Jejak Dinosaur Encounter Melaka


Sebenarnya dah lama berhajat nak jejak Dinosaur Encounter Melaka sejak dibuka pada hujung tahun 2020. Tapi sejak COVID-19 melanda ni banyak tempat tempat pelancongan terpaksa ditutup. Akhirnya jejak Dinosaur Encounter Melaka juga

Dinosaur Encounter Melaka Dinosaur Encounter Melaka dibuka pada 25 Disember 2020. Dinosaur Encounter Melaka merupakan taman dinasour interaktif terbesar di kawasan hutan seluas 5 ekar yang terletak di dalam Zoo Melaka. Terdapat lebih daripada 100 hingga 150 spesis dinasour yang bersaiz besar dapat dilihat di Dinasour Encounter Melaka

Harga tiket Dinosur Encounter Melaka termasuk sekali harga tiket masuk ke Zoo Melaka. Dah bayar harga tiket masuk Zoo Melaka, jadi masuk Dinosaur Encounter ni tanpa perlu bayar tiket lagi. Tak pasti kalau dulu harga tiket lain-lain.

Sesudah pusing satu Zoo Melaka, baru kami masuk Dinosaur Encounter. Silap kami. Patutnya masuk sini dulu barulah puas bergambar dan berjalan. Tapi dah hujung hujung tenaga yang tinggal, baru masuk Dinosaur Encounter jadi tak berapa nak larat berjalan dan bergambar. 
Sebelum masuk Encounter ni ada photobooth dan kenalah bergambar juga. Nak keluar nanti mesti gambar yang di ambil tu akan dijual macam biasalah. Tak boleh nak tolak sebab policy mereka kan

Sikit sikit je lah gambar Dinosaur yang sempat di gambarkan. Orang tak ramai, jadi kerja ambil gambar senang lah sikit tak perlu nak edit atau blurkan muka orang lain. Layankan je gambar, nama memang tak ingat. Nak baca pun tak ada hati, sebab dah penat



Gambar gambar semua kena edit sebab masa masuk sini dah mendung awan kelabu. Cuaca pun bahang bila mendung nak hujan. 
Bayangkanlah bahang dan penat bergabung. Double penat! Tapi puas hati lah walaupun semua Dinosaur palsu tetap menyeronokkan tengok benda baru.

Bagus jugak sebenarnya ada Dinosaur Encounter dalam Zoo Melaka ni. Satu tarikan baru untuk tarik minat pengunjung datang ke sini.


Masuk sini boleh feel Jurassic park. 

Yang menariknya, siap ada bunyi bunyian Dinosaur dan bergerak gerak. Kalau perasan batu batu yang berlubang tu, itulah speaker bunyi setiap Dinosaur. Yang ada speaker kat tepi tu je lah yang berbunyi. Yang tak ada speaker tu maksudnya tak bergerak dan tak berbunyi



Bunyi akan keluar kalau kita dekat dengan dia. Tak pasti guna sensor atau timing. Rasa macam guna sensor sebab bila dekat je dia berbunyi. Tapi bila dekat semula tak ada lah pulak keluar bunyi. Bunyi dia boleh tahan seram.

Tak dapat bayangkan kalau boleh menyebabkan budak kecil takut atau trauma ke. Rasanya budak excited kot kan tengok Dinosaur ni. Tak sempat nak rasa takut. Ke



Dinosaur jenis tinggi melangit ni memang besar gila lah. Guna wide angle untuk nampak penuh bila ambil gambar


Mulanya nak duduk bergambar atas ular ni tapi bila rasa macam lembik je. Tak berani lah pulak. Kang kempis nayaaaa...Jangan cari pasal. Biarkan dia bergambar sorang sorang je




Dari jauh dah nampak betapa besarnya Dinosaur yang satu ni. 

Jalan dekat lagi, rupanya badan dia terpotong. Lahhh ada kepala dan 2 kaki je tinggal


Tiba tiba ada Dinosaur menjengah..eh eh nak terkejutkan kita ke tu? Kita tak terkejut lah wak. Dari jauh dah nampak. 

Tadi nampak kepala je. Ni sekali dengan badan dan geng meragut rumput dia


Sampai sini dah penat dah, lepas tu jalan naik bukit semula dah penat. Hampir tamat jelajah Dinosaur Encounter baru nak ada nafas nak ambil gambar semula. Tak sempat nak jalan jalan dekat trail jambatan tu sebab tak larat dah. Awal-awal dah menyerah kalah.

Mungkin sebab pakai face mask kot. Tercungap kalau penat


Kesian dia duduk sorang sorang kat sini. 


Last sekali sampai sini dan keluar



Sebelum keluar, seperti yang dijangkakan mereka akan tunjukkan gambar yang mula mula ambil kat photobooth masuk tadi. 2 gambar RM50. Kalau beli 1 keping RM25. Kami terpaksa mengecewakan mereka dengan tidak membeli gambar tersebut. Rasa macam mahal nau untuk sekeping gambar.

Keluar zoo pun sama jugak. Mereka akan jual gambar kita mula mula masuk zoo. Sama jugak harganya kalau tak silap. Overprice!. Kalau RM5 okay lagilah nak membeli pun. Dua dua exit kami tak beli gambar. Maaflah ye.

So masuk Zoo Melaka tiket dewasa RM38 cover sekali tiket masuk Dinosaur Encounter ni. Dalam Zoo Melaka pun meriah dengan gerai makanan dan minuman. Tram pun banyak. Meriah jugalah walaupun pergi hari biasa

Satu pengalaman yang menarik datang Zoo Melaka sebab boleh masuk Dinosaur Encounter sekali.  Tapi itulah kalau nak masuk sini kena pergi awal pagi kot baru puas berjalan. Kami agak rushing jugaklah sebab nak kejar masa check in hotel dan solat.

Oh ya, kat sini pun ada disediakan kemudahan surau.

Rasanya sebelum Dinosaur Encounter Melaka dibuka, Di Penang dah mula dulu kan? Baru baru ni Dinosaur Encounter Zoo Teruntum pula baru dibuka. Semakin meriah Dinosaur bertapak di Malaysia

Nanti nak repeat datang Night Safari Zoo Melaka pulak lah. Tak pernah lagi ada pengalaman datang Zoo waktu malam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/02/jejak-dinosaur-encounter-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menang Kat Melaka Johor Kacang Je

Menang Kat Melaka Johor Kacang Je

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 213 hits
KLUSTER MAHKAMAH PRU 15 SUDAH DAPAT DIHIDU KEADAAN TELAH BUKTIKAN RAKYAT DAH TERIMA BN UMNO UJIAN PERTAMA DI MELAKA UMNO BN MENANG BESAU JIKA MELAKA UMNO BN BOLEH MENANG JOHOR TAMBAH LAGI LAA JOHOR UMNO BN AKAN SAPU BERSIH LEPAS JOHOR KEDAH...
Prnjohor Strategi Di Melaka Tidak Boleh Digunapakai Di Johor

Prnjohor Strategi Di Melaka Tidak Boleh Digunapakai Di Johor

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 146 hits
PRNJohor Strategi di Melaka tidak boleh digunapakai di Johor Jentera pilihan raya negeri BN Johor tidak seharusnya bergantung kepada sentimen kejayaan gabungan itu dalam PRN Melaka sebelum ini kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan Moham...
Mat Yo Sah Milik Melaka United Fc Musim Ini

Mat Yo Sah Milik Melaka United Fc Musim Ini

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 161 hits
Melaka United FC ketika ini sedang rancak membuat persediaan bagi musim baru Liga Malaysia 2022 Hari ini Melaka United Football Club telah mengumumkan pemain baru mereka yang juga pemain berpengalaman dan bekas pemain kebangsaan iaitu Nursh...
Johor Polls Bn Won T Use Exact Mould Applied In Melaka Says Chairman

Johor Polls Bn Won T Use Exact Mould Applied In Melaka Says Chairman

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 282 hits
Ahmad Zahid said BN will contest all 56 seats up for grabs and will field winnable candidates who are well liked and approachable 8211 Bernama photo BAGAN DATUK Barisan Nasional will not use in toto the mould it had applied in the Melaka
Prn Johor Landskap Politik Berbeza Bn Tak Ikut Acuan Melaka Sepenuhnya Kata Zahid

Prn Johor Landskap Politik Berbeza Bn Tak Ikut Acuan Melaka Sepenuhnya Kata Zahid

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 174 hits
freemalaysiatoday com February 2 2022 8 15 PMAhmad Zahid Hamidi berkata BN yang akan bertanding di semua 56 kerusi DUN akan menampilkan calon boleh menang disukai dan diterima pengundi di kawasan ditandingi pada PRN Johor BAGAN DATUK Barisa...
Prn Johor Belum Tentu Siapa Poster Boy Pn Guna Strategi Lain Berbanding Di Melaka

Prn Johor Belum Tentu Siapa Poster Boy Pn Guna Strategi Lain Berbanding Di Melaka

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 178 hits
Segelintir pihak khususnya pemerhati politik meramalkan jika Muhyiddin Yassin terus menjadi poster boy pada PRN Johor PN yang dianggotai Bersatu PAS dan Gerakan akan hancur PETALING JAYA Perikatan Nasional Johor membayangkan tidak akan meng...
Best Caf S In Melaka To Check Out

Best Caf S In Melaka To Check Out

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 310 hits
Melaka is a magnificent destination to visit It has long been recognised for its rich history and delicious cuisine It also features a lot of
Bara Bara Api Stemboat Grill Limbongan Melaka

Bara Bara Api Stemboat Grill Limbongan Melaka

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 555 hits
Assalammualaikum Dunia Sebelum cikbunga terlupa marilah kita imbas kembali kejadian pi makan stemboat kat Bara Bara Api di Limbongan Bara Bara Api Stemboat Dari pandangan luar Ok kita capture lagi Seorang dikira dalam RM 45 kalau tak silap ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean