Jenama Monstr Bermula Dengan Suka Makan Brownies Kini Menjadi Empayar
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai usahawan yang berjaya sekarang ini adalah bermula dengan minat dan juga suka kepada sesuatu seperti memasak akhirnya membuka perniagaan kedai makan. Ada juga yang minat makan akhirnya menjadi blogger makan eehhh macam kenal jer wakakaka. Semua bermula daripada apa yang kita cinta maka ia akan berhasil.
Begitu juga dengan satu jenama ini kalau sebut sahaja nama Brownies Moster ramai peminat dan pecinta dessert akan kenal jenama ini. Pada masa mula pembukaan mereka tahun 2017 hanya fokus kepada pengeluaran Brownies sahaja, tapi kini mereka telah mengembangkan lagi produk keluaran mereka kepada Kookies, Chocojar dan juga Rocky Road. Itu lah yang kita namakan sebagai usahawan kerana sentiasa mencari idea baru untuk lebih maju.
Baru-baru ini mereka telah mengadakan majlis pelancaran logo baru, nama baru dan juga packaging baru. Sebelum ini ramai kenali sebagai Monster Brownies dan ditukar kepada yang lebih universal dan mudah untuk di ingati iaitu 'Monstr'. Kalau korang dapat tengok logo baru ini lebih menarik dengan ikon monster ceria dan juga warna yang lebih berani dan sesuai untuk semua golongan. Motor mereka juga comel sangat 'Bringing Chewy Gooey To Yooey' cute bunyinya.
Pn Nurul Fatin Binti Mohamed Pengasas Monstr
En Muhammad Khairul Bin Mohamed Ali Pengasas Bersama Monstr
Hari tu dapatlah kenal dengan lebih dekat pengasas Monstr ini iaitu Pn Nurul Fatin Binti Mohamed dan juga suami beliau pengasas bersama iaitu En Muhammad Khairul Bin Mohamed Ali. Dapat jugalah korek sikit-sikit kisah jatuh bangun bagaimana mula-mulanya tercetus idea untuk buka perniagaan ini.
Rupa Terbaru Produk Monstr
Maha ada sebut tadi ada banyak produk makanan keluaran Monstr dengan rupa baru seperti :1) Brownies Monstr Senior Pack - RM182) Brownies Monstr Junior Pack - RM103) The Kookies Monstr Maxi - RM184) The Kookies Monstr Mini - RM105) Rocky Road Monstr - RM166) Kookrunch Chocojar Mini Monstr - RM17
Brownies Monstr Junior Pack - RM10
Rocky Road Monstr - RM16
Kookrunch Chocojar Mini Monstr - RM17The Kookies Monstr Mini - RM10
Semua produk mereka ini Maha dan rasa dan boleh katakan semuanya sedap dan pasti menjadi kegilaan remaja-remaja zaman sekarang. Paling yang Maha suka adalah The Kookies Monstr dan juga Chocojar kerana ada biskut yang rangup rangup dan juga banyak coklat didalamnya. Kalau satu botol besar tu sekali hadap sahaja dengan secawan teh panas memang terangkat gilerrrr
Jadi Sebahagian Keluarga Monstr
Selain itu juga, mereka masih membuka peluang kepada remaja terutama Gen Z sekarang ini yang suka kepada sosial media untuk menggunakan platform yang ada itu kearah yang lebih menguntungkan. Ye lah daripada korang hanya buat video atau upload gambar menarik secara langsung korang dah mencipta pengikut setia korang dan guna peluang ini untuk menjadi stokis atau ejen kepada produk Monstr ini.
Macam mana nak menjadi ejen kepada Monstr ini ada dua pakej:1) Buddies (minimum pembelian produk RM250)2) Comrade (minimum pembelian produk RM700)
Memang korang nampak macam banyaknya nak kena beli tapi produk yang dibeli ini ada harga istimewa kepada ejen dan korang boleh jual pada harga pasaran kepada pelanggan korang. Di situ nanti korang boleh dapat keuntungan dia punya kalkulator senang makin tinggi minimum purchase makin murah harga dan untung yang korang dapat pun makin tinggi. Maha tak pandai sangat sebab tak masuk kelas mereka lagi hehehe
Tak apa kata pengasas Monstr mereka akan memberi bimbingan dan tunjur ajar bagaimana untuk menjadi ejen yang berjaya. Korang boleh tengok ini baru separuh ejen yang datang pada majlis perasmian hari tu dan kebanyakkannya berusia semuda 16 tahun pun ada. Sebab produk makanan snak macam ni memang orang akan dapat setiap masa bila habis beli
Selain daripada biskut dan juga brownies ini meraka juga ada mengeluarkan Kek Buah. Tapi cuma production akan aktif ketika bulan Ramadhan sahaja dan jualan ketika ketika boleh mencecah ratusan ribu tringgit atas sambutan yang amat menggalakkan. Ini kerana mereka telah membuat Kek Buah ini sejak daripada tahun 2012 lagi sehingga sekarang dan trend itu memang menjadi tumpuan
So sekarang ini peluang dah ada nak ubah hidup dan juga nak jana pendapatan sendiri melalui program seperti ini. Cuma tepuk dada tanya hati kalau betul berminat boleh sertai sebahagian daripada keluarga Monstr ini. Maha pun macam minat lak nak join jadi ejen kat area Pahang hehehe. Dah habis berbalang-balang produk mereka kalau nak oder melalui ejen dan juga mereka sediakan khidmat COD seluruh Malaysia. Korang dah cuba semua biskut ini nanti komen kat sini ok
Sebarang pertanyaan produk dan juga ejen Monstr ini boleh hubungi :Talian : +60102261806Facebook : https://www.facebook.com/monstr.myInstagram : https://www.instagram.com/monstr.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/01/jenama-monstr-bermula-dengan-suka-makan-brownies.html