Jendela Tambah Baik Komunikasi Digital Negara Muhyiddin


Fazleensafina Landasan kepada penyediaan perkhidmatan jalur lebar menyeluruh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR  – Kerajaan membangunkan sebuah pelan infrastruktur digital dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam usaha menambah baik komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021–2025), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, pelan itu akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap.
“JENDELA akan dilaksanakan secara berfasa iaitu Fasa 1 yang bermula sekarang akan melibatkan perluasan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan berpenduduk.
“Selain itu ia juga akan mempertingkat kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25 megabait sesaat (Mbps) kepada 35 Mbps sekali gus membolehkan sebanyak 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabait,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin berkata, pelan itu juga akan melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat hingga akhir 2021 untuk pemantapan rangkaian 4G serta memperkukuhkan asas bagi rangkaian 5G.
Sementara itu, katanya Fasa 2 yang membabitkan peralihan kepada 5G akan menyusul selepas platform yang kukuh dalam Fasa 1 dapat dicapai, selaras dengan perancangan Rancangan Malaysia ke-12.
Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata, rakyat Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan menerima manfaat daripada pelaksanaan JENDELA itu.
Di Sabah, katanya 382 menara komunikasi baharu sedang dirancang untuk dibina, manakala 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia juga akan dinaik taraf di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
Selain itu, 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada juga akan dinaik taraf secara komersial oleh pemberi perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G dan 251,166 premis juga akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik, katanya.
“Turut diberi perhatian ialah rakyat Sarawak apabila 636 menara komunikasi baharu juga sedang dirancang dan 977 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf di bawah program PPS,” kata perdana menteri.
Katanya, selain itu,  49 menara baharu dan 825 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial sementara 43,013 premis akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik.
Perdana menteri menjelaskan pelan tindakan itu akan menyediakan akses kepada pengguna untuk menilai liputan dan kualiti perkhidmatan, bagi membolehkan perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudah cara supaya perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi dapat diberikan kepada pengguna pada kadar lebih segera.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, kementerian dan agensi berkaitan supaya terus memberikan kerjasama bagi menyokong aspirasi kerajaan, untuk menjadikan perkhidmatan komunikasi sebagai kemudahan asas bagi memacu negara ke arah ekonomi digital.
Muhyiddin turut memberi jaminan pelan tindakan JENDELA itu akan dipantau dengan rapi bagi memastikan pelaksanaan yang baik di seluruh negara.
“Saya percaya akan kewibawaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  bagi memastikan pembekal perkhidmatan melaksanakan JENDELA seperti yang dirancang,” katanya. -Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/jendela-tambah-baik-komunikasi-digital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Bersatu Dengan Muhyiddin Selamatkan Negara Kata Pemuda Negara

Azmin Bersatu Dengan Muhyiddin Selamatkan Negara Kata Pemuda Negara

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Langkah bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan pimpinan parti bergabung dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta Perikatan Nasional adalah untuk menyelamatkan negara Ketua Pemuda Negara Afif Bahardin berkata ia ...
Kes Kkhairuddin Muhyiddin Jaga Negara Atau Jaga Kepentingan Diri

Kes Kkhairuddin Muhyiddin Jaga Negara Atau Jaga Kepentingan Diri

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 243 hits
BILA sudah perintah negara sangkaan kita Pas parti tunggang agama semakin menyerlah Sama seperti kes Mustapha Ali dahulu Pas mencari pelbagai HELAH dan FATWA untuk menghalalkan kesalahan Khairuddin Aman Razali tidak kuarantin selepas balik ...
Baik Najib Muhyiddin Atau Anwar Tak Boleh Kukuhkan Kedaulatan Kita Kata Dr M

Baik Najib Muhyiddin Atau Anwar Tak Boleh Kukuhkan Kedaulatan Kita Kata Dr M

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 264 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad berkata baik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim atau bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh mengukuhkan kedaulatan Malaysia Dalam temu bual Youtube dengan pelajar Far...
Kerajaan Umum Jalinan Digital Negara Ingin Pertingkat Penawaran Kualiti Jalur Lebar Kepada Pengguna

Kerajaan Umum Jalinan Digital Negara Ingin Pertingkat Penawaran Kualiti Jalur Lebar Kepada Pengguna

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 373 hits
Kerajaan hari ini telah mengumumkan inisiatif dinamakan JENDELA dalam usaha untuk terus memperkukuh infrastruktur kesalinghubungan di Malaysia Seperti ramai sedia maklum dengan implementasi Perintah Kawalan Pergerakan permi
Muhyiddin Hargai Pimpinan Pas Sambut Baik Bersatu Sertai Mn

Muhyiddin Hargai Pimpinan Pas Sambut Baik Bersatu Sertai Mn

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 232 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin amat menghargai sokongan dan dukungan yang diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli Parlimen PAS kepada kerajaan Perikatan Nasional Menerusi catatan yang dimuat naik menerusi ...
Muhyiddin Kesal Sahabat Baik Tidak Bersama Dalam Kerajaan

Muhyiddin Kesal Sahabat Baik Tidak Bersama Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 254 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan kesedihan kerana Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal yang disifatkannya sebagai sahabat baik tidak bersamanya dalam memimpin kerajaan Perdana Menteri berkata dia bersama Mohd Shafie meru...
Kerajaan Cadang Tambah Baik Akta Pentadbiran Undang Undang Islam

Kerajaan Cadang Tambah Baik Akta Pentadbiran Undang Undang Islam

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 236 hits
PUTRAJAYA 3 SEPT Kerajaan bercadang membentangkan pindaan Akta Pentadbiran Undang Undang Islam 1993 pada sesi Parlimen November ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Beliau berkata antara pindaa...
Sarawak Tambah Baik Syarat Program S Mm2h Kata Menteri Negeri

Sarawak Tambah Baik Syarat Program S Mm2h Kata Menteri Negeri

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 298 hits
Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan negeri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dengan penambahbaikan syarat serta peraturan baru yang diperkenalkan program S MM2H terbuka kepada semua rakyat dari negara yang mempunyai hubungan diploma...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis