Dalam perjalanan (kurang 10km sebelum tiba di Muzium Arkeologi Lembah Bujang), iaitu sewaktu melalui Jalan Pintasan Semeling saya melihat deretan kawasan berbumbung begini (seperti dalam gambar). Ia terletak di kanan dan kiri jalan raya, di celahan barisan pokok kelapa sawit yang menjadi latar pemandangan di sini. Sempat saya baca papan tanda yang ada secara sepintas lalu, menyatakan ini adalah tapak arkeologi
Sebelum masuk ke kawasan muzium, kita perlu mendaftar dan melakukan pemeriksaan suhu di bangunan biru sebelah kiri tu
Ruangan parkir yang agak luas di dalam kawasan muzium. Nampak banyak kereta, saya sangkakan ramai pelawat di dalam bangunan galeri. Tapi sangkaan saya meleset sebaik saja masuk ke galeri. Saya rasa orang ramai datang untuk berkelah/bermandi-manda di kawasan air terjun yang terdapat di sini (melangkah keluar dari kereta dah terdengar bunyi deruan air terjun)
Dari kawasan parkir tadi, kami menuju ke bangunan GALERI 1. Inilah bangunan ruang pameran yang menempatkan artifak yang ditemui melalui kerja-kerja ekskavasi di tapak-tapak arkeologi di sekitar Lembah Bujang. Galeri 2 yang terletak agak ke belakang, masih belum dibuka untuk lawatan
Sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan galeri, kami mulakan lawatan dengan melihat Perahu Sagor yang berada di luar bangunan. Perahu Sagor diperbuat daripada sebatang pokok balak yang ditebuk
Perahu Sagor yang dipamerkan ni merupakan sisa-sisa perahu yang ditemui dalam kerja penggalian arkeologi di beberapa penempatan di sepanjang Sungai Muda yang menjadi laluan utama membawa barang dagangan sejak kurun ke-3 Masihi
Sebaik je masuk bangunan galeri, ada ruangan jualan cenderahati di sebelah kanan. Dan ada peta kawasan muzium di sebelah kiri. Sebaiknya kita fahamkan peta ini untuk memudahkan lawatan
Menarik model bentuk muka bumi ni. Tengok gini barulah kami faham yang muzium ni terletak di kaki Gunung Jerai. Juga lebih mudah faham kedudukan tempat-tempat di sekitarnya, sesuai untuk kami yang baru menetap di utara ni
Sebahagian ruang dalam galeri pameran. Tanpa pengunjung lain, agak selesa untuk saya menekuni bahan pameran yang ada
Info penting berkenaan sejarah penyelidikan arkeologi di Lembah Bujang
Model candi di Bukit Batu Pahat, mukim Merbok, daerah Kuala Muda, Kedah. Apa yang menarik, candi Bukit Batu Pahat (tapak 8) ini dibina semula di tempat asalnya (di kawasan muzium ini). Nanti kita akan tengok senibina candi ini di tempat asalnya
Model candi yang terletak di Bukit Pendiat, Mukim Merbok, Daerah Kuala Muda, Kedah. Struktur candi Bukit Pendiat (tapak 17) ini berbentuk segi lapan (octagon), agak unik. Di luar nanti kita akan tengok senibina candi Bukit Pendiat (tapak 16) yang dibina semula dan dipindahkan ke kawasan muzium ini
Antara koleksi arkeologi yang dipamerkan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |