Jelang 2020 Ini 10 Tuntutan Ekonomi Rakyat


1.     PENUHI kuota 1.7 juta perjawatan awam dan jana peluang pekerjaan

Jumlah perjawatan awam yang telah diisi ialah 1.57 juta (92 peratus) daripada jumlah sebenar keseluruhan 1.7 juta. Tidak perlu merasionalisasi saiz perjawatan awam untuk mengurangkan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan. Keadaan ekonomi yang perlahan memerlukan penjanaan pekerjaan yang lebih banyak. Seramai 51,000 graduan masih menganggur selepas setahun tamat pengajian dan lebih kurang 25,000 pekerja swasta telah diberhentikan. Rakyat menunggu 350,000 kerja di bawah inisiatif MalaysiaKerja.

2.     Pertumbuhan dan permulaan gaji lebih tinggi

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan kadar penengah dan purata bagi gaji serta upah bulanan pekerja masing-masing meningkat 6.6 peratus dan 7.0 peratus. Namun begitu, gaji pokok bulanan bagi pekerja tanpa pengalaman menurun sekitar 0.1 peratus hingga 1.0 peratus. Gaji benar graduan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian pada tahun 2010 ialah RM2,288, menurun kepada RM2,169 pada tahun 2018. Rakyat mengharapkan pertumbuhan gaji lebih besar selaras dengan tekanan kos sara hidup yang cukup membebankan.

3.     Pulih prestasi tabungan awam

Dalam tempoh 12 bulan Pakatan Harapan mentadbir negara, prestasi tabungan awam lemah ekoran ketidaktentuan dalam pasaran modal, ‘impairment losses’ dan ketidakjelasan polisi ekonomi Kerajaan Persekutuan. Hibah Tabung Haji, dividen LTAT, dividen ASB dan dividen KWSP diharap lebih baik selepas fasa ‘corrections’ yang telah dilakukan selama ini. Penjualan aset-aset strategik perlu diteliti agar tidak berlaku usaha mensabotaj untuk melemahkan pegangan ekuiti majoriti rakyat Malaysia.

4.      Kawal harga makanan

Indeks Harga Pengguna November 2019 meningkat 0.9 peratus daripada 121.0 kepada 122.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Faktor kenaikan indeks antaranya berpunca daripada sub indeks Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (1.5 peratus). Tiada pilihan lain sama ada memastikan rantaian bekalan makanan cukup, tidak dimanipulasi kartel atau tingkatkan kuasa beli rakyat. Bil import makanan telah mencecah RM54 bilion manakala eksport RM35 bilion pada tahun 2018. Defisit perdagangan makanan telah membengkak sehingga RM18 bilion (2018).

5.     Kawal harga rumah

Banyak inisiatif dan kempen pemilikan rumah pertama telah diteruskan sehingga akhir tahun 2020. Indeks Harga Rumah di Malaysia menunjukkan peningkatan bagi semua jenis rumah. Ia telah meningkat 1.7 mata pada Suku Kedua 2019 (194.8) berbanding Suku Kedua 2018 (193.1). Pembinaan rumah mampu milik mesti lebih berobjektif bagi mengelakkan ‘overhang’. Penurunan had ambang kelayakan pembeli warga asing kepada RM600 ribu membuka ruang spekulatif lebih luas.

6.     Bendung risiko kenaikan tarif elektrik

Ketegangan geopolitik dan prospektus perang semakin kritikal. Harga minyak mentah dan gas bagi WTI dan Brent melonjak naik sehingga 3 peratus ekoran tentera Amerika membunuh Jeneral Qassem Soleimani beberapa hari lalu. Jika situasi ketegangan ini berterusan, tidak mustahil tarif elektrik bagi pengguna komersial dan industri khususnya akan meningkat bagi Separuh Kedua tahun 2020. Walau bagaimanapun, pengguna domestik mengharapkan tarif elektrik kekal sehingga akhir tahun berdasarkan mekanisme ‘Incentive Based Regulations’.

7.     Kekal tarif air

Ura-ura kenaikan tarif air akan berlaku pada Suku Pertama 2020. Hampir semua negeri bersetuju untuk menaikkan tarif meskipun dikatakan tidak membebankan. Kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen setiap 1,000 liter. Rakyat Selangor khususnya pasti marah jika kenaikan tersebut dituruti dengan gangguan bekalan air yang berpunca daripada pencemaran sisa toksik daripada pihak industri yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, tidak semua lagi rakyat Selangor menikmati air percuma 20 meter padu.

8.     Pulang semula keistimewaan PTPTN

Tiada apa-apa peruntukan mengenai PTPTN pada tahun 2020. Rakyat masih menunggu hasil Kertas Konsultasi Rakyat untuk mekanisme baharu PTPTN. Rakyat tidak mahu terbeban dengan pinjaman pendidikan tinggi. Pergantungan rakyat kepada PTPTN harus dikurangkan secara berperingkat. Kerajaan harus fikirkan pengecualian 100 peratus kos yuran pendidikan tinggi. Jika Kerajaan boleh menanggung subsidi penuh yuran pendidikan tinggi, rakyat tidak akan tanggung kos lebih besar.

9.     Beri subsidi petrol

Program Subsidi Petrol diumumkan dalam Belanjawan 2019. Namun sehingga kini gagal dilaksanakan walaupun kontrak RM25 juta telah dianugerah kepada GHL awal tahun 2019 lalu. Cadangan subsidi seringgit sehari tidak praktikal dan pada masa yang sama harga runcit dilepaskan berperingkat mengikut harga pasaran global. Tidak cukup hanya ditangguh, Kerajaan Persekutuan perlu menstabilkan harga runcit petrol. Tambahan pula, Ringgit Malaysia telah jatuh ke paras RM4.09 berbanding Dollar Amerika.

10.     Turun kadar tol, tolak konsesi swasta

 Jangan dijual PLUS kepada pihak swasta. Apa guna jika kadar diturunkan tetapi konsesi dilanjutkan? Mengapa PLUS milik negara (Khazanah dan KWSP) mahu dijual tetapi lebuh raya milik GAMUDA mahu dibeli? Kerajaan bukan mahu hapus tol sebaliknya mengenakan caj kesesakan untuk membiaya terbitan bon untuk membeli GAMUDA. Kerajaan untung tidak perlu bayar pampasan, GAMUDA untung konsesi telah dibeli dan boleh mulakan projek di Pulau Pinang, tetapi rakyat terus dimangsakan dengan caj baharu

MIOR ISFANDY MIOR AZIZAN – HARAKAHDAILY 5/1/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/jelang-2020-ini-10-tuntutan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Beri Kelantan Rm400 Juta Untuk Kesejahteraan Rakyat Dan Peningkatan Ekonomi

Tun M Beri Kelantan Rm400 Juta Untuk Kesejahteraan Rakyat Dan Peningkatan Ekonomi

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 406 hits
Kerajaan Kelantan menerima wang one off daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak RM400 juta pada bulan lalu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata wang one off berkenaan adalah pertama kali diterima Kelantan darip...
Ini Peluang Dan Tantangan Ekonomi Indonesia Di 2020 Versi Sri Mulyani

Ini Peluang Dan Tantangan Ekonomi Indonesia Di 2020 Versi Sri Mulyani

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 270 hits
Sri Mulyani menambahkan pada tahun ini pertumbuhan ekonomi ditargetkan 5 3 persen dalam Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara Pertumbuhan itu ditopang oleh sektor konsumsi dan investasi sebagai motor penggerak utamanya
Jelang Nataru 2020 Tol Pekanbaru Dumai Dibuka Fungsional Selama 10 Hari

Jelang Nataru 2020 Tol Pekanbaru Dumai Dibuka Fungsional Selama 10 Hari

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 224 hits
Jalan Tol Trans Sumatera mulai dibuka sejak hari ini Senin hingga awal Januari 2020 mendatang Gubernur Riau Syamsuar membuka jalan tol secara perdana sebagai tanda boleh dilalui kendaraan umum
Etunai Rakyat 2020 Cara Tebus Dapatkan Rm30 Kredit Ewallet Anda

Etunai Rakyat 2020 Cara Tebus Dapatkan Rm30 Kredit Ewallet Anda

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 708 hits
Install antara aplikasi yang terlibat untuk dapat insentif RM30 e Tunai Rakyat yang akan mula diberi pada 15 Januari 2020 nanti Maksudnya jumlah itu akan dikreditkan dalam akaun e wallet anda Tapi pastikan dah install serta daftar dahulu me...
Pdip Panaskan Mesin Partai Jelang Pilkada 2020 Di Jatim

Pdip Panaskan Mesin Partai Jelang Pilkada 2020 Di Jatim

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 238 hits
Pelatihan kader PDIP ini diikuti peserta dari 19 kabupaten kota yang akan menggelar Pilkada 2020 di Jawa Timur Dirinya pun berharap dapat mewujudkan PDI Perjuangan sebagai partai pelopor seperti amanat Kongres Bali 2019
Tahun Dah Masuk 2020 Tapi Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Tersekat Dizaman Batu Ini Buktinya

Tahun Dah Masuk 2020 Tapi Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Tersekat Dizaman Batu Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 505 hits
WALAUPUN hari ini melangkah ke tahun 2020 namun sikap masyarakat negara ini masih tidak berubah dan suka membuang sampah merata merata Ini terbukti apabila pekerja Alam Flora Sdn Bhd mengutip sembilan tan sampah sarap yang dibuang orang ram...
Iklim Ekonomi Malaysia Lebih Baik Pada 2020

Iklim Ekonomi Malaysia Lebih Baik Pada 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 384 hits
Meskipun diramal akan mengalami gugatan ekonomi Malaysia bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang tidak jauh beza dengan dengan 2019 pada tahun ini Beberapa pakar ekonomi yakin keluaran dalam negara kasar akan mencapai 4 8 pada 2020 Menur...
5623 Rakyat Malaysia Rugi Rm1 8 Bilion Harian Metro 02 01 2020

5623 Rakyat Malaysia Rugi Rm1 8 Bilion Harian Metro 02 01 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 497 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia merekodkan kerugian dialami rakyat Malaysia mencecah RM1 8 bilion membabitkan kes ceti haram keldai akaun dan scam Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata faktor sikap menjadi punca utama mengapa masih ...
Ketua Dpr Mari Hadapi Tantangan Ekonomi Politik 2020 Dengan Gotong Royong

Ketua Dpr Mari Hadapi Tantangan Ekonomi Politik 2020 Dengan Gotong Royong

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 187 hits
Puan Maharani menyebut tahun politik 2019 telah dilewati dengan suksesnya penyelenggaraan pemilu legislatif dan pemilihan presiden Puan berjanji anggota DPR terpilih akan menjalankan fungsinya dengan baik
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator