Jemput Jemput Aka Cekodok Ikan Bilis Garing Di Luar Dan Lembut Di Dalam





Saya sebenarnya tak tahu kenapa terasa sangat marah dengan pihak kerajaan yang bila membuat sesuatu peraturan baru yang menyusahkan dan membebankan rakyat. Contoh terbaharu ialah pengambilan pembantu rumah yang sekarang ini, jika melalui agensi kita perlu membayar RM17-20 ribu. Mampu kah orang yang bergaji biasa untuk membayar sebanyak ini.
Kenapa jadi begitu? Kenapa jadi begitu, tak pasti. Tapi yang pasti untuk membuat permit juga, kos tinggi seperti bom. Sekarang majikan tak boleh membuat permit sendiri secara online seperti sebelum ini. Kini kena melalui agen. Bila melalui agen, kos perlu dibayar hampir RM10 ribu. 10 ribu ringgit OK, bukan 10 ribu rupiah. Adakah duit sebanyak ini untuk rakyat marhaen biasa? 
Kalau anak ramai, mereka juga tak mampu untuk membayar nurseri. Jadi apa peranan kerajaan dalam membantu rakyat untuk mendapatkan pembantu rumah dengan kos yang lebih berpatutan? 
Fikir fikirkan lah kerana setiap pemimpin yang gaji dibayar dari duit rakyat, ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Anda akan ditanya, pasti akan ditanya apa yang telah anda lakukan dengan amanah tersebut. OK setakat ini dahulu, semoga ada pihak yang berkenaan membaca atau mengambil berat perkara seperti ini.  

Jemput jemput aka Cekodok ikan bilis ini semua orang pun pandai buat kan? Campak campak jer semua tapi walaupun masakan atau kuih muih simple, saya cuba juga cara orang lain kerana mencari ilmu ini tiada sempadannya. Dengan cara ini, kita sentiasa mencuba mencari kelainan pada apa yang telah kita biasa buat. Saya belajar atau ikut resipi hari ini di SINI. 
Saya suka jemput jemput atau cekodok ikan bilis seperti ini yang garing di bahagian luar tapi masih lembut di dalam.  Kalau masa saya di kampung dulu, cicah gula jer tapi sekarang ini, saya cicah dengan sos cili. Saya pun tak ingat kalau rumah saya di kampung dulu, pernah ada sos cili atau sos tomato. Rasanya tak ada, yang ada hanya kicap, cuka dan budu sahaja. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Nampak simple tapi sedap tau. Selamat mencuba...




Cekodok Ikan Bilis 
Oleh: Azie Kitchen


Bahan-bahan:
230 gram/2 cawan tepung gandum
30 gram ikan bilis
1 biji bawang besar merah - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 ½ cawan air


Cara cara:
Cuci ikan bilis dengan sedikit air.  Satukan tepung dengan bahan hiris. Tuangkan 250 ml atau 1 cawan air dan gaulkan perlahan-lahan.
Bila dah mula sebati, tambah 125 ml atau ½ cawan air lagi.Bergantung kepada kepekatan adunan, boleh tambah air atau tambah tepung dan garam.
Gaulkan sehingga tidak lagi berketul dan biarkan untuk 5 minit supaya tepung dapat menyerap air dengan sepenuhnya.

Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan api yang sederhana panas supaya jemput-jemput tidak hangus. Masukkan 1 sudu besar adunan untuk setiap keping jemput-jemput. Nota: Jangan risau kalau, jemput-jemput kelihatan melekat. 
Biarkan bahagian bawahnya masak dan mula menjadi garing. Ini akan memudahkan kita asingkan dengan menggunakan garpu.

Kemudian bila bahagian bawahnya sudah mula berwarna kuning keemasan, kita balikkan supaya bahagian atas pula dapat masak. Bila kedua-dua belah sudah berwana perang keemasan seperti ini, jemput-jemput sudah boleh diangkat untuk dihidangkan.
Jemput-jemput ikan bilis atau cucur ikan bilis boleh dihidangkan bersama sos cili kegemaran anda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/09/jemput-jemput-aka-cekodok-ikan-bilis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng

Resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 183 hits
Resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Assalamualaikum Salam Sejahtera Hi korang Hari ini Murni nak berkongsi resipi sambal tomato ikan bilis goreng Masakan ni boleh dikatakan salah satu makanan yang Murni suka makan dan yang pastinya bila ...
Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Di Luar Lembut Isinya

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Di Luar Lembut Isinya

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 223 hits
Mari memasak sotong goreng tepung Resepi dari Che Nom resepi yang tak pernah gagal jom kita cuba Tak serupa bukan bermakna gagal tetapi kita kena cuba banyak kali barulah mungkin rasanya atau rupa masakan tu dekat nak sama hehe usah putus a...
Anak Asyik Bergaru Awasi Ruam Kasar Luar Biasa Mungkin Dijangkiti Scarlet Fever

Anak Asyik Bergaru Awasi Ruam Kasar Luar Biasa Mungkin Dijangkiti Scarlet Fever

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 150 hits
Bila tiba musim panas mulalah kulit anak menjadi kemerah merahan dan ruam yang ketara Namun jangan dibiarkan ruam ini berlarutan Dibimbangi anak terkena Scarlet Fever Menurut perkongsian ruam yang disebabkan oleh Scarlet Fever ini meninggal...
Warga Filipina Mulai Boleh Lepas Masker Di Luar Ruangan

Warga Filipina Mulai Boleh Lepas Masker Di Luar Ruangan

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 211 hits
Meski bukan keharusan namun warga lanjut usia dan orang dengan gangguan kekebalan sangat dianjurkan untuk terus mengenakan masker
Waketum Ppp Tak Khawatir Suharso Melawan Lewat Muktamar Luar Biasa

Waketum Ppp Tak Khawatir Suharso Melawan Lewat Muktamar Luar Biasa

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 137 hits
Terlebih untuk menggelar Muktamar Luar Biasa membutuhkan dukungan 2 3 DPW dari 34 provinsi dan 2 3 DPC dari 480 pengurus PPP di kabupaten kota Syarat tersebut harus terpenuhi untuk menggelar Muktamar Luar Biasa
Konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 Di Kuala Lumpur Luar Biasa

Konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 Di Kuala Lumpur Luar Biasa

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 295 hits
Assalammualaikum semua Bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil 9 September 2022 Ruby berkesempatan ke Seawal jam 5 30 petang Ruby bertolak cuaca hari ini hujan sepanjang petang Pada mulanya ingin menaiki motosikal Namun kami naik kereta sebab...
Menteri Luar Jerman Buat Lawatan Mengejut Ke Kyiv

Menteri Luar Jerman Buat Lawatan Mengejut Ke Kyiv

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 216 hits
Menteri luar Jerman buat lawatan mengejut ke Kyiv Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Sep 2022 11 30PM
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti