Jemputan Terbuka Untuk Usahawan Malaysia Menerokai Peluang Perniagaan Di Taiwan Expo 2018

(Kuala Lumpur, 25 Okt 2018) Taiwan Expo 2018 di Malaysia yang ditunggu-tunggu secara rasminya dilancarkan pada hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pameran 3 hari ini menampilkan 250 gerai daripada 200 syarikat Taiwan dan mempamerkan gabungan produk yang menarik termasuk basikal terkenal di Taiwan, lengan robotik pintar, hadiah menarik, makanan lazat, produk halaldan banyak lagi. Dengan acara yang menarik pada tahun ini, penganjur yakin  dapat mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan berbanding acara pada tahun lepas.
Encik James C.F. Huang, Pengerusi TAITRA merasmikan majlis tersebut dengan ucapan pembukaannya dan seterusnya diikuti oleh tetamu jemutan yang lain termasuk H.E. Anne Hung, Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia; Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia, NCCIM; dan Datuk Bahria bin Tamil, Pengarah Kanan Perhubungan Ekonomi dan Perdagangan Bilateral, Kementerian Perdagangan & Industri Antarabangsa Malaysia.
Acara pada tahun ini telah mendapat sokongan daripada 17 organisasi perdagangan di seluruh Malaysia memandangkan penggiat industri berharap untuk membawa teknologi dan produk Taiwan yang terbaik ke Malaysia sekali gus membentuk perkongsian strategik dengan rakan perniagaan di Malaysia.
Ekspo Taiwan 2018 di Malaysia menampilkan 12 tema pavilion dan lapan ruang pameran yang  berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tema utama pada tahun ini adalah Menghubungkan Taiwan, Menghubungkan Dunia dimana ia menggabungkan enam bidang utama Bandar Pintar, Teknologi Hijau, Penjagaan Kesihatan, Halal Taiwan, Gaya Hidup Taiwan dan Pelancongan Taiwan.

Ekspo Taiwan yang telah diadakan buat kali pertama di Malaysia pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Acara selama tiga hari itu menarik kira-kira 20,000 pengunjung dengan nilai perdagangan berjumlah USD36 juta.
Pameran tersebut ternyata berjaya meningkatkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Taiwan sekali  gus menarik minat ramai peserta untuk melawat Taiwan bagi  meneroka peluang perniagaan. Acara pada tahun ini diharapkan dapat memberikan hasil lebih baik dalam kedua-dua skala dan skop. Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pelbagai acara menarik termasuk demonstrasi, seminar, pertukaran perniagaan, pertunjukan fesyen dan banyak lagi.

Produk IoT Menarik Perhatian
Dua belas tema pavilion  dan lapan ruang pameran dipilih untuk menyerlahkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan, kapasiti produksi serta pemasaran kelas dunia. IoT (Internet of Things) sebagai contoh, ia merangkumi semua aspek gaya hidup moden dari tempat kerja ke tempat kediaman dan dari bandar pintar  ke rumah pintar. Kedudukan Taiwan sebagai peneraju dalam IoT serta dalam industri yang berkembang pesat seperti e-sukan, realiti maya dan pengguna elektronik pastinya akan menjadi pendorong kepada komuniti perniagaan Malaysia yang ingin mendapatkan trend komuniti semasa.
Di samping itu, antara tarikan utama di Taiwan Expo 2018 adalah penampilan pelbagai jenama ICT terkemuka dunia Taiwan di Pavilion Taiwan Excellence, sistem e-dagang yang inovatif di Pavilion Startups Digital Commerce & Startups, pameran IoT oleh Kerajaan Bandar Taipei dan penjagaan perubatan pintar di Pavilion Kesihatan Taiwan. Pameran ini berfungsi sebagai pengenalan tentang bagaimana teknologi Taiwan dapat menjadikan  kehidupan lebih baik, lebih mudah, dan lebih bijak. Ia juga menunjukkan berapa banyak penyelesaian dapat diselaraskan dengan hala tuju pembangunan Malaysia dan peluang-peluang yang menanti untuk diterokai.
Sistem bas pintar yang memantau dan memberi amaran kepada pemandu untuk meningkatkan penumpuan dan sistem automatik ‘waste notification’ yang memberi amaran kepada sistem pemulihan sumber 24 jam apabila ‘thrash can’ 70% penuh sekali gus memberi gambaran penuh tentang apa yang dapat dilihat di bandar pintar pada masa hadapan. Di bahagian perindustrian, lengan robot yang pertama di dunia dengan keupayaan pengenalan visual membolehkannya membezakan objek dengan bentuk, kedudukan, barcode dan warna yang telah terbukti sangat berharga dalam meningkatkan keupayaan pembuatan.
Bagi teknologi hijau pula, tiga kategori utama iaitu Bandar Pintar Mesra Alam & IoT”, Bahan Binaan Mesra Alam dan Teknologi Penjimatan Tenaga akan mempamerkan kelebihan industri teknologi hijau Taiwan.

Halal dan Fesyen, Sisi Lain Taiwan
Jumlah produk dari Taiwan yang diperakui halal yang semakin meningkat dan ramai telah menemui cara yang terbaik untuk menerokai pasaran Malaysia. Pameran Halal Taiwan ini akan memperkenalkan pelbagai produk-produk halal daripada ‘facial mask’ hinggalah kepada makanan sejuk beku. Satu Sidangmediayang  buat julung kali diadakan bagi memperkenalkan produk Halal Taiwan sempena pameran tersebut meningkatkan lagi keterampilan produk Halal Taiwan di Malaysia.
Pameran berkaitan gaya hidup termasuk fesyen, produk kecantikan, budaya berbasikal dan pelancongan juga menjadi tumpuan ramai. Taiwan adalah peneraju dunia dalam industri pembuatan basikal dan menghasilkan 20 juta basikal mewah setiap tahun. Dengan budaya berbasikal yang berkembang pesat di Malaysia, ini adalah masa yang terbaik untuk memperkenalkan basikal Taiwan yang bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, Taiwan juga terkenal dengan beberapa laluan berbasikal yang paling indah di dunia; contohnya Sun Moon Lake Bikeway yang dinobatkan sebagai laluan basikal ke-8 yang paling indah oleh Skyscanner pada tahun 2017.
Sementara itu pengunjung yang berminat dengan fesyen dan aksesori tidak akan kecewa dengan pameran Taipei IN Style yang akan mempamerkan koleksi yang terbaik dari pakaian moden dan fungsional Taiwan.

Aktiviti Tanpa Henti, Keriangan Tiada Penghujung
Pameran produk bukan satu-satunya ruang yang menarik. Penganjur telah membawa pelbagai rakan kongsi untuk menganjurkan beberapa seminar untuk pertukaran idea. Seminar tersebut termasuklah Seminar Taiwan Excellence- Penyelesaian Pengangkutan Pintar, Seminar Penjagaan Cerdas Taiwan, Taipei IN Style: Pertunjukan Fesyen, Acara Kecantikan VIP Taiwan, Pameran Halal Taiwan, Forum mengenai Latihan Perubatan di Taiwan, Forum Perusahawan e-dagang DigitalTaiwan, Pengenalan Maklumat Kesihatan & Pembedahan Pencernaan Taiwan dari Show Chwan Hospital, Taiwan Excellence eSports Arena dan Taipei Pameran Rakan Kongsi Anda, dan sebagainya.
Persembahan budaya yang menarik dan aktiviti cabutan bertuah telah dirancang sepanjang tempoh Ekspo Taiwan 2018 untuk menghidupkan pameran ke tahap yang baru.
Taiwan Expo 2018 akan berlangsung dari 25 Oktober (Khamis) hingga 27 Oktober (Sabtu) 10 pagi hingga 6 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Penyertaan adalah percuma dan pelawat hanya perlu mendaftar untuk Pas pelawat. Untuk mendaftar bagi aktiviti atau untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi http://mys.taiwanexpoasean.com/ atau platform media social www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/ dan www.instagram.com/taiwanexpo2018_malaysia.
Jadual Acara TAIWAN EXPO 2018 di Malaysia
 Acara Pentas

Tarikh
Masa
Acara
Tempat

25 Okt.
10:00 - 11:30
Majlis Perasmian
KLCC, Dewan 5, Pentas

13:00 - 13:15
Persembahan Budaya Taiwan + Cabutan Bertuah

14:00 - 14:30
Taipei IN Style:Pertunjukan Fesyen + Fungsi

15:00 - 16:00
Acara Kecantikan VIP Taiwan

16:30 - 16:45

26 Okt.
10:30 - 12:30
Pameran Halal Taiwan

13:30 - 13:45

14:00 - 14:20
Pameran Produk – Rakan kamu Taipei

14:30 - 14:45

15:15 - 15:30

27 Okt.
10:30 - 10:40
Persembahan Budaya Taiwan

11:30 - 11:45

12:00 - 16:00
Taiwan Excellence eSports Arena

Mesyuarat Perdagangan

  Tarikh
Masa
Acara
Tempat

25 Okt.
10:00 - 18:00
Mesyuarat-mesyuarat perdagangan
KLCC, Dewan 4&5

Forum Industri

  Tarikh
Masa
Acara
Tempat

25 Okt.
13:30 - 16:00
Pengenalan Maklumat Kesihatan & Pembedahan Pencernaan: Hospital Show Chwan Taiwan
Dewan 3,
Bilik Seminar 2

13:30 - 17:00
Seminar Taiwan Excellence - Penyelesaian Pengangkutan Pintar
Bilik Mesyuarat 304

26 Okt.
10:00 - 12:00
Seminar Penjagaan Cerdas Taiwan
Dewan 3,
Bilik Seminar 2

12:30 - 15:00
Forum Latihan Perubatan di Taiwan

15:00 - 16:40
Forum Digital e-dagang & Perusahawan Taiwan

#        #        #

Mengenai Ekspo Taiwan
Ekspo Taiwan merupakan penyertaan julung kali buat  TAITRA membawakan pelbagai industri keluaran Taiwan yang dipamerkan secara besar-besaran di luar negara. Dipandu oleh empat idea utama iaitu Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan, Pengembangan Bakat, Perkongsian Sumber dan Hubungan Serantau. Di samping pameran produk, ekspo ini akan turut menganjurkan mesyuarat-mesyuarat perdagangan dan forum berasaskan industri terlibat bertujuan untuk meningkatkan interaksi B2B selain pertukaran kebudayaan dan aktiviti kebajikan masyarakat bagi mempromosi dan menggalakkan kehidupan yang lebih baik dan meningkatkan  imej industri.

Penganjur: TAITRA
Diasaskan pada tahun 1970 untuk membantu mempromosikan perdagangan luar negeri, Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA) adalah organisasi separa kerajaan tidak-berasaskan-keuntungan yang ditubuhkan bagi mempromosi perdagangan di Taiwan.

Organisasi tajaan bersama oleh kerajaan, persatuan industri, dan beberapa organisasi komersil, TAITRA membantu industri perniagaan dan pengeluar Taiwan mengukuhkan daya saing antarabangsa mereka dalam menghadapi cabaran pasaran asing. TAITRA menawarkan rangkaian promosi dan maklumat perdagangan yang diselaraskan dengan lebih daripada 1,200 pakar pemasaran antarabangsa yang ditempatkan di seluruh ibu pejabatnya di Taipei dan 50 pejabat di luar negara di seluruh dunia. Bersama dengan organisasi kakaknya, Pusat Dagangan Taiwan (TTC) dan Pusat Dagangan Dunia Taipei (TWTC), TAITRA telah mencipta banyak peluang perdagangan melalui strategi promosi yang berkesan.

Penerangan Logo Expo Taiwan
Logo yang direka khusus untuk Taiwan Expo di Malaysia menggabungkan reputasi Taiwan sebagai kerajaan rama-rama dan kemegahan harimau Malaysia untuk menandakan kerjasama erat ke arah  manfaat bersama.

 (Kuala Lumpur, 25 Okt 2018) Taiwan Expo 2018 di Malaysia yang ditunggu-tunggu secara rasminya dilancarkan pada hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pameran 3 hari ini menampilkan 250 gerai daripada 200 syarikat Taiwan dan mempamerkan gabungan produk yang menarik termasuk basikal terkenal di Taiwan, lengan robotik pintar, hadiah menarik, makanan lazat, produk halaldan banyak lagi. Dengan acara yang menarik pada tahun ini, penganjur yakin  dapat mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan berbanding acara pada tahun lepas.Encik James C.F. Huang, Pengerusi TAITRA merasmikan majlis tersebut dengan ucapan pembukaannya dan seterusnya diikuti oleh tetamu jemutan yang lain termasuk H.E. Anne Hung, Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia; Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia, NCCIM; dan Datuk Bahria bin Tamil, Pengarah Kanan Perhubungan Ekonomi dan Perdagangan Bilateral, Kementerian Perdagangan & Industri Antarabangsa Malaysia.
Acara pada tahun ini telah mendapat sokongan daripada 17 organisasi perdagangan di seluruh Malaysia memandangkan penggiat industri berharap untuk membawa teknologi dan produk Taiwan yang terbaik ke Malaysia sekali gus membentuk perkongsian strategik dengan rakan perniagaan di Malaysia.
Ekspo Taiwan 2018 di Malaysia menampilkan 12 tema pavilion dan lapan ruang pameran yang  berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tema utama pada tahun ini adalah Menghubungkan Taiwan, Menghubungkan Dunia dimana ia menggabungkan enam bidang utama Bandar Pintar, Teknologi Hijau, Penjagaan Kesihatan, Halal Taiwan, Gaya Hidup Taiwan dan Pelancongan Taiwan.
Ekspo Taiwan yang telah diadakan buat kali pertama di Malaysia pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Acara selama tiga hari itu menarik kira-kira 20,000 pengunjung dengan nilai perdagangan berjumlah USD36 juta.
Pameran tersebut ternyata berjaya meningkatkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Taiwan sekali  gus menarik minat ramai peserta untuk melawat Taiwan bagi  meneroka peluang perniagaan. Acara pada tahun ini diharapkan dapat memberikan hasil lebih baik dalam kedua-dua skala dan skop. Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pelbagai acara menarik termasuk demonstrasi, seminar, pertukaran perniagaan, pertunjukan fesyen dan banyak lagi.

Produk IoT Menarik Perhatian
Dua belas tema pavilion  dan lapan ruang pameran dipilih untuk menyerlahkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan, kapasiti produksi serta pemasaran kelas dunia. IoT (Internet of Things) sebagai contoh, ia merangkumi semua aspek gaya hidup moden dari tempat kerja ke tempat kediaman dan dari bandar pintar  ke rumah pintar. Kedudukan Taiwan sebagai peneraju dalam IoT serta dalam industri yang berkembang pesat seperti e-sukan, realiti maya dan pengguna elektronik pastinya akan menjadi pendorong kepada komuniti perniagaan Malaysia yang ingin mendapatkan trend komuniti semasa.
Di samping itu, antara tarikan utama di Taiwan Expo 2018 adalah penampilan pelbagai jenama ICT terkemuka dunia Taiwan di Pavilion Taiwan Excellence, sistem e-dagang yang inovatif di Pavilion Startups Digital Commerce & Startups, pameran IoT oleh Kerajaan Bandar Taipei dan penjagaan perubatan pintar di Pavilion Kesihatan Taiwan. Pameran ini berfungsi sebagai pengenalan tentang bagaimana teknologi Taiwan dapat menjadikan  kehidupan lebih baik, lebih mudah, dan lebih bijak. Ia juga menunjukkan berapa banyak penyelesaian dapat diselaraskan dengan hala tuju pembangunan Malaysia dan peluang-peluang yang menanti untuk diterokai.
Sistem bas pintar yang memantau dan memberi amaran kepada pemandu untuk meningkatkan penumpuan dan sistem automatik ‘waste notification’ yang memberi amaran kepada sistem pemulihan sumber 24 jam apabila ‘thrash can’ 70% penuh sekali gus memberi gambaran penuh tentang apa yang dapat dilihat di bandar pintar pada masa hadapan. Di bahagian perindustrian, lengan robot yang pertama di dunia dengan keupayaan pengenalan visual membolehkannya membezakan objek dengan bentuk, kedudukan, barcode dan warna yang telah terbukti sangat berharga dalam meningkatkan keupayaan pembuatan.
Bagi teknologi hijau pula, tiga kategori utama iaitu Bandar Pintar Mesra Alam & IoT”, Bahan Binaan Mesra Alam dan Teknologi Penjimatan Tenaga akan mempamerkan kelebihan industri teknologi hijau Taiwan.

Halal dan Fesyen, Sisi Lain Taiwan
Jumlah produk dari Taiwan yang diperakui halal yang semakin meningkat dan ramai telah menemui cara yang terbaik untuk menerokai pasaran Malaysia. Pameran Halal Taiwan ini akan memperkenalkan pelbagai produk-produk halal daripada ‘facial mask’ hinggalah kepada makanan sejuk beku. Satu Sidangmediayang  buat julung kali diadakan bagi memperkenalkan produk Halal Taiwan sempena pameran tersebut meningkatkan lagi keterampilan produk Halal Taiwan di Malaysia.
Pameran berkaitan gaya hidup termasuk fesyen, produk kecantikan, budaya berbasikal dan pelancongan juga menjadi tumpuan ramai. Taiwan adalah peneraju dunia dalam industri pembuatan basikal dan menghasilkan 20 juta basikal mewah setiap tahun. Dengan budaya berbasikal yang berkembang pesat di Malaysia, ini adalah masa yang terbaik untuk memperkenalkan basikal Taiwan yang bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, Taiwan juga terkenal dengan beberapa laluan berbasikal yang paling indah di dunia; contohnya Sun Moon Lake Bikeway yang dinobatkan sebagai laluan basikal ke-8 yang paling indah oleh Skyscanner pada tahun 2017.
Sementara itu pengunjung yang berminat dengan fesyen dan aksesori tidak akan kecewa dengan pameran Taipei IN Style yang akan mempamerkan koleksi yang terbaik dari pakaian moden dan fungsional Taiwan.

Aktiviti Tanpa Henti, Keriangan Tiada Penghujung
Pameran produk bukan satu-satunya ruang yang menarik. Penganjur telah membawa pelbagai rakan kongsi untuk menganjurkan beberapa seminar untuk pertukaran idea. Seminar tersebut termasuklah Seminar Taiwan Excellence- Penyelesaian Pengangkutan Pintar, Seminar Penjagaan Cerdas Taiwan, Taipei IN Style: Pertunjukan Fesyen, Acara Kecantikan VIP Taiwan, Pameran Halal Taiwan, Forum mengenai Latihan Perubatan di Taiwan, Forum Perusahawan e-dagang DigitalTaiwan, Pengenalan Maklumat Kesihatan & Pembedahan Pencernaan Taiwan dari Show Chwan Hospital, Taiwan Excellence eSports Arena dan Taipei Pameran Rakan Kongsi Anda, dan sebagainya.
Persembahan budaya yang menarik dan aktiviti cabutan bertuah telah dirancang sepanjang tempoh Ekspo Taiwan 2018 untuk menghidupkan pameran ke tahap yang baru.
Taiwan Expo 2018 akan berlangsung dari 25 Oktober (Khamis) hingga 27 Oktober (Sabtu) 10 pagi hingga 6 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Penyertaan adalah percuma dan pelawat hanya perlu mendaftar untuk Pas pelawat. Untuk mendaftar bagi aktiviti atau untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi http://mys.taiwanexpoasean.com/ atau platform media social www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/ dan www.instagram.com/taiwanexpo2018_malaysia.
Jadual Acara TAIWAN EXPO 2018 di Malaysia
 Acara Pentas

Tarikh
Masa
Acara
Tempat

25 Okt.
10:00 - 11:30
Majlis Perasmian
KLCC, Dewan 5, Pentas

13:00 - 13:15
Persembahan Budaya Taiwan + Cabutan Bertuah

14:00 - 14:30
Taipei IN Style:Pertunjukan Fesyen + Fungsi

15:00 - 16:00
Acara Kecantikan VIP Taiwan

16:30 - 16:45
Persembahan Budaya Taiwan + Cabutan Bertuah

26 Okt.
10:30 - 12:30
Pameran Halal Taiwan

13:30 - 13:45
Persembahan Budaya Taiwan + Cabutan Bertuah

14:00 - 14:20
Pameran Produk – Rakan kamu Taipei

14:30 - 14:45
Persembahan Budaya Taiwan + Cabutan Bertuah

15:15 - 15:30
Persembahan Budaya Taiwan + Cabutan Bertuah

16:30 - 16:45
Persembahan Budaya Taiwan + Cabutan Bertuah

27 Okt.
10:30 - 10:40
Persembahan Budaya Taiwan

11:30 - 11:45
Persembahan Budaya Taiwan + Cabutan Bertuah

12:00 - 16:00
Taiwan Excellence eSports Arena

16:30 - 16:45
Persembahan Budaya Taiwan + Cabutan Bertuah

Mesyuarat Perdagangan

  Tarikh
Masa
Acara
Tempat

25 Okt.
10:00 - 18:00
Mesyuarat-mesyuarat perdagangan
KLCC, Dewan 4&5

Forum Industri

  Tarikh
Masa
Acara
Tempat

25 Okt.
13:30 - 16:00
Pengenalan Maklumat Kesihatan & Pembedahan Pencernaan: Hospital Show Chwan Taiwan
Dewan 3,
Bilik Seminar 2

13:30 - 17:00
Seminar Taiwan Excellence - Penyelesaian Pengangkutan Pintar
Bilik Mesyuarat 304

26 Okt.
10:00 - 12:00
Seminar Penjagaan Cerdas Taiwan
Dewan 3,
Bilik Seminar 2

12:30 - 15:00
Forum Latihan Perubatan di Taiwan

15:00 - 16:40
Forum Digital e-dagang & Perusahawan Taiwan

#        #        #

Mengenai Ekspo Taiwan
Ekspo Taiwan merupakan penyertaan julung kali buat  TAITRA membawakan pelbagai industri keluaran Taiwan yang dipamerkan secara besar-besaran di luar negara. Dipandu oleh empat idea utama iaitu Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan, Pengembangan Bakat, Perkongsian Sumber dan Hubungan Serantau. Di samping pameran produk, ekspo ini akan turut menganjurkan mesyuarat-mesyuarat perdagangan dan forum berasaskan industri terlibat bertujuan untuk meningkatkan interaksi B2B selain pertukaran kebudayaan dan aktiviti kebajikan masyarakat bagi mempromosi dan menggalakkan kehidupan yang lebih baik dan meningkatkan  imej industri.

Penganjur: TAITRA
Diasaskan pada tahun 1970 untuk membantu mempromosikan perdagangan luar negeri, Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA) adalah organisasi separa kerajaan tidak-berasaskan-keuntungan yang ditubuhkan bagi mempromosi perdagangan di Taiwan.

Organisasi tajaan bersama oleh kerajaan, persatuan industri, dan beberapa organisasi komersil, TAITRA membantu industri perniagaan dan pengeluar Taiwan mengukuhkan daya saing antarabangsa mereka dalam menghadapi cabaran pasaran asing. TAITRA menawarkan rangkaian promosi dan maklumat perdagangan yang diselaraskan dengan lebih daripada 1,200 pakar pemasaran antarabangsa yang ditempatkan di seluruh ibu pejabatnya di Taipei dan 50 pejabat di luar negara di seluruh dunia. Bersama dengan organisasi kakaknya, Pusat Dagangan Taiwan (TTC) dan Pusat Dagangan Dunia Taipei (TWTC), TAITRA telah mencipta banyak peluang perdagangan melalui strategi promosi yang berkesan.

Penerangan Logo Expo Taiwan
Logo yang direka khusus untuk Taiwan Expo di Malaysia menggabungkan reputasi Taiwan sebagai kerajaan rama-rama dan kemegahan harimau Malaysia untuk menandakan kerjasama erat ke arah  manfaat bersama.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://comot-pink.blogspot.com/2018/10/jemputan-terbuka-untuk-usahawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taiwan Expo 2018 Produk Halal Taiwan Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 394 hits
Taiwan Expo 2018 Produk Halal Taiwan Kini Di Malaysia Expo Taiwan kembali lagi Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Expo Taiwan kini berlangsung bermula 25hb Oktober hingga 27 Oktober Antara produk yang cukup popular yang terdapat di ...
Halal Tourism In Taiwan Jom Tengok Taiwan Halal Showcase Di Taiwan Expo 2018

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 298 hits
Halal Tourism in Taiwan Jom tengok Taiwan Halal Showcase di Taiwan Expo 2018 Taiwan Expo kembali lagi pada 25 Oktober Taiwan Excellence akan mempamerkan produk Taiwan yang terbaik dengan reka bentuk inovatif serta kualiti hebat Taiwan has m...
The Bos Gaurus Dakap Piala Malaysia 2018 Penyu Menangis Lagi

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 821 hits
Bangkit dari ketinggalan dua kali untuk julang trofi kelapan menerusi sepakan penalti MUHD ARDIE PUTRA SUHAIMI dan AHMAD FAZLI MOHD YADI
Skuad Seladang Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 1350 hits
SHAH ALAM nbsp Perak merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan Terengganu FC 4 1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua dua pasukan terikat 3 3 pada masa sebenar perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah A...
Menikmati Akhir Pekan Di Pameran Otomotif Properti Drive Home Expo 2018

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 225 hits
Pameran otomotif dan properti dalam satu atap bertajuk Drive Home Expo 2018 resmi dibuka hari ini hingga Minggu di Hall 10 ICE BSD City Tangerang Selatan Banten Pameran ini ingin menjawab kebutuhan terhadap rumah dan mobil di ujung tahun in...
Pilpres 2019 Tim Jokowi Ma Ruf Bidik Suara Wni Di Malaysia Taiwan Hingga Arab Saudi

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 260 hits
Untuk menjaring suara pemilih di luar negeri tim kampanye akan menjual program Jokowi yang pro terhadap pekerja dan buruh migran Mulai dari perlindungan terhadap tenaga kerja Indonesia di luar negeri hingga payung hukum yang pro terhadap bu...
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 27 Oktober 2018

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 475 hits
Stadium Shah Alam 9 00 malam 27 10 2018Berikut adalah keputusan semasa Piala Malaysia peringkat akhir antara Terengganu FC menentang Perak FA penentuan penalti Terengganu FC 3 3 PerakTFC X X OPFA O O O OPasukan bola sepak Perak memenangi pe...
Senarai Nama Syarikat Perniagaan Scam Yang Dikeluarkan Oleh Bank Negara 2018

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 1069 hits
AssalamualaikumRamai gila di Malaysia sebenar kaki scammer yang cari makan dengan jalan yang haram hari ni aku hendak mendedahkan senarai nama syarikat perniagaan scam yang telah disahkan oleh Bank Negara Malaysia 1 1globalcash 2 1Gold com ...
Ukm Binaan Lpei Tembus Pasar Mesir Di Trade Expo Indonesia 2018

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 228 hits
Lembaga Pembiayaan Ekspor Indonesia turut berperan aktif dalam acara Trade Expo Indonesia 2018 yang diselenggarakan selama 5 hari di Indonesia Convention Exhibition BSD Banten Dalam acara ini LPEI memboyong 44 UKM binaan
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa