Jenayah Misteri Jack The Ripper


Pada tahun 1888, sewaktu era Victoria, kota London dikejutkan dengan sebuah kejadian yang digelar The Whitechapel Murders (Pembunuhan di Whitechapel). Apa yang lebih menarik, kesemua mangsa pembunuhan adalah dari kalangan pelacur wanita sahaja. Persoalan berkenaan siapa pembunuh wanita-wanita berkenaan kekal menjadi misteri sehingga hari ini. Walaupun kejadian hitam itu berlaku lebih dari 120 tahun, ianya masih berjaya merangkul tempat pertama dalam senarai jenayah ekstrim sepanjang zaman.

Izinkan saya menulis dan bercerita berkenaan Jack The Ripper dengan secara ringkas (kalau bukan yang ringkas, memang kena buat penulisan 5 siri).


Trailer filem "Jack The Ripper"
Dikenali juga dengan nama "The Whitechapel Murderer" dan "Leather Apron", Jack The Ripper hanya menjadikan pelacur sebagai sasarannya. Hasil siasatan polis, jumlah sebenar pembunuhan  adalah 5 orang wanita manakala 13 orang lagi mangsa lain, diragui sama ada perbuatan Jack atau bukan.  Hampir kesemua mangsa Jack akan di kelar dari bahagian leher atau tekak sehingga ke abdomen. Isi perut serta organ-organ di dalam badan 3 antara 5 orang mangsanya pula dikeluarkan. Bahagian muka juga dicederakan. Pihak Scotland Yard percaya bahawa individu yang digelar Jack The Ripper ini mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang pembedahan serta anatomi badan manusia berdasarkan gaya pemotongan badan dan pengeluaran organ dari mangsa.

Letter "FROM HELL" (Surat "DARI NERAKA")

Pada Oktober 1888, pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Whitechapel, George Akin Lusk mengesyaki bahawa rumahnya sedang diperhatikan oleh seorang lelaki yang berjambang. Oleh kerana tidak sedap hati dan merasa terancam dengan kelibat lelaki asing itu, Lusk meminta perlindungan dari pihak polis. Pada 16 Oktober 1888, di rumah beralamat 1 Alderney Road, Mile End, Lusk menerima sebuah bungkusan yang tertera nama George Lusk serta dialamatkan kepadanya. Apabila Lusk membuka bungkusan tersebut, alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati sepucuk surat dan separuh ginjal manusia.

George Akin Lusk (1839 - 1919)

Surat pertama, "From Hell" yang diterima George tidak menyebut nama si pengirim. Terdapat pelbagai kesalahan tatabahasa, ejaan dan penyusunan ayat di dalam surat yang berbunyi seperti berikut :

"From hellMr LuskSorI send you half the Kidne I took from one women preserved it for you the other piece I fried and ate it was very nice. I may send you the bloody knif that took it out if you only wate a while longersignedCatch me when you can Mishter Lusk""Dari nerakaEncik LuskTuanSaya mengirim separuh ginjal yang diambil dari seorang wanita dan menyimpannya untuk anda separuh lagi saya goreng dan telah memakannya dan rasanya amat enak. Saya berkemungkinan menghantar pisau yang masih berdarah, yang digunakan untuk mengeluarkan ginjal tersebut tetapi anda harus menunggu lebih lama
yang benartangkap saya jika boleh Encik Lusk"
Surat "DARI NERAKA" yang dikarang Jack The Ripper
Pada mulanya, George Lusk menganggap perkara tersebut sebagai satu jenaka. Dia kemudiannya menunjukkan surat serta ginjal tersebut kepada rakan-rakannya yang kemudian mendesak George untuk menyerahkan ginjal itu kepada Dr.Frederick Wiles. Oleh kerana Dr.Wiles berada di luar bandar ketika itu, ginjal tersebut diserahkan pula kepada Dr.Thomas Horrocks  Openshaw yang bertugas di hospital berdekatan. Kemudiannya, ginjal tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa. Dipercayai bahawa Catherine Eddowes adalah pemilik ginjal tersebut. Catherine adalah mangsa kedua sejurus selepas sejam  Jack membunuh Elizabeth Stride.

Surat "From Hell" serta ginjal mangsa telah hilang dari simpanan pihak berkuasa beserta dengan fail jenayah Jack The Ripper. Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun yang tahu identiti sebenar penjenayah tersebut walaupun terdapat lebih kurang 27 suspek yang disyaki oleh penguat kuasa, orang ramai, wartawan serta penyelidik di era lain.

5 Mangsa Utama Jack The Ripper

MARY ANN NICHOLS 
26 Ogos 1845 – 31 Ogos 1888
Pada 11.00pm 23 Ogos 1888, Mary dilihat sedang berjalan di Whitechapel Road dan pada jam 12.30am pula, dia dilihat keluar dari sebuah kelab malam. Kali terakhir dia dilihat ialah pada jam 2.30am; sejam sebelum kematiannya. Ketika mayatnya ditemui, skirt yang dipakai mangsa tersingkap sehingga memperlihatkan alat sulit wanita itu. Orang yang menjumpai Mary tmenyangka Mary hanya pengsan lalu dia menurunkan skirt wanita itu dan kemudian pergi mencari polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Polis dan seorang doktor yang sampai di tempat kejadian mengesahkan bahawa Mary telah meninggal dunia. Bahagian tekak wanita itu dikelar dari hujung leher kiri ke kanan sebanyak 2 kali. Luka sepanjang abdomennya sangat dalam dan bergerigi, beberapa belahan yang melintang dan 3 hingga 4 luka lain yang serupa di bahagian kanan abdomen; dipercayai pembunuh menggunakan pisau berukuran sekurang-kurangnya 6 hingga 8 inci.


ANNIE CHAPMAN
September 1841 – 8 September 1888
Nama sebenar wanita ini ialah Eliza Ann Smith, seorang janda yang mempunyai 3 orang anak. Pada 1.45am - pagi kematiannya, dia dilihat sedang mencari pelanggan di jalanan bagi membiayai sewa tempat tidurnya pada hari itu. Seorang saksi ternampak Annie berbual dengan seorang lelaki lewat 40-an, sedikit tinggi dari Annie, tekstur kulitnya gelap dan bukan dari daerah tersebut, di belakang lorong pada jam 5.30am. Lelaki itu memakai topi pemburu ala Sherlock Holmes, dan juga jaket panjang bewarna gelap. Maya Chapman ditemui sejurus sebelum jam 6.00am pada pagi 8 September oleh John Davis - penduduk kawasan berdekatan. Ketika ditemui, dia terbaring di hadapan pintu salah sebuaah premis di belakang lorong. Bersama-sama mayat adalah barang peribadi milik Annie seperti 2 biji pil untuk penyakit paru-parunya, sampul surat yang koyak, sehelai kain kasa dan sikat. Keadaan mayat Chapman hampir serupa dengan keadaan mayat Mary Ann Nichols yang dibunuh seminggu sebelumnya cuma bahagian rahim wanita ini hilang. Isi perutnya dicampak ke bahagian bahu Ann. Tidak ada tanda yang menyatakan bahawa Ann bergelut dengan pembunuhnya. Terdapat 2 kemungkinan mengapa dia tidak melawan. Pertama, kemungkinan dia telah di "pengsankan" dengan menggunakan klorofom manakala yang kedua, mangsa kenal dan percaya orang yang membunuhnya dan mungkin ketika itu mereka sedang berasmara dengan kasar dan Ann tidak menyangka bahawa orang yang mengasarinya ingin membunuh.


ELIZABETH STRIDE
27 November 1843 – 30 September 1888




Elizabeth adalah seorang wanita gagap yang mempunyai 9 orang anak. Pada malam kematiannya, di mengenakan jaket bewarna hitam dan skirt. Pada jam 12.35am, Liz dilihat dengan seorang lelaki yang memakai topi ala Charlie Chaplin dan membawa bungkusan sepanjang 18 inci. Mayat Liz ditemui hampir pukul 1.00am. Namun mayatnya tidak di "kerja" kan oleh pembunuh. Yang ada hanyalah luka sembelihan di bahagian tekak dan beberapa luka lain di bahagian rahang dan muka. Kemungkinan besar, pembunuhnya tidak sempat "mengerjakan" mayat Liz kerana dia ditemui awal


CATHERINE EDDOWES
14 April 1842 – 30 September 1888
Catherine Eddowes dibunuh lebih kurang sejam selepas pembunuhan Elizabeth Stride. Adakah pembunuh tersebut tidak mendapat kepuasan  kerana gagal untuk mengerjakan mayat Elizabeth, lalu dibunuh pula wanita ini dan mengerjakannya 2 kali lebih teruk? Pada hari Sabtu, 8.30pm, Catherine ditemui tidak sedarkan diri kerana mabuk oleh seorang pegawai polis yang kemudiannya membawa wanita tersebut ke lokap. Setelah kesan arak hilang di dalam sistemnya, dia dibebaskan polis pada jam 1.00am. Jalan pintas menuju ke rumahnya berada di sebelah kanan tetapi sebaliknya dia menuju ke kiri dan tidak diketahui motifnya. Kali terakhir dia dilihat hidup oleh 3 orang saksi yang baru pulang dari kelab malam berdekatan adalah pada jam 1.35am. Ketika itu, dia sedang berbual dengan seorang lelaki bermisai, berkulit cerah, berjaket ala tentera laut, berselendang merah dan bertopi leper. 10minit kemudian, mayat Catherine ditemui oleh seorang polis peronda, Edward Watkins. Mayat wanita ini berada dalam keadaan terlentang dengan kepalanya dihadapkan ke bahu kiri. Pakaiannya tersingkap sehingga ke bahagian abdomen. Mukanya cedera teruk, luka melintang di bahagian tekak. Organ dalaman dikeluarkan dan ditempatkan di bahagian bahu kanann mangsa. Ginjal sebelah kirinya telah diambil oleh pembunuh.


MARY JANE KELLY
1863 – 9 November 1888
Pada pagi 9 November 1888, John McCarthy, tuan rumah Kelly menghantar salah seorang pekerja beliau untuk mengutip sewa rumah kerana sudah 6 minggu wanita tersebut tidak membayar sewanya. Sejurus selepas 10.45am, pekerja yang bernama Bowyer mengetuk pintu bilik Kelly namun tiada jawapan. Bowyer melihat ke dalam bilik tersebut melalui tingkap dan alangkah terkejutnya Bowyer melihat keadaan mayat kelly seperti gambar yang dipamerkan di atas. Ketika polis tiba di tempat kejadian, pintu bilik Kelly berkunci dari dalam manakala terdapat beberapa pasang pakaian terbakar di bahagian pendiang. Polis berpendapat bahawa pembunuh sengaja membakar pakaian-pakaian tersebut bagi menghasilkan cahaya di dalam bilik itu memandangkan keadaan yang gelap. Hasil bedah siasat mendapati, Kelly dibunuh di antara jam 2 hingga 8.00am. Mayatnya terbaring dalam keadaan bogel di tengah-tengah katil, kepalanya dipalingkan ke kiri, tangan kanan yang hampir tercabut diletakkan berdekatan dengan badan. Kakinya terkangkang luas dan kerana organ dalamannya dikeluarkan menampakkan isi badannya yang bolong. Payudara wanita tersebut dipotong, dan mukanya hancur sehingga tidak dapat dikenalpasti. Tisu di bahagian leher potong sehingga ke tulang. Organ-organ dalamannya ditemui di merata-rata tempat. Rahim, ginjal dan sebelah payudaranya ditempatkan di bawah kepala, sebelah lagi payudaranya terletak di tapak kaki kanan, hatinya berada di antara kedua-dua belah kaki, usus di sebelah kanan dan limpa di sebelah kiri badan, kulit abdomen tercabut dan kedua-dua pehanya diletakkan di atas meja.Hidung, pipi, kening, telinga, dipotong, bibir melecur dan terdapat luka sehingga ke dagu dan beberapa torehan panjang lain di keseluruhan muka. Lehernya ditikam sehingga tembus ke tulang belakang. 
Alangkah kejamnya pembunuhan yang dilakukan. Kelly dipercayai sebagai mangsa terakhir Jack The Ripper. Adakah Jack tahu itu adalah mangsa terakhirnya lalu di"cacatkan" mayat Kelly 10 kali lebih dahsyat dari mangsa-mangsanya yang lain? 13 pembunuhan kejam selepas kelima-lima mangsa wanita ini diklasifikasikan sebagai "Jack Ripper Wannabe Killings" kerana ciri-ciri modus operandi tidak sama dengan 5 pembunuhan di atas. Adakah Jack seorang pakar bedah? Adakah dia seorang pakar anatomi? Atau mungkin Jack seseorang yang bekerja di sektor memotong daging. Adakah mungkin jenayah yang dilakukan berasas dari DENDAM terhadap isteri, teman wanita atau orang tersayang yang telah berselingkuh dengan lelaki lain? Atau mungkinkah DENDAM terhadap komuniti pelacur yang bertanggungjawab memberinya penyakit kelamin yang mengganggu kehidupan seharian seperti Siflis? Apa jua pekerjaan serta motif lelaki ini membunuh, tidak akan diketahui dan kekal misteri sehingga ke hari ini. 
Akhir kata dari saya
ADAKAH KEMUNGKINAN JACK THE RIPPER SEBENARNYA SEORANG WANITA?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cecitermisteri.blogspot.com/2013/06/jenayah-misteri-jack-ripper.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Legend Of Spring Heeled Jack

The Legend Of Spring Heeled Jack

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 177 hits
Spring heeled Jack is an entity in English folklore of the Victorian era who was known for his startling hops The first claimed sighting of Spring heeled Jack was in 1837 Later sightings were reported all over Great Britain and were especia...
The Cup Publika Solaris Dutamas

The Cup Publika Solaris Dutamas

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 172 hits
Korang dah biasa makan makanan korea Yea la sejak K POP melanda Malaysia ni takkan taknak rasa makanan yang Super Junior Big Bang 2ne1 ataupun geng2 Running Man selalu makan yea dak Ok sebelum ni selalu gak aku dok post tempat makan fud2 da...
The Gift Of Freedom

The Gift Of Freedom

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 193 hits
Launching a new business requires research a clerks always very popular among the populace If not it is time to start should of life on a greeting by immediate response and I refused to surrender When they do not we get angry feel betrayed ...
The Street Cafe Sunway Pyramid

The Street Cafe Sunway Pyramid

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 235 hits
Salam July semua Ok hari ni nak share cafe K POP yang halal kat selangor nie Bukan senang ek nak dapat restoran or gerai gerai ke yang dok jual makanan Korea yang halal Jadi bila jenjalan kat Sunway Pyramid korang pasti akan terjumpa cafe n...
Bmpil Writing Challenge What I Did On The Last Day Before Pkp Starts Again

Bmpil Writing Challenge What I Did On The Last Day Before Pkp Starts Again

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 234 hits
I had to Google if it was supposed to be on the last day or in the last day for the title and I never thought that one of the things I would notice when I m doing was how bad my English is and how limited my vocabulary as well So on the las...
Bmpil Writing Challenge How Last Night Went By The Hour

Bmpil Writing Challenge How Last Night Went By The Hour

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 195 hits
Let s get this written as simple as possible If I m ever going to finish this challenge I need to be more straightforward and lessen the depth of my commentary Since this challenge needs me to go by the let s write it by hour then I ll star...
Bmpil Writing Challenge Good Things I Ve Been Doing For The Environment

Bmpil Writing Challenge Good Things I Ve Been Doing For The Environment

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 227 hits
You know how those kedai siam have these lime juice in bottles which they use in cooking I found one the other day while grocery shopping and it only cost RM3 so I bought one I hardly cook anything that will require lime juice but I bought ...
Ulasan Dari Bourne Supremacy The Cicilan Kedua Di The Bourne Series

Ulasan Dari Bourne Supremacy The Cicilan Kedua Di The Bourne Series

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 219 hits
Pencarian Aoyama untuk seorang gadis yang ideal mengarah ke audisi banyak produsen pria rumah liar televisi menghadapi tren menurun Hal ini memungkinkan dia untuk menulis ulasan dokumenter tentang karakter interpretasi Spiderman benar benar...
The Hydraulic Jaw Crusher Apa Keuntungannya

The Hydraulic Jaw Crusher Apa Keuntungannya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 141 hits
Aplikasi lain dari A Scan mencakup sektor pendeteksi pasien seketika dan pertama jelajahi gadget Anda Panel navigasi terdiri dari reproduksi warna yang memiliki ras untuk menawarkan model terbaru mereka di pasaran Layanan unik ini akan mema...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint