Jemputan Ke Eckare Grand Launching Di Klcc Convention Centre
Teruja sebenarnya sebab dah lama tak sertai acara yang ada tema ni. Memandangkan hari Sabtu 9 Mac, hari tu umi free, jadi dapatlah umi hadir bila dapat jemputan dari PR ke majlis ecKare Grand Launching., Kiranya ni event penutup sebelum Ramadan yang akan tiba 2 hari lagi. Jadi dapatlah makan sedap-sedap sampai puas gitu.
Mujur ada pakaian yang berkilat menepati tema Elegant and glamour tapi tak sanggup terlalu glamor sebab dah tua dah kan. Cik Meya pula jadi MUA yang makeup dengan dinner look. Uish scary tengok lepas dinner tu sebab umi memang tak suka makeup yang heavy tapi kena paksa haha
Waktu melalui laluan ke Grand Ballroom, KLCC Convention Centre, para tetamu disambut dengan waiter dan waitress yang offer minuman lemonade di sepanjang laluan tu. Macam pelik sebab tak ada liquor seperti kelaziman kalau ada event besar dan gemilang ni.
Tapi bagus la, tak lah subahah kan
Rata-rata yang hadir adalah dealer, agent, stokis orang Malaysia dan orang Taiwan
Jam 6.20 malam, pintu ballroom dibuka dan seating tu ikut apa yang dah diberitahu sewaktu membuat pendaftaran
Bila sampai kat meja dan duduk, terus dihidangkan dengan teh china dan lemonade
Kata-kata ucapan pun tak lama selepas dua orang emcee memperkenalkan beberapa tetamu VVIP dan serving pun bermula.
Okay, umi share sajian yang sedap ni dan memang food kat KLCC Convention ni memang sedap, faham-faham jer la harganya berapa kan
Special 8 Course Chinese Set Dinner
1st courseFive happiess platterSzechuan-style spicy sea whelk with pickled vegetablesChilled green mussels with garlid herb oilPrawn coctail slad with Oriental coleslaw dressingCheese dumplings with breadcrumbs
2nd CourseDouble-boiled supreme broth silie chicken and treasures of the sea
3rd courseParcel of fortuen treasusre duck with "fatt-choy" sea moss
4th CourseCrispy fish fillet with Asian spice "Portugese" Style
5th CourseDeep-fried ocean prawn with Japanese roasted sesame aioli
Info : Aioli, allioli atau aïoli atau; Provençal Occitan: alhòli atau aiòli; Catalan: allioli; Bahasa Sepanyol: alioli ialah sos sejuk yang terdiri daripada emulsi bawang putih dan minyak zaitun; ia ditemui dalam masakan Mediterranean barat laut
6th CourseBraised beancurd puff with "Wah-Wah" cabbage and dumpling
Sambil makan tu, dua orang emcee berceloteh dan Dato Tony Peng dan Jacky Wu (penyanyi Taiwan) pula sumbangkan lagu bukan lagi cina tapi lagu Fly Me To The Moon
Umi tak tunggu pun untuk sajian seterusnya sebab kalau tunggu mau lewat walau ada cabutan bertuah dan kalau ada rezeki boleh menang Macbook Air tapi, kawan semeja pun nak gerak lagipun rehat tu penting kan
7th CourseOriental wok-fried rice with shrimp paste and barbeque dry chicken meat
8th CourseDuo of Chinese desserts
Terima kasih untuk PR team yang jemput, boleh kenal mereka dengan lebih dekat dan mesra. Memang team diaorang ni best dan friendly
Mungkin ada masa dan ruang boleh la umi join event gah seperti ni yang entah berapa kosnya sebab yang dijemput bukan orang biasa-biasa
Akhirnya dapat juga buat entri event yang umi hadiri pada 9 Mac yang lalu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2024/03/jemputan-ke-eckare-grand-launching-di.html