Jejak Masjid Di Kelantan Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai Tanah Merah


Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai Tanah Merah Kelantan | Untuk segmen Jejak Masjid kali ini aku nak bawa korang jalan jalan dekat Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai yang berada di Tanah Merah Kelantan. Untuk baca artikel lain yang berkaitan dengan masjid masjid yang pernah aku jejak di kelantan boleh klik link dibawah.
Baca juga : Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Ar Rahman Pulau GajahBaca Juga : Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Bukit Kechik Tanah Merah Kelantan (Masjid Anugerah)
Buat korang yang selalu singgah makan di Restoren Tepi Sungai  mesti korang akan nampak Masjid Saidina Osman yang berada betul betul di selekoh jalan sebelum sampai ke restoren tersebut. Masjid Saidina Osman sentiasa dipenuhi oleh jemaah dan banyak program dilaksanakan. Kini masjid tersebut sudah pun dinaiktaraf. 
Untuk pengetahuan korang, Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai mula dinaiktaraf pada bulan April 2021 lagi dengan kos sebanyak RM2.2 Juta. 
Tujuan menaiktaraf masjid ini adalah untuk membaikpulih masjid yang hampir runtuh dan pada masa yang sama ingin memberi keselesaan kepada para jemaah menunaikan ibadah. Bangunan yang dinaiktaraf bukanlah keseluruhannya kerana sewaktu aku pergi ada beberapa bahagian bangunan lama masih dikekalkan. 
Jadi, untuk artikel kali ini aku akan kongsikan dengan korang semua kawasan yang telah dinaiktaraf oleh Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai. 

Sewaktu sampai di masjid, aku sangat teruja tengok bangunannya yang berwarna putih dan nampak sangat moden. Antara penambahan yang dibuat oleh masjid ini adalah : Ruang Solat Musaffir Muslimin & MuslimatRuang Tambahan SolatRuang 2 bilik KelasBilik mesyuaratTandas Lelaki & PerempuanBilik Persalinan BayiRuang SerbagunaKolahSebelum aku bawa korang melangkah masuk ke dalam masjid, jom aku tunjuk bahagian luar dahulu. Aku tak pasti mana satu depan masjid masjid tapi di tempat yang aku masuk terdapat pejabat pengurusan. 
Aku memang salute dengan pengurusan masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai ini sebab banyak program yang sudah dijalankan oleh mereka. Kalau tak percaya korang boleh ke facebook page masjid ini untuk tengok sendiri program program yang pernah dibuat


Sekarang aku nak bawa korang ke bahagian yang sangat ketara perubahannya di masjid ini. Bila tengok jer mesti korang akan rasa "cantiknya!" Masih di kawasan luar tapi menarik untuk kita duduk dekat situ sambil tunggu kawan kawan atau family yang belum selesai menunaikan ibadah.


Seterusnya aku nak share bahagian dalam pula. Waktu mula mula aku masuk ke bahagian dalam memang mata ini melilau tengok sebab cantik. Bagi aku cantiklah untuk korang aku tak tahu sebab pendapat setiap orang itu berbeza. Mula mula kita tengok bahagian kolah dulu



Kolah yang dibangunkan ini saiz dia tak adalah besar sangat dan tak adalah kecil sangat, kiranya ngam ngam la hehe. Lepas itu untuk korang yang lebih gemar menggunakan paip untuk mengambil wudhuk boleh guna kemudahan tersebut yang berada di sebelah kanan dan kiri kolah. Lagi satu, kalau korang nak tahu dekat masjid ini ada kerusi urut tau


Selain kerusi urut, ada beberapa lagi kemudahan lain yang aku jarang nampak ada dekat masjid. Antaranya adalah mesin gedegang dan juga bilik persalinan bayi. Biasanya bilik persalinan bayi ada dekat mall jer kan tapi dekat sini dorang ada sediakan. Memang terbaik



Sebelum aku bawa korang naik ke tingkat atas, aku akan tunjukkan dahulu tandas lelaki dan perempuan yang Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai bangunkan selepas ianya dinaiktaraf




Untuk bangunan masjid yang dinaiktaraf ini ada dua tingkat dimana ditingkat atas terdapat beberapa bilik dan ruang solat tambahan yang boleh digunakan oleh jemaah. Bilik yang aku maksudkan adalah bilik mesyuarat dan bilik kuliah. Terdapat juga a little corner yang dorang letakkan penghadang untuk dibuat kelas. 


Sekiranya ada yang ingin menggunakan tandas, ditingkat atas juga disediakan tandas bersebelahan dengan bilik mesyuarat. Bahagian untuk solat tingkat atas tidak dibuka lagi sewaktu aku sampai jadi tak boleh nak tunjuk dekat korang semua tapi apa yang boleh aku tunjuk adalah pemandangan tingkat bawah. 


Korang tengoklah siling masjid ini memang canggih betul nampak sangat moden kan. Kalau korang tengok waktu malam lagi cantik bila semua lampu sudah dibuka. Aku pernah nampak dekat tiktok wow betul. Jadi korang, berikut adalah antara yang aku boleh kongsikan tentang bangunan Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai yang sudah dinaiktaraf. 
Aku tak kongsikan bahagian dalam masjid dibahagian bawah sebab keadaan didalamnya masih masa seperti dahulu kerana tempat tersebut masih lagi boleh digunakan dengan baik. InsyaAllah dimasa hadapan nanti bahagian dalam masjid juga akan ditambahbaik lagi. 

Selain itu TNB Sub Station, Kiosk, Rumah Pengurusan Jenazah, Homestay dan Dewan Makan juga turut akan dibangunkan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah yang singgah menunaikan ibadah di masjid ini
Alamat : Tepi Sungai, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.luqmanzakaria.com/2023/11/jejak-masjid-di-kelantan-masjid-saidina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemudahan Dan Perkhidmatan Di Bangunan Baru Hospital Tanah Merah Kelantan

Kemudahan Dan Perkhidmatan Di Bangunan Baru Hospital Tanah Merah Kelantan

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 368 hits
Hospital Tanah Merah Kelantan mula beroperasi pada 2 Mei 1985 dan ianya dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan pada 20 April 1986 Untuk pengetahuan korang kos pembinaan Hospital Tanah Merah pada Ketika itu adalah se...
Serigala Merah Gugat Spesis Sungai Nelayan Boleh Hilang Punca Rezeki

Serigala Merah Gugat Spesis Sungai Nelayan Boleh Hilang Punca Rezeki

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 191 hits
Rosman Shamsudinbhnews bh com myMohd Nizam Sidek dan abangnya Mohd Azuan bersama ikan baung ekor merah yang ditangkap di Sungai Bernam bersempadanan negeri Perak dan Selangor ini Foto NSTPSLIM RIVER Ikan baung ekor merah atau digelar seriga...
Tanah Di Kota Semarang Turun 7 13 Cm Per Tahun Ini Penyebabnya

Tanah Di Kota Semarang Turun 7 13 Cm Per Tahun Ini Penyebabnya

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 198 hits
Dinas Lingkungan Hidup mencatat penurunan muka tanah atau land subsidence di pesisir Kota Semarang berkisar 7 13 cm per tahun
Tunggu Penumpang Di Pinggir Jalan Ojol Lansia Dikeroyok Tiga Preman Di Pasar Tanah Tinggi

Tunggu Penumpang Di Pinggir Jalan Ojol Lansia Dikeroyok Tiga Preman Di Pasar Tanah Tinggi

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 155 hits
Polisi masih menyelidiki dugaan tindak pidana penganiayaan yang dialami pengemudi ojol tersebut
Matan Taqrib Kerjasama Menggarap Tanah Dan Membuka Lahan Baru

Matan Taqrib Kerjasama Menggarap Tanah Dan Membuka Lahan Baru

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 243 hits
Bagaimana hukum menggarap tanah dan membuka lahan baru Di sini ada istilah muzara ah dan mukhabarah Yuk pelajari
Tanah Melayu

Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 193 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Jika kita teliti sejarah orang Melayu kita terpaksa akui bahawa sepanjang zaman tanah air orang Melayu merosot kawasannya 2 Demikian apabila British mengada perjanjian dengan Siam di Bangkok pada tahun 1909 emp...
Wamen Atr Raja Antoni Tanah Wakaf Harus Aman Dari Mafia Jahat

Wamen Atr Raja Antoni Tanah Wakaf Harus Aman Dari Mafia Jahat

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 139 hits
Organisasi sosial keagamaan yang berfokus pada pengembangan umat melalui pendidikan seperti Muhammadiyah harus dipastikan kepastian hukum atas tanahnya
Berangus Mafia Tanah Dirreskrimsus Polda Metro Raih Penghargaan Dari Menteri Atr

Berangus Mafia Tanah Dirreskrimsus Polda Metro Raih Penghargaan Dari Menteri Atr

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 189 hits
Kombes Ade Safri menyelamatkan aset negara senilai Rp10 triliun yang telah berkonflik selama 23 tahun
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa