Jenis Jenis Hantu Dan Nama Nama Hantu
Setuju atau tidak dalam masyarakat melayu HANTU ini tidak dapat dipisahkan. Makhluk ini sememang wujud di atas jelmaan syaitan atau jin. Bila mereka menjelma atau merupa akan sesuatu objek atau imej maka disana akan lahir akan nama-nama hantu tersebut. Umum mungkin kita sekadar mengetahui nama hantu kubur, pocong, toyol, pontianak dan sebagainya. Siapa berani kata tiada hantu? Hantu juga adalah makhluk Allah. Namun jenis dan nama-nama hantu ini tidak kurang ada beratus jenis lagi. Jom kita lihat nama dan jenis-jenis hantu tersebut.
Pontianak, Puntianak, Kuntilanak
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.
Hantu Polong
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, lelaki atau perempuan, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh.
Hantu Toyol
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu adalah seorang budak kecil berwarna hijau, kemungkinannya dari golongan jin, syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri
Hantu Pelesit
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus meyerupai belalng warna coklat, menurut kepercayan orang melayu ianya hantu yang dipelihara bagi tujuan sebagai pelaris dan pemanis juga sebagai pengacau dan pengkhainat
Hantu Air, Hantu Laut
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Rupanya seakan bayang-bayang hitam dipermukaan air. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya
Hantu HutanMerujuk hantu yang berkeliaran didalam hutan dan mengacau mereka yang memasuki hutan. kebiasaanya akan terlihat diwaktu malam sahaja dengan mata merah besar menyala.
Hantu Raya
Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat, juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
Hantu Kopek atau Bebek
Hantu yang paling ditakuti budak-budak dikatakan hantu jenis ini mampu menyorok mangsanya.
Hantu kubur, Pocong dan Bungkus
Hantu ini juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
Hantu Langsuir
Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.
Hantu Penanggal
Hantu yang merupai bebola api yang mencari uri perempuan bersalin.
Hantu Bajang, Kundor
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu SemerpangHantu ini tidak ada imej dalam jelmaan lebih pada suara atau bunyian sahaja. Mampu mengacau dan menakut mangsanya dengan pelbagai bunyi binatang, bunyi durian gugur (kalau musim durian) dan pelbagai bunyi yang lain
Bunian
Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul makhluk bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin Islam. Pendapat kedua menyatakan mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin. Lalu disebut Orang bunian, orang bunian bukan kalangan hantu
Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia. Dikatakan juga ada sesetengah jelmaan hantu Jepun ini tanpa kepala.
Orang Minyak
Asal manusia jelmaan syaitan orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.
Hantu Bidai
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air juga mampu menyerupai tikar dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.
Sememang nama-nama hantu dan peranannya begitu banyak mungkin kita tidak mampu membaca dan menulisnya antaranya disebut hantu :
Hantu Raya
Hantu Penanggal
Hantu Bungkus
Hantu Tinggi
Hantu Air
Hantu Pari
Hantu Kubur
Hantu SiamHantu Hutan
Hantu Bajang
Hantu KundurKata orang jika kita menemui situasi dikaitkan keadaan tersebut berhantu atau 'keras'. Jika berbau wangi itu mungkin dikalangan Jin Islam. Jika busuk mungkin dikalangan Jin kafir dan syaitan.
Jika anda ada nama-nama atau dan pernanannya untuk ditambah boleh kongsikan dirungan komen. Jika ada keluangan masa Admin akan mengupdate semula jenis-jenis hantu dan nama-nama hantu ini. Terima kasih.
akuanakpahang.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/07/jenis-jenis-hantu-dan-nama-nama-hantu.html