Jenis Pasir Kucing Yang Wajib Catlovers Tahu


Bila jadi 'penternak' kucing ni, memang kena invest duit la kat depa. Biaq hang pun cukup-cukup makan je. Depa kan 'majikan' hang walaupun takde bagi hasil cuma ada kecomelan yang bisa mencairkan hang je. 🥴
Selain makanan, ubat/vitamin, dan segala mak nenek keperluan depa yang lain, PASIR KUMBAHAN untuk depa salah satu paling penting sekali okay. Demi kesejahteraan hidung manusia sejagat di rumah dan juga jiran-jiran. Takkan sebab taik depa hang nak bermasam muka dengan orang sekeliling pulak kan

Dah banyak jenis pasir yang aku cuba. So, artikel ni aku nak review sikit la setiap jenis pasir tersebut. Mungkin boleh jadi panduan buat yang masih confuse lagi nak pilih pasir jenis apa untuk kegunaan anak-anak bulus memasing. 

Kenapa Pasir Kucing Penting? Sebelum aku review, nak kongsi jugak la pendapat dengan pembaca pasal sebab musabab penggunaan pasir kucing ni. Bukan takde orang mempertikaikan 'penternak' kucing yang guna pasir kucing. Pasaipa yang tak ajar kucing tu berak kat tandas? Takpun kenapa tak lepas je biaq dia pi cari sendiri nak berak kat mana-mana kawasan yang ada pasir dan tanah. 
Kadang meluat tau bila terbaca persoalan ni dari yang terpaling terer konon bela kucing. Kalau betoi hang terer la bela kucing kan, hang mesti faham nature depa yang bukan reti bahasa sangat tu. Kalau biaq depa pi cari sendiri 'jamban', satgi depa sesuka hati ja berak kat rumah jiran. Dah tak memasal dapat dosa free pi bergaduh dengan jiran. 
Part nak ajar berak kat jamban rumah tu, memang la boleh kalau latih dari kecik. Masalahnya ahli keluarga hang yang lain okay ke nak share dengan bebudak bulus tu? Kalau okay takde masalah. Kalau yang tak okay sebab geli atau sensitif, kan dah tak pepasal dengan ahli keluarga pulak duk masam muka

Bagi aku sendiri, kita kena ada toleransi bab ni. First sekali yang nak sangat bela kucing tu kita sendiri kan? Ahli keluarga kita setuju kita bela bukan bermakna depa pun akan ambil kisah bab jagaan kebersihan bebudak bulus tu. Kita yang bertanggungjawab tentang hal tu

Macam aku sendiri walaupun stay kat rumah kampung yang ada tanah, aku masih guna pasir kucing untuk anak-anak bulus melepaskan hajat depa. Aku juga yang bersihkan jamban depa tu setiap hari. Sebab yang nak bela kucing tu aku. Mujur la mertua tak kisah. Alhamdulillah

Lagi satu, selalunya yang guna pasir kucing ni bela kucing indoor. Mungkin sebab tinggal di rumah 'atas langit' atau kucing stay dalam 'rumah khas'. Bukan jenis kucing yang dilepaskan sesuka hati. Jadi, pasir kucing memang sangat penting dan diperlukan. Bela kucing indoor ni begitulah pelaburannya ye. Berak kencing pun mahal nak mampos pasir. Dah la kita yang kena bersihkan pulak tu jamban depa tu. Takde upah. Haaa..begitulah. 
Review 6 Jenis Pasir KucingSo, we back to the topic. Aku dah cuba macam-macam jenis pasir kumbahan yang ada di pasaran. Dari yang harga marhaen sampai la harga mahai nak mampuih. Pasir kucing yang aku dah pernah guna :✅ Bentonite Clay (Beads kasar bulat-bulat warna putih) ✅ Bentonite Charcoal (Beads halus warna hitam) ✅ Crystal✅ Baking Soda✅ Tofu (Beads jenis flakes)✅ Tofu (Beads bentuk silender panjang-panjang)
Meh aku review setiap jenis pasir kucing yang aku pernah guna ni. Bagi korang yang baru nak berjinak-jinak bela kucing, mungkin boleh dapat sikit panduan dari artikel aku ni. Harapnya begitulah

Bentonite Clay (Beads kasar bulat-bulat warna putih)Pasir jenis ni yang paling kerap la aku guna. Dah bermacam-macam jenama. Dari yang harga murah sampai yang sedikit mahal. Tapi still mesra poket harganya dari jenis pasir kucing yang lain

Sekarang pun memang aku stick dengan bentonite kasar warna putih ni. Bukan berkira, tapi sedar keadaan poket sendiri. Hihi. 
Ada dua jenama yang aku suka pasir jenis ni. Jenama Care Cat dengan Catsome. Setakat ni yang 2 ni senang urus. Tak berdebu sangat dan yang penting dia punya clumping tu memang betul-betul clumping. 👍
Ada macam-macam wangian pasirnya. Yang Care Cat tu bau apple paling best. Catsome pulak lemon. Setakat ni takde masalah bau hasil kumbahan bebudak bulus 5 ekor tu bila guna pasir ni. Dan memang bersih la istana depa tu. Sebulan aku akan guna dalam 2-3 paket yang 10liter tu

Kadang aku beli guni yang besar terus. 20kg ni tahan la sebulan.
Bentonite Charcoal (Beads halus warna hitam)Bentonite yang ni beads dia halus macam pasir sungai real. Warna hitam mungkin sebab ada campuran charcoal (arang). Pernah guna pasir jenis ni. Konon nak tukar 'selera'. Tapi itulah, tak ngam dengan aku walaupun agak premium la pasir jenis ni. Mahai weh. Hahaha

Aku tak berapa suka sebab masa bersihkan tu rasa macam banyak yang kena kaut buang. Ke sebab aku yang tak pandai eh sebab tak biasa guna? Entah. Tapi clumping pada aku tak berapa nak bergumpal elok sangat sebab dia macam real pasir. Penyerapan bau okay la sebab arang kan

Pendek kata tak serasi dengan aku. Jadi memang aku terus reject la pasir jenis ni. Dah la harganya paling mahal setakat ni. Premium la katakan. Tercekikkk. 😂 So, aku dah tak guna pasir jenis yang ini. Tapi kalau korang nak cuba, boleh je beli jenama Tornado Super Premium Charcoal. Mana tahu kot korang serasi guna jenis ni. Jenama lain setakat ni aku tak jumpa lagi yang macam ni

Nampak tak beads dia halus macam pasir sungai? Aku tak ngam guna jenis ni.
CrystalCrystal ni kelebihan dia bersih tak berdebu. Cuma tak mesra kaki kucing je la kot. Macam batu kan. Keras sikit. Bau busuk hasil kumbahan pun takde. Okay la juga penyerapan bau nya tu. Lagi satu dia takde clumping. Najis akan kering sebab jenis pasir ni dia serap cecair dari najis. Lepas tu pasir yang kena air kencing dan air najis tu akan jadi debu. 
Tapi harga dia pun sama macam bentonite halus, tercekik betoi. Lagi satu kena tengok jenama jugak. Jenama terbaik memang paling bagus

Ada yang kata menjimatkan sebab boleh basuh, keringkan dan guna semula. Tapi sebenarnya tak best buat camtu. Aku dah try. Penyerapan dia dari segi bau dan air kencing tu jadi tak efisien dah. Pastu macam ada putih-putih nampak macam ulat nasi tu je bila kita basuh banyak kali. Gelis pulak guwe. Hahaha. 
Kesimpulannya, takyah nak recycle sangat eh. Gantikan je yang baru kalau dah tak okay condition pasirnya walaupun nampak macam masih boleh guna bila basuh. Sebab memang kualiti dia takkan macam yang baru dah bila kita recyle berkali-kali

Dua jenama yang aku pernah guna. Dua-dua terbaik.
Cindy & Friends Crystal Litter 
Suck't Crystal Cat Litter

Ni aku basuh dan jemur pasir crystal tu. Sumpah dah tak best bila recycle.
Baking SodaPasir kucing jenis baking soda ni bentuk dia sama macam yang bentonite clay beads kasar tu. Best yang ni. Clumping dia memang comei sungguh. Kira bila bersihkan tu, pasir lain memang tak terjejas. Bersih elok. 
Memang takda langsung okay pencemaran bau hasil kumbahan bebudak bulus tu. Power betul serapan bau pasir ni. Aku suka yang ni. Korang boleh cuba jenama : Alpha Premium. Guni besar tau, 30L/20kg. Jimat sangat. Harga pun berbaloi. 

Tofu (Beads jenis flakes)Aku tak jumpa pulak gambarnya dalam simpanan galeri nak kongsi dengan korang. Terlupa nak snap kot. Tapi bentuk dia macam habuk kayu yang nipis-nipis tu. Pasir kucing jenis tofu ni lebih mesra alam. Senang nak buang. 
Tapi yang jenis ni sebab dia nipis macam habuk kayu yang hamster tu, dia macam cepat lembik bila kena air. Kalau kucing kencing banyak, macam tak berapa nak clumping elok. Secara peribadi, tak berapa best jugak yang ni untuk aku la. Jadi sekali tu je aku guna. Nak suggest kat korang untuk cuba sendiri pun aku tak jumpa pulak kat kedai oren tu sebab aku beli kat petshop. 
Tofu (Beads bentuk silinder panjang-panjang)Kalau aku balik kampung, aku memang akan guna pasir jenis ni. Sebabnya opkoz la tak berdebu. Jadi bila tinggal bebudak tu 5 hari tanpa pantauan, takde la kotor sangat rumah depa tu. Bau kurang enak pun langsung takde. Clumping pun okay. Memang recommended. 
Bawah ni video aku pernah buat sebab puas hati dengan tofu jenis ni. Aku guna jenama Simply Meow. Sumpah best. Cuma dia dalam packaging comel je. Kena beli at least 5 bungkus untuk 5 ekor kucing. Boleh biar 7 hari tanpa pantauan. Kalau hari-hari pantau dan bersihkan, mungkin boleh guna dalam tempoh yang lama. Jimat dah kat situ. 



Pasir Jenis Mana Yang Terbaik?Sebenarnya semua jenis pun ikut atas kita jugak yang memilih. Sebab yang nak handle tu pun bukan kucing tu sendiri. Kita ni ha yang kena jadi bibik bersihkan jamban depa. Hahaha. 
Tak payah nak ikut 'taste' orang. Orang hanya boleh cadangkan je. Selalunya yang mana depa best guna, yang itu la depa puji kata terbaik. Tak semestinya 'kena' dengan kita pulak. Cuba dulu semua jenis kalau nak tahu yang mana korang paling serasi dan mudah nak handle

Sedikit panduan untuk korang buat pilihan kalau malas nak try and error semua jenis pasir yang ada. Ciri-ciri pasir kucing yang bagus ialah:- Penyerapan bau tip top- Clumping cantik / mudah nak diuruskan
Harga memang ikut jenama la. Yang well known 'keras' sikit harganya

Macam aku, pilihan terbaik setakat ni yang aku serasi ialah bentonite kasar (clay), pasir baking soda dan juga tofu jenis silinder tu. Cuma kena pilih jenama yang terbaik jugak la. Bergantung atas kapasiti poket sendiri okay? 
Bela kucing ni itulah pelaburannya. Makanan pun harga kayangan. Kita beras 10kg tak sampai RM50. Depa punya kibbles 10kg dah RM70++ paling murah. Belum wetfood, ubat, vitamin, sabun, rawatan kat vet dan macam-macam la. Arghhh. Nasib la sayang. Sebab tu sanggup kena kikis. Beginilah nasib bibik kepada anak bulus. Kannn? 😌

Kesayangan aku.
Peringatan Untuk Pencinta KucingNak bela kucing ni KEBERSIHAN tu paling kena jaga. Memang WAJIB rajin. Ajar la kucing hangpa tu membuang dengan tertib. Nak jimat boleh ajar depa berak kencing kat tandas dari depa kecik lagi. Kalau taknak berkongsi tandas dengan depa, sediakan 'tandas' khas untuk depa

JANGAN lepaskan sesuka hati biaq depa pi berak kencing merata kat rumah jiran-jiran. Tak baik tau. Tu kira menyakiti hati orang lain. Tak memasal bebudak bulus tu kena sumpah seranah. Jiran dapat dosa free. Hangpa pun berdosa juga sebab ada akai tapi tak reti guna. 😌

Bisik-bisik :: Dah berpuluh tahun aku jadi mak kucing tau. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2024/03/jenis-pasir-untuk-kucing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sporo Kucing Punca Gejala Rawatan Cara Mengatasi

Sporo Kucing Punca Gejala Rawatan Cara Mengatasi

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 212 hits
Apakah yang dimaksudkan dengan sporo kucing dan simptom awal yang boleh anda temukan dari kucing kesayangan anda Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah penyakit sporo kucing berserta cara rawatannya B...
Kim Soohyun Kim Jiwon Kwak Dongyeon Pelakon Lain Kongsi Sebab Wajib Layan Queen Of Tears

Kim Soohyun Kim Jiwon Kwak Dongyeon Pelakon Lain Kongsi Sebab Wajib Layan Queen Of Tears

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 179 hits
Akhirnya Queen Of Tears sudah pun memulakan tayangan di Netflix bermula kelmarin ARTIKEL BERKAITAN Dalam satu sidang media rasmi bersama wartawan APAC termasuk KimchiDaily para pelakon utama iaitu Kim Soo hyun Kim Ji won Park Sung hoon Kwak...
Amputated Cat Leg Potong Kaki Kucing

Amputated Cat Leg Potong Kaki Kucing

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 146 hits
Kucing Baru Mama Yan yang diceritakan dalam entry Kaki belakang sebelah kirinya terpaksa dipotong kerana cedera Mama Yan ralat sangat sangat sangat MY balik kampung Tengok tengok masa balik rumah Kaki dia dah bengkak Puas dah MY cari punca ...
Pertolongan Pertama Jika Disengat Ulat Kucing Yang Disebut Sangat Beracun Dan Mematikan

Pertolongan Pertama Jika Disengat Ulat Kucing Yang Disebut Sangat Beracun Dan Mematikan

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 114 hits
Media sosial tengah dihebohkan dengan kabar ulat kucing Ulat bulu ini disebut sebut sangat beracun dan mematikan
Dua Warga Jonggol Tewas Saat Bersihkan Sumur Dari Bangkai Kucing Diduga Keracunan Gas

Dua Warga Jonggol Tewas Saat Bersihkan Sumur Dari Bangkai Kucing Diduga Keracunan Gas

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 154 hits
Dua Warga Jonggol Tewas saat Bersihkan Sumur dari Bangkai Kucing Diduga Keracunan Gas
Kucing Tangkap Kelawar

Kucing Tangkap Kelawar

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 140 hits
AssalamualaikumHai Semua apa khabar Kisah si Tabby kucing LM korang tau tak beberapa hari lepas dia angkut kelawar depan pintu rumah Bila buka pintu ternampak banyak tompokan darah Terjerit la juga darah siapa ni Bila tengok muka dia ingatk...
Buasir Otak Tv Negeri Apa Suka Kucing Be Like

Buasir Otak Tv Negeri Apa Suka Kucing Be Like

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 255 hits
Bila budak tanya teka teki negeri apa suka kucing Jom tonton animasi ini
Darah Nifas Maksud Tempoh Bila Perlu Mandi Wajib

Darah Nifas Maksud Tempoh Bila Perlu Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 266 hits
Apa Itu Darah Nifas Darah nifas adalah darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan bayi Ia biasanya berlaku dalam tempoh selepas bersalin Dalam perubatan darah nifas dipanggil lochia Selepas uri placenta keluar dari rahim akan ad...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti