Jeju Pulau Yang Mendamaikan
Date: 27102018 - 01112018
T E N T A N G M A S A
luruh.. salji.. panas.. bunga.. tiada siapa yang tahu bila musim bermula dan ia berakhir..
perasaan aku juga sebegitu
tidak pernah ku sedar bila sebuah perasaan itu bermula dan bilakah ia berakhir..
ia bermula sendiriberakhir juga sendiri
maka..jangan takut mahupun gusar..
bila tiba masanya,yang terjadi pasti terjadiyang terhenti pasti terhenti
masa.. akan memberi jawapan kepada setiap persoalan,akan membuka ikatan serabut yang tersimpul,akan melabuhkan kapal pada destinasinya
dan masa juga..seperti mana iaakan mengidupkan pohon yang layu..seperti itu iaakan menyembuhkan luka yang lalu..
kamu..
tinggal percaya
sehabisnya
kerana disebalik yang ‘memegang’ masa
adalah Tuhan yang maha menyembuhkan :)
Pulau Jeju mempunyai 'sesuatu' yang tempat lain tidak mungkin ada. Jujur, sebelum aku sampai di Jeju, tanggapan pertama aku pulau jeju ini mungkin sama saja macam pulau-pulau di Malaysia atau Indonesia. Tetapi. expectation itu terus gugur setelah kaki menjejak ditanah Jeju ini, hati aku terus terpahat didalam kerak bumi Pulau kecil ini.
Pulau yang mendamaikan, dikelilingi dengan batu-batu hitam legam. Patung atuk (Dol hareubang (Stone Statue of Jejudo Island) – fortress guardians) pasti ada dimana-mana. Bunga, lalang panjang, buah limau menghiasi pulau ini, mengikut musim-musimnya. Kincir angin dikawasan tepi laut menambah 'rasa' permandangan ketika diwaktu senja.
Jika pulau ini adalah manusia, aku akan mengawininya. Jika pulau ini sehelai pakaian, aku akan sarungnya setiap hari. Jika pulau ini sebuah memori, ia adalah memori yang paling indah tersemat dalam hati ku. Tuhan... terima kasih sudah bawa aku ke sini. Terima kasih atas ciptaanMu yang indah ini.
---
ps: rindu datang tiba-tiba, so aku nukilkan didalam blog ini. banyak lagi gambar-gambar yang indah belaka. insyaAllah aku akan post lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ainieyshah.com/2019/03/jeju-pulau-yang-mendamaikan.html