Jelita Prihatin 2019 Tanda Anak Jadi Mangsa Buli Siber


Media sosial adalah platform yang kini telah menjadi medium utama untuk berhubung, mendapatkan dan menyebarkan maklumat. Kini, media sosial juga digunakan sebagai platform membeli-belah dalam talian. Ternyata, penggunaan media sosial ini ada banyak faedahnya namun tanpa pengawasan dan pengetahuan dalam penggunaannya, media sosial boleh disalah guna untuk tujuan yang tidak baik.
Gambar: Shutterstock
Sebagai contoh, buli siber. Menurut Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (sms), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Tambahan lagi, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) lebih daripada 22 juta rakyat Malaysia adalah pengguna media sosial dan pelajar sekolah adalah golongan yang banyak menghabiskan paling banyak masa dalam seminggu di dalam talian. Gejala buli siber ini juga kebanyakan berlaku di kalangan remaja dan kanak-kanak.
Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti anak anda adalah mangsa buli siber? Mangsa buli siber akan menunjukkan beberapa tanda yang perlu anda ambil perhatian.
Tekanan Emosi Jika anak anda adalah mangsa buli siber, mereka mungkin akan mengalami tekanan emosi. Biasanya, tekanan emosi ini akan berlaku semasa atau selepas mereka menggunakan Internet atau media sosial. Mereka mungkin akan rasa sedih, tertekan, marah atau geram. Ada juga yang akan merasakan rendah diri selepas membaca komen atau status yang dimuatnaik di media sosial mengenai diri mereka.
Rutin Harian Tidak Menentu Menurut Polis Diraja Malaysia, mangsa buli siber juga akan mengalami rutin harian yang tidak menentu. Ini bermakna, jika anak anda adalah mangsa buli siber, mereka mungkin hilang selera makan dan mereka tidak boleh tidur kerana sering mengalami mimpi mengenai perkara yang berlaku di dalam media sosial. Kesihatan mereka juga mungkin akan terjejas.
Sentiasa Gelisah Antara tanda buli siber yang dikongsikan oleh Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, mangsa buli siber akan sentiasa rasa gelisah apabila mereka mendapat mesej teks atau e-mel. Ini kerana mereka takut jika mesej atau e-mel yang diterima adalah berbaur hinaan atau kutukan pada diri mereka sehingga membuatkan mereka rasa rendah diri dan tertekan.
Keputusan Merosot Buli siber ini bukan sahaja terkesan pada emosi dan sosial anak tetapi juga dari segi akademik mereka. Mereka mungkin akan mengalami kemerosotan dalam akademik kerana terlalu tertekan dengan hinaan yang diterima di media sosial. Mereka mungkin tidak dapat fokus dalam pelajaran dan seterusnya akan hilang minat untuk ke sekolah jika pembuli siber itu datang daripada rakan dari sekolahnya sendiri.
Depresi Jika masalah buli siber ini tidak dibendung dari awal, ia mungkin akan menyebabkan anak anda mengalami simtom depresi atau tertekan. Mereka akan mula mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan lain. Anak akan menjadi lebih murung kerana mereka sentiasa menjadi objek ejekan rakan di media sosial. Jika ia tidak dikesan lebih awal, mereka mungkin lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau mengancam untuk membunuh diri.
Berhenti Menggunakan Teknologi Bagi mangsa buli, satu-satunya cara untuk mengelakkan diri mereka dari terus dibuli adalah dengan menjauhkan diri daripada punca mereka dibuli. Dalam kes seperti buli siber, mangsa mungkin akan berhenti menggunakan teknologi seperti komputer, telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya. Jika anak anda menunjukkan tanda ini, kemungkinan besar mereka adalah mangsa buli siber.
Menjauhkan Diri Salah satu tanda mangsa buli siber adalah mereka akan menjauhkan diri dari perhimpunan sekolah, kumpulan, rakan dan juga keluarga. Mereka sering duduk di dalam bilik dan sentiasa mengelak daripada melakukan aktiviti bersama keluarga atau rakan. Mereka gemar bersendirian dan jauh daripada orang lain kerana mereka merasakan diri mereka sentiasa menjadi objek ejekan orang sekeliling.
Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Klik dengan Bijak) dan Facebook Polis Diraja Malaysia
The post Jelita Prihatin 2019: Tanda Anak Jadi Mangsa Buli Siber appeared first on Her Inspirasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://herinspirasi.com/kem-keluarga/jelita-prihatin-2019-tanda-anak-jadi-mangsa-buli-siber/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Gantung Diri Selepas Bertengkar Dengan Anak Di Hari Pertama Cny 2019

Ibu Gantung Diri Selepas Bertengkar Dengan Anak Di Hari Pertama Cny 2019

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 422 hits
The ReporterPerayaan Tahun Baharu Cina sepatutnya merapatkan hubungan ahli keluarga yang berkumpul beramai ramai tetapi tidak bagi keluarga ini di Taipei yang bertukar menjadi tragedi Dalam kejadian yang berlaku pada hari pertama Tahun Baha...
Tanda Anak Mengalami Tekanan Perasaan Dan Stress

Tanda Anak Mengalami Tekanan Perasaan Dan Stress

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 707 hits
Tanda Anak Mengalami Tekanan Perasaan Dan Stress Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Saat ini Sha baru membaca buku Pendidikan Pencegahan Dadah Panduan Ibubapa guru majikan komuniti media daripada panel pendidikan pencegahan Agensi ...
Isteri Banyak Berdikari Suami Jangan Pula Lepas Tangan Di Kemuncak Depresi Isteri Anak Boleh Jadi Mangsa

Isteri Banyak Berdikari Suami Jangan Pula Lepas Tangan Di Kemuncak Depresi Isteri Anak Boleh Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 1177 hits
Isteri suka berdikari memang tidak dinafikan memudahkan pelbagai urusan rumah tangga Tapi para suami jangan pula ambil kesempatan dan lepas tangan dengan alasan tidak mahu terlalu memanjakan berkongsi ada di kalangan warganet bergelar ibu p...
Anak Datuk Seri Siti Nurhaliza Tak Tercalon Ame 2019 Aafiyah Tak Penuhi Kriteria

Anak Datuk Seri Siti Nurhaliza Tak Tercalon Ame 2019 Aafiyah Tak Penuhi Kriteria

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 570 hits
Siti Aafiyah Khalid anak kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak tercalon dalam senarai Si Cilik Meletop Anugerah MeleTop Era 2019 2019 Perkara tersebut viral dan mengundang rasa tidak puas hati oleh pemin...
Nama Pendek Penuh Makna Pilihan Ustaz Don Untuk Anak Ketiga Don Sulaiman Penyeri Keluarga

Nama Pendek Penuh Makna Pilihan Ustaz Don Untuk Anak Ketiga Don Sulaiman Penyeri Keluarga

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1858 hits
Nama pendek penuh makna pilihan ustaz don untuk anak ketiga Don Sulaiman penyeri keluarga Ustaz Don Daniyal Dr Husna Zahry Kelahiran Don Sulaiman diumumkan Dr Husna melalui Instagramnya setelah 7 hari bersalin Don Sulaiman telah dilahirkan ...
Berdebar Hanya Tuhan Yang Tahu Tapi Suami Teruja Timang Anak Pertama Datin Dynas

Berdebar Hanya Tuhan Yang Tahu Tapi Suami Teruja Timang Anak Pertama Datin Dynas

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 430 hits
Berita tentang kehamilan Datin Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Datin Dynas sudah ketahui umum Kini usia kandungan Datin Dynas mencecah ke tujuh bulan hasil perkahwinannya dengan Datuk Mohamad Shazrik Che Mohd Din D...
Ibu Bapa Tak Pernah Ambil Vaksin Untuk Anak Jangan Panik Masih Berpeluang Buat Suntikan

Ibu Bapa Tak Pernah Ambil Vaksin Untuk Anak Jangan Panik Masih Berpeluang Buat Suntikan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 640 hits
Selepas mengetahui kepentingan vaksin mama papa yang mungkin selama ini mempunyai pendirian tidak mahu mengambil vaksin atau benar benar terlepas jadual imunisasi anak boleh mendapatkan vaksin di klinik Menurut menerusi perkongsiannya ibu b...
Itinerari Menjejak Aurora Di Lofoten Bersama Anak Anak

Itinerari Menjejak Aurora Di Lofoten Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 304 hits
Sebagai rasa terima kasih kerana mengikuti catatan perjalanan kami ke Lofoten bersama anak anak dan keterujaan kami bertemu Aurora maka kami hasilkan eBook Lofoten khas untuk anda Buat masa ini kami tuliskan itinerari ringkas di dalam eBook...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities