Jenis Ikatan Dan Simpulan Serta Fungsinya
Sekiranya anda menyertai pasukan beruniform pengakap di sekolah rendah, anda pastinya telah didedahkan dengan pelbagai jenis ikatan tali dan fungsi setiap satunya.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda gemar melakukan aktiviti luar (outdoor) seperti perkhemahan dan hiking, anda juga turut akan didedahkan dan diajarkan dengan kepelbagaian jenis simpulan ini yang mempuyai fungsi dan kelebihan tersendiri.
Jika dihimpun, terdapat terlalu banyak jenis simpulan yang wujud, namun cukup sekadar anda mengingati beberapa sahaja daripadanya yang paling kerap digunakan ketika melakukan apa-apa aktiviti.
Perbezaan simpulan dan ikatan
Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.
Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana.
Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengkat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.
Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya.
Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.
Artikel berkaitan: Pengakap Sekolah: Sejarah, Uniform, Logo, Lagu, Lencana
Jenis-jenis ikatan dan simpulan
Berikut merupakan beberapa contoh dan jenis ikatan dan simpulan popular yang sering digunakan.
1. Simpulan bunga ceti

Fungsi:
Menyambung hujung tali yang tidak sama saiznya, misalnya tali perahu dan tali kapal
Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali
2. Simpulan buku sila

Fungsi:
Menyambungkan dua tali yang sama besar.
Mengikat bungkusan
Mengikat atau mematikan anduh.
3. Ikatan Simpul manuk

Fungsi:
Mengikat tali pada batang kayu atau mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh
Mengikat khemah pada tiang kayu
Memulakan ikatan pada kayu.
4. Simpulan Tindih kasih

Fungsi:
Menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang
Mengikat atau menari kayu
5. Ikatan lilit 2 simpul

Fungsi: Mengikat tali pada pancang khemah
6. Ikatan Lilit pemati biasa

Fungsi: Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang
7. Simpul himpit

Fungsi:
Untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing
Untuk menyambung dua tali yang licin
8. Simpul pulih

Fungsi:
Untuk memendekkan tali tanpa memotongnya
Untuk menguatkan tali pada tempat yang reput dan hendak putus
Untuk menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya diikat
9. Bunga geti berganda

Fungsi:
Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar
Untuk menyambung dua tali yang licin
Dua lilitan adalah lebih selamat
10. Ikatan lilit balak

Fungsi:
Untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah
Untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong
11. Lilit Taut Line

Fungsi: Untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan
12. Ikatan seraya

Fungsi: Untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang berbentuk “+”
12. Ikatan serong

Fungsi: Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang berbentuk “X”.
13. Simpulan tindih kasih ganda

Fungsi:
Menyelamat orang dan dua tanjul itu boleh diubah untuk sesuaian orang sakit, sama seperti kegunaan tindih kasih biasa
Lebih kukuh berbanding tindih kasih biasa kerana terdapatnya dua utas tali
Digunakan juga semasa kerja-kerja menyelamat
14. Ikatan belit lucut

Fungsi:
Digunakan untuk mengikat bot atau binatang
Digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali
15. Ikatan lilit pasdul

Fungsi:
Untuk membuat tangga
Untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah
16. Ikatan simpul kerusi

Fungsi: Diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni/menaiki tebing.
17. Simpulan pemati selit

Fungsi: Mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.
18. Simpulan kepala lalat

Fungsi: Untuk mengelakkan hujung tali tiga strip daripada terburai.
19. Simpulan sambat balik

Fungsi: Untuk mengelakkan hujung tai besar daripada terburai. Dimulakan dengan simpulan kepala lalat dan kemudian dianyam dan menyelit terus ke bawah.
20. Ikatan silang gunting

Fungsi:
Untuk menyambung dua batang kayu atau buluh dalam aktiviti membuat gajet dan pioneering
Dimulakan dengan ikatan manuk pada sebatang kayu kemudian belitkan tali dengan kemas
21. Ikatan lilit tindih kejap

Fungsi: Penambat tali kecil untuk menarik tali besar misalnya menarik tali kapal atau bot ke pengkalan
22. Ikatan simpul ngah

Fungsi: Membuat tanjul gelung yang kebiasaannya digunakan untuk aktivti mendaki
23. Simpulan tindih kasih air

Fungsi: Mengelakkan simpulan mengetat ataupun mudah terlucut apabila ditarik dari dalam air
24. Ikatan pengail

Fungsi: Kebiasaan digunakan untuk aktiviti lasak mendak atau abseiling / rapeiling
25. Simpulan sambat mata

Fungsi: Membuat tanjul berbentuk gelung yang kekal pada hujung tali
26. Ikatan lilit kacang / ular

Fungsi: Mengikat susunan batang kayu atau buluh untuk dijadikan lantai dan membuat meja gajet khemah
27. Ikatan silang tungku

Fungsi: Mengikat tiga atau empat batang kayu atau buluh untuk dijadikan tungku kaki tiga sebagai gajet asas khemah
28. Simpulan tapak kucing

Fungsi: Kebiasaan digunakan untuk membuat gelung pada tali supaya boleh dimasukkan takal
29. Ikatan simpul tiga

Fungsi: Digunakan untuk menghubungkan dua tali
30. Simpulan simpul serban

Fungsi: Simpulan tradisi untuk membuat wogal skaf Pengakap sedunia.
Kredit: Facebook Sahabat Pengakap
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/jenis-ikatan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jenis-ikatan