Jemu Makan Nasi Panggang Ayam Ikut Resipi Ayam Peri Peri Ala Nando S Ni Paling Padu


Bosan menikmati sajian nasi setiap hari, apa kata bawakan ayam panggang terkenal, Nando’s ke rumah dengan cuba menyediakan nya sendiri untuk anak-anak.
Sos masam dan pedas yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini memang nampak menyelerakan. Nak buat pun nampak cukup mudah. Jom cuba ikuti resipi yang dikongsikan olehnya.
Apa kata kita masak resepi ayam dari Afrika Selatan. Pernah makan ayam Nando’s? Ya, kita masak Ayam Peri Peri macam dekat Nando’s tu. Kita buat sos dia sekali!
Bahan-bahan: (2-3 orang)
½ ekor ayam
1 biji tomato
3 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
½ biji bawang merah /Holland
2 sudu serbuk paprika/cili
1 biji lemon
1 cubit oregano
1 cubit parsli
2 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa

Saya guna ayam bahagian pinggul dan peha. Jika nak diet gunakan bahagian dada ayam, ambil isi dia sahaja. Bersihkan dan tos air sampai kering.

Sementara tunggu ayam ditos. Kita sediakan bahan-bahan untuk buat perapan ayam. Jika nak pedas, lebihkan cili merah, atau tambah cili padi.

Bakar bahan-bahan untuk dapatkan aroma smoky. Tu bukan terhangus, tapi memang sengaja dibakar sampai macam tu. Jika tak nak bakar, celur bahan-bahan sampai lembut.

Lepas bakar, masukkan dalam pengisar. Letak oregano, parsli dan serbuk paprika. Kalau tak ada paprika, guna serbuk cili pun boleh.

Perah separuh lemon. Saya tak ada lemon, jadi saya gantikan dengan limau nipis.

Masukkan minyak 2 sudu. Boleh guna minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, dan sebagainya. Letak garam dan gula secukupnya, dan kisar sehingga halus.

Tuang bahan kisar ke atas ayam. Perap ayam selama 1-2 jam dalam peti ais agar ramuan meresap ke dalam isi ayam.

Di Nando’s, ayam dibakar atas api. Di rumah kita bakar dalam ketuhar sahajalah. Tapi untuk dapatkan kesan “bakar”, kita bakar atas kuali dulu. Kalau nak bakar atas kuali macam ni sampai masak pun boleh.

Bakar dua-dua belah. Sementara bakar ayam atas kuali panaskan ketuhar dahulu ke suhu 180°C.

Dah ada kesan bakar, boleh angkat ayam dan letak atas dulang pembakar. Alas kertas minyak supaya mudah nak bersihkan dulang nanti.

Kelar ayam, dan masukkan dalam ketuhar. Set oven pada 180°C, bakar selama 30 minit jika oven ada setting convection.
Jika tak ada setting convention, bakar lama sikit. Dalam 45 minit. Jika tak cukup lama, nanti dalam dia tak masak.

Sementara tunggu ayam dibakar. Kita sambung buat sos peri peri. Bahan perapan tadi, kena tambah air dan ditapis. Kalau tak tapis, nanti sos berketul-ketul.

Cantik warna sos peri-peri ni, kan? Panaskan. Tambah garam dan gula secukupnya. Sos ni patut rasa pedas, dan masam. Kalau tak cukup masam, perah lebihan lemon tadi. Limau nipis saya dah habis, jadi saya tambah cuka untuk tambah masam.

Rasa dah OK, tapi sos ni kurang likat, jadi saya pekatkan dengan tepung jagung. Sos likat baru melekat pada ayam.

Yeya ayam dah siap bakar! Bau ayam, bau sitrus memang mengancam. Semerbak bau dia bila keluar dari ketuhar.
Semasa saya siapkan ayam. Isteri saya buat coleslaw dan goreng kentang. Coleslaw tu dia buat dengan kobis, lobak merah, bawang, mayonis, garam dan lemon. Eh, ada lemon? Biasalah kalau suami cari mesti tak jumpa. Kena isteri juga cari.

Hidang cantik dalam pinggan. Paduan ayam yang di tuang sos peri-peri yang pedas, dan coleslaw yang lemak dan sejuk, memang menyelerakan. Kentang tu pun sedap cicah dengan sos peri-peri.
Resipi wajib cuba: Ayam Panggang Ala Dominos Rasa Cukup Padu, Anak Confirm Suka
Kering Idea Nak Masak, Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni, Sedap Hingga Menjilat Jari

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Jemu Makan Nasi, Panggang Ayam Ikut Resipi Ayam Peri Peri Ala Nando’s Ni, Paling Padu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jemu-makan-nasi-panggang-ayam-ikut-resipi-ayam-peri-peri-ala-nandos-ni-paling-padu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Tomyam Pekat Ala Restoran Thai Simple Tapi Padu Confirm Makan Bertambah

Resipi Tomyam Pekat Ala Restoran Thai Simple Tapi Padu Confirm Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 484 hits
Hidangan lauk ringkas seperti sup dan tomyam sememangnya menu pembuka selera bukan hanya untuk anak anak bahkan untuk kita dewasa Tomyam dengan ayam goreng atau ikan goreng panas pastinya buat makan bertambah Resipi Tomyam Ala Thai yang dik...
Resipi Karipap Style Kampung Paling Simple Inti Penuh Rasa Padu Puas Hati Anak Makan

Resipi Karipap Style Kampung Paling Simple Inti Penuh Rasa Padu Puas Hati Anak Makan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 328 hits
Sesekali teringin mulalah hendak mencuba pelbagai resipi Karipap antara menu wajib ada di rumah dan disimpan frozen di dalam peti ais Bila teringin bolehlah terus digoreng pada anak Resipi karipap style kampung dan legend ini antara resipi ...
Tanpa Garam Gula Resipi Ni Paling Mudah Sedap Untuk Anak Tak Makan Sayur

Tanpa Garam Gula Resipi Ni Paling Mudah Sedap Untuk Anak Tak Makan Sayur

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 424 hits
Tercari cari menu sarapan pagi atau minum petang untuk anak Jangan susahkan diri mencuba menu sukar tetapi tidak menyihatkan buat anak Cuba resipi gabungan sayur dan keju ni pada anak Resipinya ringkas tetapi kaya dengan taburan sayuran dan...
Resipi Burger Prosperity Ala Mcd Buat Sendiri Lagi Puas Anak Makan

Resipi Burger Prosperity Ala Mcd Buat Sendiri Lagi Puas Anak Makan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 348 hits
Burger Prosperity dari restoran makanan segera terkenal McDonald yang dijual ketika musim perayaan Tahun Baru Cina mungkin istimewa rasanya Namun bagi yang mempunyai anak ramai pastinya tidak cukup membeli hanya beberapa keping burger Tidak...
Hiburan Resipi Nasi Ayam Milik Alif Satar Tembus Pasaraya Tempatan Teruja Dapat Tolong Orang Beli Sambil Menderma

Hiburan Resipi Nasi Ayam Milik Alif Satar Tembus Pasaraya Tempatan Teruja Dapat Tolong Orang Beli Sambil Menderma

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 326 hits
Personaliti TV dan juga penyanyi Alif Satar meluahkan rasa keterujaan apabila berpeluang bekerjasama dengan AEON Malaysia dalam usaha untuk membantu golongan yang terkesan dengan wabak pandemik COVID 19 menerusi sebuah kempen Beli dan Derma...
Resipi Roti Sosej Bersos Ala Oriental Macam Ni Baru Syok Makan

Resipi Roti Sosej Bersos Ala Oriental Macam Ni Baru Syok Makan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 201 hits
Sedapnya Roti Sosej Sos ala Oriental perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni Biasanya kalau menikmati sosej kita hanya letak sos cili mayones dan salad je kan Resipi kali ini lain tau Memang nampak sangat menyelerakan Bak kata empunya resipi...
Cara Buat Sweet Pancake Ala Hotteok Ikut Resipi Ini Gerenti Jadi

Cara Buat Sweet Pancake Ala Hotteok Ikut Resipi Ini Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 276 hits
Hari ini nak feeling Korea Dapat idea dari korean sweet pancake Hotteok Saya tambah bahan bahan ikut citarasa Inilah hasilnya setelah mencuba dan rasanya sangat sedap dan lembut Disertakan resipi kalau ada yang nak mencuba SWEET PANCAKE ALA...
Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok Sedap Tak Terkata

Resipi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok Sedap Tak Terkata

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 270 hits
Sajian Ayam Kicap tentunya menjadi kegemaran ramai terutamanya anak anak yang tidak gemar sajian yang pedas Menerusi perkongsian saudara Srezuan Nazlan IsmailBeliau telah berkongsi resipi Ayam ala 3 Budak Gemok yang menjadi kegemaran anak a...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia