Jejak Masjid Di Kelantan Masjid Bukit Kechik Tanah Merah Kelantan
Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Bukit Kechik (Masjid Anugerah) | Dah lama rasanya tak bersiaran untuk segmen Jejak Masjid Di Kelantan. Sebenarnya dah lama aku berkunjung ke masjid ini tapi baru berkesempatan untuk kongsikan dengan semua pembaca blog Luqman Zakaria.
Seperti yang korang baca pada tajuk artikel, kali ini aku nak bawa korang ke Masjid Bukit Kechik atau juga dikenali dengan nama Masjid Anugerah. Masjid ini terletak di Kampung Bukit Kechik Tanah Merah Kelantan.
Kalau nak dibandingkan dengan masjid masjid yang pernah aku kongsikan sebelum ini masjid Bukit Kechik ini tidaklah terlalu luas dan besar tetapi ianya sangat selasa dan mampu memuatkan ramai jemaah yang tinggal di kawasan kampung yang berdekatan untuk menunaikan ibadah
Baca Juga : Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian
Pertama kali menjejakkan kaki ke masjid ini aku rasa sangat teruja sebab ianya dijaga dengan baik. Mungkin kerana ianya masih baru jadi setiap sudut nampak sangat cantik dan cat yang berwarna putih juga bersih dan terjaga
Bukan sahaja masjid tetapi kawasan sekitarnya juga sangat cantik kerana dihiasi dengan tumbuh tumbuhan. Sewaktu aku singgah, pokok pokok yang ada masih baru ditanam jadi dia tak nampak wow sangat tapi masih nampak cantik. Aku rasa bila pokok sudah mulai besar dan bunga bunga juga mula tumbuh ianya akan nampak lebih cantik.
Bersebelah dengan masjid ada satu bangunan kecil yang dibina. Mungkin ianya adalah dewan serbaguna yang boleh diguna pakai oleh penduduk setempat sekiranya ada majlis di masjid tersebut. korang boleh tengok gambar dewan tersebut dibawah ini
Kawasan luar kita dah tengok! Jom aku bawa korang ke bahagian dalam masjid pula. Macam yang aku cakaplah ianya tidaklah besar seperti masjid yang aku pernah kongsikan tetapi ianya masih luas dan selesa untuk menunaikan ibadah.
Gambar yang kedua tuh bukan bahagian dalam tau tapi bahagian luar. Ianya adalah salah satu pintu masuk ke dalam masjid. Saja ambil gambar pintu nih sebab nampak cantik jer. Kalau pasang dekat rumah pun nampak wow juga kan. hehe
Baca Juga : Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan
Seterusnya aku nak kongsikan gambar bilik air dengan korang semua sebab bilik air atau toilet dekat masjid ini nampak luas, selesa dan yang paling penting ianya bersih
Secara keseluruhannya alhamdulillah semuanya okay cuma yang menjadi perhatian adalah kawasan parking agak limited tetapi pada aku ianya tidak menjadi masalah besar sangat pun sebab masjid ini kebanyakannya digunakan oleh penduduk setempat. Mereka yang tinggal berdekatan pun berjalan kaki je datang masjid hehe
Cuma kadang kadang tuh akan ada orang luar yang datang singgah untuk solat macam aku memang tercari cari jugalah parking kalau tiba tiba waktu tuh ramai orang. Kalau tak ramai orang tak ada masalah pun boleh je parking dekat tempat yang disediakan.
Alamat : Kampung Bukit Kechik, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2023/09/masjid-bukit-kechik-tanah-merah.html