Jenayah Rasuah Bukan Untuk Dikasihani Biar Derita Dipenjara


 
Kalau Anwar Ibrahim betul habis membaca siri tulisan almarhum Syed Hussein Alatas mengenai rasuah, perdana menteri akan menemui satu istilah sedap, iaitu; homovenalis, ia bermaksud ‘manusia yang korup’. Alatas meminta pembacanya membayangkan bagaimana nasib negara kalau pemimpinnya adalah seorang homovenalis. Jika itu terjadi, Alatas mengatakan negara akan mengalami ‘kesan metastatik’. Syed Hussein Alatas turut menyatakan bahawa, “…metastatis yang paling berbahaya dalam konteks dewasa ini adalah yang muncul dari dalam Kabinet. Di Malaysia, Kabinet dan pejabat menteri-menteri besar boleh merupakan sumber metastatis dalam rasuah”.
Istilah yang diperkenalkan oleh Alatas iaitu ‘kesan metastatik’ ini dipinjam daripada bidang karsinologi. Metastatis kata Alatas adalah ‘penggandaan sel-sel barah yang tidak terkawal, kemiripan dengan sel-sel asalnya, melakukan sebahagian fungsi sebagaimana sel asalnya dan penampilannya dengan ukuran yang lebih besar pada tahap perkembangan kromosom’.
Negara yang tertimpa kesan metastatis adalah negara yang ‘rasuah menyebar ke pusat-pusat penting pentadbiran kerajaan yang mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat’. Bila itu berlaku rakyat tertimpa celaka dan malang.
Kalau Anwar betul habis membaca siri rasuah oleh Syed Hussein, beliau akan menemui karya-karya yang sangat bernilai seperti ‘Corruption and the Destiny of Asia (terbit 1999), The Problem of Corruption (1986) dan The Sociology of Corruption (1968).
Buku Alatas yang berjudul Corruption: Its Nature, Causes and Functions (1990) kemudian diterjemah sebagai Rasuah Sifat, Sebab dan Fungsi yang terbit pada tahun 2009 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini menjadi teks di banyak universiti luar negara.
Menurut Syed Hussein dalam buku Rasuah Sifat, Sebab dan Fungsi, apabila seorang yang berjawatan tinggi seperti perdana menteri, presiden atau ketua polis melakukan rasuah, lama-kelamaan mereka tidak akan lagi menunjukkan minat terhadap pekerjaan hakikinya. Iaitu untuk berkhidmat kepada orang awam atau rakyat. Fenomena ini diistilahkan oleh Syed Hussein sebagai perkhidmatan ganti (surrogate service) di mana ‘kegiatannya yang lahiriah dan yang ketara hanya dilaksanakan sekadar untuk mengabsahkan kedudukannya itu’.
Kesalahan jenayah rasuah tidak boleh dikasihani. Pesalah atau banduan jenayah rasuah hendaklah dibiar mereput di dalam penjara. Ini bukan pandangan saya. Ini pandangan Badan Pencegah Rasuah atau BPR. Pada 17 Jan 1995, Mohd Nordin Ahmad, yang pernah menjawat kedudukan sebagai timbalan ketua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam satu kertas berjudul ‘Masyarakat Melayu: Budaya Rasuah dan Penyelesaiannya’ untuk satu seminar BPR bertajuk ‘Masyarakat Melayu dan Gejala Sosial: Proses Penyelesaian Ke Arah Pembinaan Masyarakat Melayu Cemerlang Abad Ke-21’ telah menyatakan bahawa penjenayah rasuah adalah sama jahat dengan Komunis. Nordin menulis begini; ‘Rakyat Malaysia perlu ingat bahawa ancaman rasuah haruslah dipandang serius sama seperti ancaman Komunis, pertelingkahan kaum dan penagihan dadah’.
Punyalah bahaya amalan rasuah, penjajah British pernah mengambil tindakan segera pada tahun 1871 dengan mengkanunkan ia sebagai satu kesalahan undang-undang menerusi Kanun Keseksaan 1871 (F.M.S. Penal Code). Menurut Nordin, amalan rasuah yang membarah dalam kalangan masyarakat hari ini adalah ‘ekoran budaya memberi hadiah yang telah ditafsirkan sebagai satu cara menyatakan terima kasih pada masa dahulu.’ Inggeris, yang mungkin jelak dengan amalan yang sial dalam kalangan orang Melayu ini nampaknya telah berusaha membetulkan keadaan. Di zaman kita menjuarai Asean ini tidak ada sebab untuk kita membalikkan keadaan yang hatta British pun serasa geli.
Dalam kertas itu, Nordin selaku wakil BPR menyatakan kekhuatiran akan kesan metastatis rasuah. Beliau telah meminta pendengar dalam seminar tersebut memejam mata seraya membayangkan, katanya; ‘Sesungguhnya pada tanggal 1.1.2020, seorang anak Melayu akan bangun dari tidur pada waktu pagi dan melihat di luar rumahnya dan mendapati negara ini maju dan bangsanya menjadi tonggak pembangunan negara. Anak kecil ini akan bercakap dalam hatinya, [Betapa bertuahnya aku dilahirkan sebagai Melayu, kerana pemimpin-pemimpin lampau adalah mereka yang tinggi maruahnya. Dengan kejujuran dan amanah mereka menjadikan Melayu maju dan sejahtera. Semoga tuhan memberi rahmat kepada mereka.]
Sebaliknya sekiranya rasuah menjadi pembalut pembangunan, maka anak kecil ini akan bangun pada tanggal 1.1.2020, sambil bermenung di tangga usang di hadapan pondok yang hampir roboh sambil berkata [Kenapa aku dilahirkan sebagai anak Melayu?]. Sebagai orang Melayu, kita harus bertekad supaya keluhan ini tidak wujud pada kemudian hari. Perbuatan kita pada masa sekarang akan diwarisi oleh generasi Melayu pada masa depan. Mungkin kita ketawa pada hari ini tetapi generasi hadapan kita akan menangis akibat perbuatan kita’.
Anwar adalah pemimpin dari bidang pengajian Melayu. Saya ingin mengingatkan beliau yang jenayah rasuah dalam peradaban Melayu diberi nama ‘kekol’. Sayugia diperi pesan untuk perdana menteri kekol ini bermaksud sogokan atau suapan.
Selain istilah kekol, rasuah juga diberi nama sebagai ‘muafakat emas’ atau ‘scheme of things’, kadang juga diberi nama ‘belanja’. Manakala orang Melayu Minang mempunyai istilah lebih khas untuk rasuah yang merangkum pelbagai bentuk korupsi iaitu ‘umbuak umbai’, dan ‘kicuah kicang’. ‘Kicuah’ ialah perbuatan menipu sehingga menyebabkan kerugian orang lain, manakala ‘kicang’ ialah perbuatan pemalsuan yang merugikan pihak lain.
Di dalam Adat Perpatih, rasuah atau kekol ini digazet sebagai salah satu jenayah berat. Di dalam Adat Perpatih terdapat lapan kategori jenayah besar; iaitu tikam bunuh, upas racun, samun sakar, siar bakar, maling curi, umbuak umbai, sumbang salah dan dahaga dahagi. Rasuah atau ‘umbuak umbai’ ialah rasuah demi faedah diri sendiri iaitu dengan memujuk orang tertentu untuk membuat atau tidak membuat sesuatu dengan cara memberi hadiah, menjanjikan wang atau barang, atau menggunakan pengaruh. ‘Umbai’ pula ialah untuk faedah diri sendiri dengan mengugut orang dengan kekerasan supaya melakukan sesuatu.
Apakah hukuman dalam Adat Perpatih untuk mereka yang menerima rasuah? Oleh kerana kekol atau rasuah adalah bawah Undang-undang Lapan, biasanya pesalah rasuah dikenakan hukuman berat seperti diusir, dan diboikot daripada masyarakat.
Inilah yang kita, orang Melayu harus lakukan. Hari ini penjenayah kekol ini adalah homovenalis yang mengakibatkan kesan metastatis untuk negara, yakni sama dahsyat dengan ancaman Komunis. Pesalah kekol atau rasuah dalam kalangan pembesar disaran agar diaibkan selamanya.
Jikalau Anwar benar hadam siri tulisan almarhum Syed Hussein mengenai rasuah, perdana menteri ke-10 pasti akan mendapat kesan yang sama seperti saya, iaitu pesalah kekol ini sama sekali tidak dapat diangkat sebagai pemimpin, untuk dipuja, apatah lagi bukan untuk dikasihani. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/jenayah-rasuah-bukan-untuk-dikasihani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan

Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 118 hits
Bapa ditahan biar anak umur 6 tahun bergayut dikenderaan Polis menahan lelaki yang membiarkan anak lelakinya berusia enam tahun bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai seperti rakaman video yang tular di akaun Twitter Bapa...
Apa Anak Mahu Semua Kita Beri Jangan Terpaling Mak Mak Biar Betul Caranya

Apa Anak Mahu Semua Kita Beri Jangan Terpaling Mak Mak Biar Betul Caranya

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 127 hits
Mak mana yang mahu melihat anaknya terabai akhlaknya tanpa panduan dan didikan yang baik Namun ketika menjadi ibu yang terbaik jangan pula kita terlampau menjadi ibu sehinggakan mendisiplinkan anak pada perkara tidak perlu Menurut perkongsi...
Gila Apa Ini Sekadar Suka Suka Bapa Biar Anak 6 Tahun Bergayut Pada Pikap

Gila Apa Ini Sekadar Suka Suka Bapa Biar Anak 6 Tahun Bergayut Pada Pikap

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 112 hits
Ahmad Hasbibhnews bh com myTular video memaparkan seorang kanak kanak bergayut pada pintu hadapan sebuah pikap yang sedang bergerak NILAI Sekadar suka suka alasan seorang bapa yang membiarkan anaknya berusia enam tahun bergayut pada pintu b...
Biar Betul Berahim Ali Zaman Atok Dulu Dia Ounya Bodek Mahazalim Mak Aiiii

Biar Betul Berahim Ali Zaman Atok Dulu Dia Ounya Bodek Mahazalim Mak Aiiii

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 106 hits
Teringat masa kecil dulu Ada kawan aku Dia punya kaya sampai siapa mintak duit terus dia beri Memang macam la Ada kawan aku yang lain cadangkan aku cuba mintak dengan dia Aku pun Aku cakap je terus dia beri RM10 80an RM10 tu kira banyak tau...
Pmx Belia Usah Sibuk Pertahankan Pemimpin Rasuah

Pmx Belia Usah Sibuk Pertahankan Pemimpin Rasuah

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 72 hits
Haspaizi ZainAnwar Ibrahim menasihatkan agar golongan belia tidak disibukkan dengan isu remeh seperti mempertahankan tokoh tokoh besar yang terbabit penyelewengan dan mencuri duit rakyat Menurut perdana menteri ketika dia dan kerajaan berus...
Anak Cuti Sekolah Jangan Biar Asyik Dalam Rumah Hargai Masa Bersama

Anak Cuti Sekolah Jangan Biar Asyik Dalam Rumah Hargai Masa Bersama

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 135 hits
Cuti sekolah yang sudah bermula sejak Sabtu lalu memberi peluang kepada ibu bapa untuk mencipta momen bersama anak anak Selain merangka percutian bersama anak ada baiknya kita pastikan anak anak dalam keadaan baik dan sihat Tambah pula musi...
Eksperimen Sains Buat Anak Jadi Lebih Kreatif Biar Anak Berani Mencuba

Eksperimen Sains Buat Anak Jadi Lebih Kreatif Biar Anak Berani Mencuba

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 99 hits
Musim cuti sekolah ini apa kata mak ayah dedahkan anak dengan pelbagai eksperimen sains yang besar manfaatnya buat anak anak kecil kita Selain mengasah daya kreatif anak anak percubaan sebegini buat anak lebih berani malah membantu anak leb...
Hah Biar Betoi

Hah Biar Betoi

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 70 hits
Erin Husin Aku rasa elok yaibi Pasir Mas ni dikenakan tindakan undang Selalu sangat dia serang peribadi PMX dan membuka ruang di komen FB nya untuk rakyat mengeji mencaci membenci PMX Pemimpin pembangkang yang tolol elok lah buat tindakan B...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord