Jenis Tak Boleh Terima Kenyataan Ni Payahhhh



Dakwaan Ketua Polis Negara (IGP) bahawa penyalahgunaan dadah di negara ini kini pada tahap kritikal dan bakal menjadi setaraf negara Colombia dipertikaikan oleh Pengarah Pusat Pengajian Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS), Dr Rusdi Abd Rashid.

Kata Rusdi, setakat ini, tiada kajian berkaitan 'prevalen' dadah melibatkan seluruh negara sebagai rujukan untuk mengatakan wujud peningkatan atau penurunan terhadap penggunaan dadah.

'Prevalen' merujuk kepada bahagian daripada populasi masyarakat yang mempunyai satu karakteristik spesifik (dalam kes ini, menggunakan dadah) pada satu-satu masa.

“Saya sebenarnya tak pasti apa maksud IGP masalah dadah makin kritikal. Dari mana sumbernya? Adakah mana-mana kajian prevalen telah dibuat oleh pihak polis?

“Atau hanya berpandukan jumlah tangkapan yang bergantung serbuan dadah? Lebih banyak operasi maka lebihlah tangkapannya. (Kalau begini) Ini tak bermakna lebih (meningkatnya) masalah dadah.

“[...] AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) hanya berpandukan jumlah tangkapan dan tiada data sahih tentang peningkatan penagih sebenarnya. IGP mungkin merujuk kepada AADK semata-mata,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kata Rusdi, mengikut pengamatannya, prevalen dadah heroin telah menurun dengan ketara kerana kewujudan ubat metadon yang sangat berkesan mencegah relaps (jebakan-semula), manakala prevalen dadah stimulan pula semakin meningkat.

Dadah stimulan ialah dadah perangsang yang digunakan untuk merangsang aktiviti sistem saraf pusat seperti amfetamin, methamphetamine (syabu), kokain, dan methylenedioxy-methamphetamine (MDMA - seperti pil Ecstasy).


“Itu sebabnya banyak pusat serenti atau Puspen (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik) sudah kurang penghuninya dan ada yang telah ditutup, cuma berlaku sedikit penambahan penagih stimulan yang kini baru diletakkan bawah Akta Dadah Berbahaya sejak beberapa tahun lalu,” katanya lagi.

Semalam, IGP, Abdul Hamid Bador turut menjelaskan Jabatan Narkotik Polis melakukan banyak serbuan selain bekerjasama dengan negara jiran bagi menangani gejala dadah, termasuk serbuan ke atas anggota polis sendiri.

Katanya, sejak Januari, 30 anggota polis ditahan kerana menagih metamfetamina.

Bagaimanapun, kata Hamid, serbuan sahaja tidak memadai, sebaliknya memerlukan memerlukan pendekatan holistik. Beliau turut berharap kerajaan memberi sesuatu yang “lebih tajam” kepada pihak polis dalam menangani isu tersebut.

Dekriminalisasi tak kurangkan masalah

Akhir bulan lalu, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan kerajaan merancang untuk menjadikan isu pemilikan dan penggunaan dadah dalam kuantiti kecil sebagai bukan lagi kesalahan jenayah (dekriminalisasi).

Dekriminalisasi itu membuatkan penagih dadah bakal dianggap sebagai pesakit dan bukannya penjenayah, dan mereka akan dirawat melalalui kaedah sains dan perubatan sebelum menggunakan pendekatan menghukuman dan penahanan.

Dengan dekriminalisasi itu, hukuman jenayah kerana memiliki dan menggunakan dadah dengan kuantiti kecil untuk kegunaan peribadi akan dihapuskan. Bagaimanapun, pengedaran dadah kekal sebagai kesalahan jenayah.

Mengulas mengenai hal itu, pakar kriminologi dan psikologi Universiti Sains Malaysia (USM), PM Dr Geshina Ayu Mat Saat berpendapat dekriminalisasi dadah tidak akan dapat mengurangkan masalah penagihan dadah di negara ini.


“Memanglah akan mengurangkan statistik, kerana ia (pengambilan dadah secara kecil) bukan lagi menjadi satu jenayah. (Tapi) Implikasi yang lebih besar perlu diambil kira.

“ … Tiada kawalan keselamatan orang sekeliling kerana isu khayal (akibat) rawatan sendiri (menggunakan dadah) mungkin membahayakan orang lain seperti memandu atau membuat jenayah di bawah pengaruh dadah.

“Bunuh diri kerana terlebih dos juga bukan lagi isu kerana (terpulang) pada pemantauan sendiri, dan dadah menjadi pilihan utama sebagai jalan menyelesaikan masalah, stres, kesakitan, dan lain-lain,” katanya.

“Dekriminalisasi dadah mungkin dijadikan alasan untuk mendekriminalisasi aktiviti jenayah dan projenayah lain yang berkaitan dengan penggunaan dadah,” katanya lagi.

Biarpun menjelaskan pengambilan dadah adalah aktiviti menjahanamkan dan mensabotaj diri sendiri yang dilakukan dengan sengaja dan berniat, Geshina mengakui ia disebabkan proses yang begitu kompleks, seperti dalam kes pemangsaan jenayah.

Malangnya, kata Geshina, Malaysia masih kekurangan pakar yang mampu menangani isu-isu yang kompleks ini seperti dalam bidang pengurusan trauma, pemulihan, terapi kekeluargaan, dan victimology (kajian tentang pemangsaan).

Tak selesai jika terus dianggap sebagai penjenayah

Berbeza pandangan dengan Geshina, Rusdi yang menyokong dekriminalisasi dadah menganggap isu dadah tidak akan selesai sekiranya penagih terus dianggap sebagai penjenayah, namun ia boleh diselesaikan “ke tahap tertentu” jika mereka dianggap sebagai pesakit.

“Penagihan dadah adalah satu penyakit kronik, sama seperti penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis dah selesai ke? Tidak, dan tak akan selesai.

“Tap kita boleh cegah komplikasi. Boleh cegah buang pinggang rosak, cegah saraf rosak, cegah potong kaki. Bagaimana? Makan ubat, cucuk insulin, amalkan diet kurang gula, gaya hidup sihat,” katanya.

Ulasnya, penagihan dadah juga perlu melalui rawatan dan mencegah komplikasi lebih buruk tanpa perlu melalui pengasingan atau pemenjaraan.

“Kita buat penilaian untuk ubat metadon jika pengguna heroin yang teruk, pengguna metamfetamina kita bagi Naltrexone, Methylphenidate, antipsikotik, antidepresen, dan sebagainya.

“Bagi pengguna alkohol kita buat penyahtoksinan dengan benzodiazepine bertindak-jangka-panjang (long acting), dan beri mereka agen antiketagihan (anti craving), seterusnya kaunseling untuk mencegah relaps,” terangnya lagi.

“Semua ini kita buat secara pesakit luar dan mereka boleh sambung bekerja atau belajar. Tak perlu dipisahkan dari keluarga selama dua tahun … tak sampai sebulan balik ke sarang dadah dan akhirnya mencuri sebab tiada kerja.

“(Nak kerja) tak boleh dapat kerja sebab nama ada rekod jenayah,” katanya.

MK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/07/jenis-tak-boleh-terima-kenyataan-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Buat Dna Test Terkesan Kenyataan Peguam Tuanku Ini Permintaan Rihana Oksana

Boleh Buat Dna Test Terkesan Kenyataan Peguam Tuanku Ini Permintaan Rihana Oksana

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 575 hits
Kemeluut isu pencer4ian Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko nampaknya makin memuncak Kalau terdahulu peguam Sultan Muhammad V ada mengeluarkan kenyataan berkaitan pencer4ian tersebut yang menyatakan b...
Perjalanan Tanpa Passport Boleh Menjadi Kenyataan

Perjalanan Tanpa Passport Boleh Menjadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 236 hits
Untuk anda yang selalu travel pernah tak terfikir suatu hari nanti akan jadi lebih mudah kembar keluar negara perjalanan tanpa Passport Ya Perjalanan tanpa passport boleh menjadi kenyataan jika beberapa ciri keselamatan lain dipertingkatkan...
Kereta Elektrik Hiper Lotus Evija Boleh Dicas Dalam Masa Hanya 9 Minit

Kereta Elektrik Hiper Lotus Evija Boleh Dicas Dalam Masa Hanya 9 Minit

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 375 hits
Kereta elektrik ialah masa hadapan dunia automotif kerana ia kurang mencemarkan udara berbanding kereta berenjin bahan api fosil Malahan Volvo sudah menyasarkan hanya kenderaan elektrik akan dihasilkan selepas 2045 Lotus ialah nama besar da...
Selagi Belum Dibuktikan Bersalah Mereka Boleh Cuti Atau Teruskan Tugas

Selagi Belum Dibuktikan Bersalah Mereka Boleh Cuti Atau Teruskan Tugas

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada mana mana pemimpin untuk bercuti atau meneruskan tugas selagi belum dibuktikan bersalah Ya anda boleh ambil cuti atau teruskan Anda tidak bersalah sehingga dibukt...
Boleh Meluncur 4kaki Saat Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker Bahaya

Boleh Meluncur 4kaki Saat Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker Bahaya

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 318 hits
Mungkin ramai yang menggunakan baby walker untuk meletakkan bayi sebentar Malah ada yang menjadikannya pengganti kehadiran ibu bapa untuk menenangkan bayi hingga terbiasa sebagai rutin bagi bayi menggunakan walker Awas lambat laun boleh men...
Pelik Tapi Boleh Seekor Ikan Boleh Masak Dua Menu Yang Sungguh Sedap Dalam 1 Hidangan

Pelik Tapi Boleh Seekor Ikan Boleh Masak Dua Menu Yang Sungguh Sedap Dalam 1 Hidangan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 776 hits
Korang suka menu masakan cina terutamanya ikan korang wajib cuba menu yang Chef S Patrick Eg Ekskutif Chef dari Tung Yuen Restaurant Bluewave yang sudi berkongsi resipi istimewa Ikan Kerapu Dua Rasa Buny macam pelik satu ikan dimasak dengan...
Pandai Tawar Boleh Kurang

Pandai Tawar Boleh Kurang

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 172 hits
MAKKAH Sebut Pasar Jaafaria atau Jaafaria Souq tidak semua jemaah haji yang tahu kerana keutamaan mereka ketika ini adalah mengerjakan haji dan mungkin selepas menyelesaikan rukun Islam kelima itu baru hendak berfikir bagi membeli belah Ber...
Azmin Boleh Ambil Cuti Atau Teruskan Kerja Kata Dr M

Azmin Boleh Ambil Cuti Atau Teruskan Kerja Kata Dr M

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Azmin Ali boleh mengambil cuti atau meneruskan kerjanya selepas pemimpin PKR menggesa mana mana pemimpin yang terpalit dengan tuduhan salah laku bercuti sementara sehingga siasatan se...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today