Jenis Rezeki Yang Disebut Dalam Al Quran
Rezeki adalah segala bentuk yang dikurniakan Allah untuk keperluan rohani dan jasmani makhluk-Nya. Terdapat bentuk rezeki yang dinyatakan di dalam al-Quran.
- Rezeki yang telah dijamin“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.” (Surah Hud, ayat 6)
- Rezeki kerana usaha“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.” (Surah An-Najm, ayat 39)
- Rezeki kerana bersyukur“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Surah Ibrahim, auat 7)
- Rezeki tidak terduga“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (Surah At-Thalaq, ayat 2-3)
- Rezeki kerana istighfar“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta.” (Surah Nuh, ayat 10-11)
- Rezeki kerana bernikah“Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNya.” (Surah An-Nur, ayat 32)
- Rezeki kerana anak“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’, ayat 31)
- Rezeki kerana sedekah“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah, ayat 245)
Mudah-mudahan semoga bertambah rezeki untuk kita semua. Aamin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://biroteguhnegara.blogspot.com/2022/03/vfe.html