Jeju Trip 2023 Hari Pertama Di Jeju


Sila Baca : Jeju Trip 2023 : Transit di Singapura ( Part 2) 


Kami berlepas dari Changi Airport pada pukul 1210am dan sepanjang check in tiada masalah dari imigresen Singapura dan semuanya berjalan lancar dengan baik.


Penerbangan adalah selama 5 jam 45 minit. Dan kami tiba di Jeju pada pukul 0645am dimana waktu di Jeju lewat 1 jam bermakna waktu sebenar di Malaysia ialah 0545am.


Semasa kami tiba di Jeju, saya katakan pemeriksaan agak ketat dan perkara pertama ialah pemeriksaan Covid-19. Semasa saya membuat kajian tiada pula masalah ini dimana kami hanya diminta mengisi borang K-ETA selewat 72jam sebelum ke sana,


Tiba-tiba ada pula keperluan dibawah ini dimana anda boleh download OR Code dan isi atau lakukan secara manual.
Aku dan wife isi secara manual dan dua kali kena reject sebab tak isi alamat tempat tinggal. Aku tunjukkan borang K-ETA  tapi dia nak juga OCode tu.




Pastikan anda isi keduanya dan anda boleh KLIK SINI untuk ketahui lebih lanjut. Baru tadi buat carian tentang QCode,


Selepas tu ada lagi satu saluran Imigresen dimana pengesahan pasport kami melalui Bio-Metrik. Itu tiada masalah ler sebab ini proses biasa sahaja tapi makan masa yang agak lama.


Selepas itu kami mengambil bagasi kami dan semasa nak ambil . Bagasi kami di bawa ke tempat pemeriksaan. Bagasi yang harus melalui pemeriksaan akan dilekatkan penanda dan kemudian imigresen akan menyuruh anda membukanya.


Semasa pemeriksaan bagasi pertama kami yang di tanda ialah kerana dalam bagasi tersebut banyak makanan yang kami bawa dan kesemuanya diluluskan oleh pihak imigresen. Termasuk shampoo kecil serta losyen cecair satu pek.


AMBIL KERETA SEWA









Tiba di Jeju hari hujan pula tapi tak lebat cuma rintik-rintik halus tetapi boleh tahan sejuknya sebab kami tak bawa baju sejuk sebab musim Bunga kan. Paling sejuk pun dalam 17C tapi hari ini 15C dan hujan. Boleh tahan jugak kami tahan sejuk..hehehehe.


Sebaik sahaja anda selesai pemeriksaan imigresen maka anda harus pergi ke Gate 5 dan hendak ke sana anda kena lintas jalan raya dan pergi ke stesen shutte bas yang akan ambil anda ke tempat sewa kereta. Walaupun anda menyewa kereta melalui Rental.com tapi Renta.com akan berutahu syarikat mana anda sewa kereta dan kami  SK Rental.


Sebaik sahaja anda sampai ke Terminal Shuttle bas anda kena cari monitor TV dan ia akan tunjukkan lokasi no tempat bas pengangkutan  syarikat kereta yang anda sewa. Maka anda pergi ke lokasi no yang diberi dan naik ler bas tersebut. Kalau tak faham anda boleh tanya pada mana-mana drebar bas kat sana.Aku pun tanya jugak sebab tak jumpa no lokasi bas SK Rental tu ..hehehehehe.


Sebaik sahaja anda naik, maka anda akan dihantar terus ke syarikat kereta tersebut dan anda pergi ke bahagian informasi dan tunjukan semua maklumat anda.


Dan selepas tu anda akan diberikan borang pemeriksaan dan anda kena ambil kereta tu sendiri.  Pada mulanya aku tak boleh start kereta tersebut. Untuk pegetahuan ia kereta pakai start button jenis Hyundai Avante. 

INI CONTOH BORANG PEMERIKSAAN KERETA. Masa pulang anda kena beri dan mereka akan periksa
Aku ambil insuran penuh iaitu CDW (Collision Damage Waiver)  dimana jika ada calar, aku tak kena denda. Hanya jika berlaku kemalangan atau salah isi minyak baru aku kena denda. Dan nasihat saya baik ambil. Harga aku kurang pasti kerana pakej kereta dah siap CDW.


Maklumat lanjut CDW- KLIK SINI



Ini harga CDW mengikut syarikat.


Sekali lagi aku terpaksa minta tolong dan masalahnya ialah aku tak tekan kita butang start kereta tu. Aissk ..buat malu sahaja.


Anda akan bawa kereta ke bahagian pemeriksaan dimana mereka akan tunjukkan keadaan kereta sebelum anda pandu dan jika ada masalah. Anda akan kena bayar kompaun.


Dan aku sangat galakkan anda ambil sebab cara pemanduan di sana sebelah kanan dan pasti akan ada calar-calar. Ini dari pengalaman aku..hehehehehe.




PERJALANAN PERTAMA KAMI 
Untuk pengetahuan kesemua intineri ini kami dah siapkan awal-awal dan kami mengikut intineri ini berdasarkan jarak dari satu tempat ke tempat dan akhir sekali ke hotel kami.

Di Jeju terdaoat 3 daerah terbesar iaitu Jeju City, Seogwipo dan Seokjipo. Saya akan pergi ke Seogwipo dahulu dan sepanjang perjalanan saya akan singgah semua kawasan perlancongan yang ada.  Dan selepas itu ke Seokjipo dan terakhir ke Jeju City dan balik Malaysia.

Ini adalah intineri terpadat saya selama 5 hari 6 malam. Dan saya akan berikan nanti intineri penuh ini pada anda. Walau bagaimana pun kami jangkakan tidak semua dapat kami penuhi.



Perjalanan kami bermula pada 1130am, dan masalah pertama ialah bagaimana nak bawa kereta sebelah kiri. Memang kekok sangat dan masa 10 minit pertama aku dah kena speed trap langgar lampu merah...

Kemudian semasa corner, aku himpit terlebih sebelah kanan dan langgar tiub divider dan menyebabkan kereta calar sedikit.
Hari pertama ialah hari stress aku dan waktu yang sama hujan pula. Dan mengikut jadual aku harus ke Seogwipo dahulu iaitu perjalanan 2 jam ke sana dari Jeju City.Memang aku kena game hari pertama di Jeju ..hehehehhee.

OSULLOC TEA MUSEUM


Bayaran : Percuma
Tempat pertama kami pergi ialah ke  OSULLOC TEA MUSEUM sebuah kawasan penanaman teh dan juga menjual teh. 
Kami tak beli teh ler sebab kat Malaysia pun dah ada teh kan tetapi kami tertarik dengan keindahan design kawasan jualan teh serta ladang teh mereka.
Selain itu di dalam OSULLOC TEA MUSEUM juga terdapat lokasi Innitree iaitu sebuah jenama kecantikan untuk kulit.
Kalau dah beli kat butik mereka maka murah ler. Bini aku borong face mask mereka yang berharga RM6 sekeping.



Teddy Bear Museum 

Bayaran: 10,000KRW
Lokasi kedua ialah Teddy Bear Museum dimana koleksi dan sejarah Teddy Bear diperkenalkan dalam muzium ini. Jangan terperanjat Teddy Bear pun ada sejarah yang panjang.
Memang cukup banyak Teddy Bear di sana dan jika anda peminat Teddy Bear maka inilah tempatnya. Malah anda boleh meminta membuat sebuah Teddy Bear siap dengan sijil lahir. 
Jika anda mahukan kelainan, boleh sahaja ke Teddy Bear Museum.


Daepo Jusangjeolli Cliff

Bayaran : Percuma 
Daepo Jusangjeolli Cliff ialah sebuah kawasan berbatu yang menunjukkan keindahan pantai Korea.
Sebenarnya banyak gaung-gaung di Korea yang menakjubkan dalam bentuk mega saiz dan bentuk yang menakjubkan.
Daepo Jusangjeolli Cliff merupakan MUST GO lokasi pelancongan yang harus anda pergi.

Lagi dua lokasi iaitu CAMELLIA HILL dan Yongmeori coast kami tidak kesempatan sebab waktu dah menunjukkan pukul 0230pm dan kami rasa hari pertama lebih baik kami balik ke hotel dan buat persiapan lagi baik dan kami amat penat sebab kami tak mandi 2 hari dan hujan pula di Jeju dan ditambah hari pertama kami disini da kami juga lewat bergerak dari tempat sewa kereta.


SHIN Shin Hotel Seogwipo
Dalam pukul 0230pm kami mula bergerak ke ke hotel. Saya lupa beritahu bahawa semua perjalanan kami menggunakan GPS dalam kereta sewa kami. Dan tiada caj internet. Boleh jer tunjukkan jalan maka kami gunakan sepenuh masa GPS dalam kereta.

Masalah timbul apabila kami mencari Shin Shin Hotel di Seogwipo dan ia telah membawa kami ke Shin Shin Hotel World Cup. Bila tanya receptionist tu kata tak jauh dari sini. Untuk pengetahuan terdapat 4 hotel Shin Shin di Seogwipo dan kami hilang arah bagaimana hendak mencari hotel tersebut.
GPS langsung tidak boleh pakai dan pada masa yang sama telepon kami kehabisan bateri. Apa kami buat?
Kami menahan sebuah teksi dan membayar beliau membawa kami ke Shin Shin Hotel Seogwipo. Dan beliau dengan baik hati membawa kami kesana. Lega rasanya. 
Pada mulanya beliau hanya tunjukkan arah tetapi saya paksa pemandu teksi itu bawa kami kesana, 
Kalau dia tak der, macam mana nasib kami pada masa tu. Mungkin lewat malam baru sampai atau tak jumpa..hehehehehhe.
Thanks Uncle!!!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://haniftravel.blogspot.com/2023/05/jeju-trip-2023-hari-pertama-di-jeju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Wesak Vesak Day 2023 Dan Selamat Bercuti

Hari Wesak Vesak Day 2023 Dan Selamat Bercuti

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 302 hits
Sambutan Hari Wesak atau Vesak Day 2023 di Malaysia jatuh pada hari Khamis 4 Mei 2023 Hari Wesak merupakan cuti umum 2023 bagi semua negeri di Malaysia Memandangkan cuti Hari Wesak 2023 jatuh pada Khamis dan kebetulan di bulan Syawal dapatl...
Hari Pertama Usai Libur Idulfitri Wapres Langsung Pimpin Rapat Membahas Papua

Hari Pertama Usai Libur Idulfitri Wapres Langsung Pimpin Rapat Membahas Papua

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 179 hits
Jakarta Hari pertama kerja usai cuti bersama Idulfitri 2023 Rabu Wakil Presiden selaku Ketua Badan Pengarah Percepatan Pembangunan Otonomi Khusus Papua langsung memimpin rapat terbatas membahas tentang Papua Mengawali pertemuan Wapres mengu...
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 237 hits
The Colours of Life Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023 kepada semua Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani https youtube com shorts sPGIBoOW8W0 feature share mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography p...
Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Yang Menarik

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 522 hits
Selamat Hari Guru merupakan antara ucapan yang selalu diungkapkan ketika tibanya Hari Guru pada setiap tahun Tetapi sebenarnya banyak lagi senarai contoh ucapan yang anda boleh gunakan bagi dikongsikan kepada cikgu cikgu anda Setiap tahun H...
Selamat Hari Guru 2023 Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Selamat Hari Guru 2023 Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 457 hits
16 Mei Tarikh Hari Guru yang disambut pada setiap tahun Sambutan Hari Guru disambut bagi menghargai kerja keras guru guru yang telah mendidik kita semua dalam membentuk generasi yang cemerlang pada masa hadapan baca juga Guru adalah tunjang...
Intineri Penuh Melancong Ke Jeju 2023

Intineri Penuh Melancong Ke Jeju 2023

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 279 hits
Disini saya membuat satu intineri penuh bagaimana kami membuat persiapan hingga akhir kami pulang ke Malaysia melancong ke Jeju dari 6 May 2023 12 May 2023 Kami transit di Singapura selama 15 jam dan perjalanan kami bermula di Jeju dari 7 M...
Bagaimana Pencapaian Tahun 2023 Anda Pada 4 Bulan Pertama

Bagaimana Pencapaian Tahun 2023 Anda Pada 4 Bulan Pertama

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 279 hits
Bagaimana Pencapaian Tahun 2023 Anda Pada 4 Bulan Pertama Awal tahun hari tu ada buat azam baru kan Dah sampai mana pencapaian anda Sudah terlaksana 40 atau langsung tak berganjak Cuba ingat balik apa azam anda tersebut Tapi saya tak buat a...
Ganjar Dikabarkan Bakal Hadiri Peringatan Hari Buruh 2023 Di Istora Senayan

Ganjar Dikabarkan Bakal Hadiri Peringatan Hari Buruh 2023 Di Istora Senayan

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 160 hits
Presiden Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia Andi Gani Nena Wea menyebut calon presiden yang diusung Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan Ganjar Pranowo akan menghadiri puncak peringatan Hari Buruh Internasional pada 1 Mei 2023 b...
Makan Di Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2023

Makan Di Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2023

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 515 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM tengahari Sk dan Pak Inche memenuhi jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2023 Tiap tahun Pulai Springs Resort pasti mengadakan Rumah Terbuka untuk klien dan media kecuali semasa PKP Terserlah kege...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025