebarang teknik tertentu untuk mententeramkan mereka.
Jarang menangis beria-ia. Malah ramai yang hanya merengek walau sedang benar lapar.
Tiada masalah ditinggalkan sendirian. Boleh ‘bermain’ sendiri.
Stail Tidur 
‘Sleep anywhere, anytime’ kerana kawalan pusatnya yang tinggi. Kawalan pusat ialah kebolehan beralih dari fasa berjaga ke fasa rehat. Maka mereka juga boleh sambung tidur sendiri dengan mudah jika terjaga.
Tak perlu sebarang peralatan tidur spefisik untuk terlelap. Boleh terlelap sendiri.
Ciri tangisan dan karektor
Tegang (intense)
Sangat aktik
Pengekstrak tenaga penjaga
Kerap menyusu
Mahu respon segera (menggesa)
Kerap terjaga
Sukar di puaskan
Tidak terjangkakan
Sangat sensitif
Tidak suka di letakkan
Tidak pandai menghiburkan dan menenteramkan diri sendiri
Adaptasi rendah terhadap perkara baru
Boleh bertenang dengan banyak mendukung, mendakap, menggendong, mendodoi dan sebagainya. Namun perlu teknik khas jika mahukan mereka kekal tenang bila diletakkan.Teknik meniru sensasi alam rahim paling berkesan.
Stail Tidur 
Kawalan pusat rendah bermaksud tidak tahu ‘tidur sendiri’. Perlu dibantu setiap kali.
Majoriti perlukan gabungan 2 atau 3 alat bantu tidur mirip alam rahim untuk kekal lena contohnya: bedung + bunyian white noise atau bedung + bunyian white noise + buaian, akibat adaptasi pada dunia baru yang rendah.
Ciri tangisan dan karektor
Kumpulan paling lemah adaptasi pada perkara baru
Paling banyak menangis tapi mereka SIHAT. Sekurang-kurangnya 3 jam dalam sehari dan akan berkurangan selepas usia 3 bulan. Sawan tangis(infantile colic BUKAN kembung). Mereka cuma suka nangis.
Sangat sukar di tenteramkan walau banyak mendukung dan mendakap. Sangat perlu teknik khas yang meniru alam rahim untuk boleh diam kerana cara rahim saja yang mereka kenal.
Stail Tidur 
Sangat perlu bergantung kepada KESEMUA sensasi alam rahim dan selalunya mesti BERTERUSAN sepanjang tidur: bedung + bunyian white noise ‘on’ sepanjang tidur + hayunan ‘on’ sepanjang tidur + hisapan (e.g puting untuk rileks sebelum lena) untuk sekurang-kurangnya sepanjang 3 bulan.
Tip Keibubapaan Bagi Semua Kategori
Pemahaman tentang personaliti bayi adalah untuk bantu ibubapa faham ‘jenis’ bayi yang mereka miliki serta cara berkesan mententeramkan dan membantu bayi lena. TIADA bayi yang lebih baik dari bayi yang lain.
’Baik’ dan ‘Buruk’ anak pada akhirnya, SANGAT DIPENGARUHI oleh cara ibubapa membesarkan mereka.
Bayi ‘easy going’ memang ‘sempoi’ dan mudah mesra dengan ramai orang, dalam banyak situasi. Namun terlalu ‘easy’ boleh mengundang risiko seperti gagal mengesan bahaya. Contohnya, individu yang tak patut di dekati atau terlalu mudah beralah kerana enggan mencetus pergaduhan. Sebahagian ibubapa terkurang beri perhatian kepada anak ‘easy’ lantaran kurangnya mereka meragam dan pandai pula ‘buat hal’ sendiri. Ini boleh memberi kesan jika berpanjangan di mana anak boleh merasa kurang di beri perhatian, memendam rasa, tidak mahir menonjolkan diri, menyuarakan pendapat dan menuntut kemahuan.
Bayi high demand dan colic memang ‘menyusahkan’. Ini kerana mereka sangat tahu apa yang mereka mahukan dan tidak akan berhenti menuntut apa yang mereka mahu. Mereka sangat vokal memberitahu apa yang mereka suka dan tak suka. Maka ibubapa boleh memilih untuk menjadi a) ibubapa yang tidak sensitif, dingin dan bermusuhan dengan anak atau b) sensitif, empati dan positif.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |